BINI MENGANDUNG MENGIDAM NAIK UFO, APA YANG SUAMI DIA BUAT MEMANG TERBAIK
BINI MENGANDUNG MENGIDAM NAIK UFO, APA YANG SUAMI DIA BUAT MEMANG TERBAIK. Wah.. mesti ada pihak yang akan cakap.. Ada mood lagi minah ni nak hapdet blog bagai kan? Blog kan dunia ku.. Mesti la bagi komitmen. Jangan risau yer pihak **tet** tu. Buat la apa yang anda suka terhadap saya.. Saya takde duit saya cuma ada Allah. Perjalanan hidup saya memang Allah dah tulis.. Selepas berusaha kita hanya perlu tawakal & berdoa sahaja. Insya Allah.. Ada hikmah di masa akan datang. Jadi hari ni meh la membaca kisah seorang suami yang mencari penyelesaian bila bini dia mengidam nak naik UFO.Ni bukan benda lawak ok.. Serius bini dia ni mengidam nak naik UFO. Mula2 laki dia ingat sesaja je bini dia bergurau tapi sampai touching sebab kena gelak bila dia cakap nak naik UFO & asyik cakap permintaan yang sama. Dari rasa lawak, laki dia pun mula rasa stress jugak. Kalau nak naik helikopter ke.. naik jetski ke hapa boleh la di usahakan. Ni nak naik UFO.. kapal angkasa yang selalu ada dalam filem2 Alien tu. Mana nak cari Nak Ooi.. Kena cari Aziz M. Osman kot2 dia simpan lagi UFO dalam filem Senario X dulu tu gamaknya hahahaha.
Pelik sungguh kan penangan orang mengidam ni.. Yang bukan bukan je dia nak. Dulu sepupu asben aku bini dia mengidam nak motor pink masa pregnant. Nasib baik la motor pink je kan. Takde la susah nak adakan.. Kalau dia minta UFO pink rasa bukan dia yang terberanak.. laki dia yang terberak. hahahahaa
Bila si bini ni asyik minta nak naik UFO sampai laki dia pening kepala tak tau nak penuhi hayat orang mengidam ni macam mana.. Dia tanya mak dia macam mana nak buat bini dia asyik minta nak naik UFO siap buat ayat kesian.. katanya kalau dia mati masa beranak tak kesian ke tak tercapai hajat nak naik UFO.. Nak tau apa mak laki ni suggest & apa laki ni buat untuk penuhi permintaan mengidam ibu mengandung.. Nak tau hangpa baca sendiri kat bawah ni kisah dia...
Ambil kau naik UFO kat tesco guna token. Tebalkan je la muka katanya demi isteri tercinta. Apadahal.. Malu sekejab je kan dari nak hadap cerita sedih bini yang tak dapat naik UFO hari hari. Biar la dia puaskan hati dia naik UFO. hahahaha
Nasib baik la dapat laki rajin melayan mengidam hangpa wei! Dapat laki yang malas nak layan permintaan pelik pelik tak masuk akal sampai beranak la makan hati gamaknya. Sebenarnya mengidam ni boleh control. Dia cuma perasaan jer bukan sebab apa2 pun. Berdoa la kita orang perempuan ni masa mengandung tak ada nak mengidam benda bukan bukan.. Insya Allah.. Allah permudahkan sepanjang kehamilan kita tu nanti.
Moral of the story.. Pada lelaki yang bakal jadi suami salah satu perkara yang hangpa kena bersedia hadapi adalah perkara perkara macam ni. Jangan ingat benda ni remeh.. Sebab memang mencabar emosi & kesabaran ok! Orang mengandung bila dia nak sesuatu dia akan sentiasa minta sampai dia dapat. hehehehe