MENGIDAM MASA HAMIL CUMA MITOS
![]() |
Sumber Google |
Bila Cakap pasal mengandung @ hamil ni auto ada kaitan dengan aktiviti mengidam. Topik ni mungkin ada ibu2 yang sedang hamil atau pernah hamil mesti marah atau tak setuju bila cakap mengidam tu cuma satu mitos. Tapi untuk pengalaman aku sendiri la memang aku setuju mengidam tu cuma satu mitos. Aku pun pernah ada rasa keinginan nak makan tu ni masa mengandung tapi jenis aku jarang nak layan perasaan sangat tak kira tengah mengandung ke tak mengandung ke. Aku layan diri aku kebanyakkan sama je macam tak mengandung. Keinginan tu kadang2 ada yang dapat & ada tak dapat atau ada aku lupakan saja. Boleh jer.. Takde la menganggu emosi sangat ke hapa. tetiba jadi cengeng ke tantrum macam budak2 ke tak dapat apa yang nak masa mengandung. Takde la sampai macam tu. Malah sampai ke hujung kehamilan pun aku still buat rutin rumahtangga macam biasa. Takde la asyik tidur je ke hapa.
Artikel Penuh boleh baca di SINI |
So, ibu ibu mengandung walaupun time mengandung la katanya nak mengada ngada sikit dengan suami tapi jangan la psyko laki tu sampai dia pun jadi fobia. Asal dengar bini mengidam jer tetap cuba cari jugak walau terpaksa meredah hutan belantara semata mata takut anak lahir nanti air liur meleleh. Kita pun berpada pada la nak buat permintaan atas alasan mengidam ni jangan la sampai menyusahkan suami. Ada orang masa mengandung mengidam motor pink nasib baik la suami tu mampu adakan motor pink buatnya mengidam stadium bola pink jenuh nak minta Dato Vida taja pulak. Menangis bawah bantal laki dia. Mengidam motor pink tu kisah benar ok! Apa ke pelik keinginan dia tu kan... hehehe
Tapi kalau buat buat mengidam benda ni gamaknya dapat tak >> Barang Baik Yang Patut Tersenarai dalam List Mengidam Anda << Kalau zaman pun dah berubah, mengidam pun kena up to date jugak bersama teknologi kan? Apa barang mengidam asam boi lagi zaman2 hujung jari ni kan.. hahahaha
Nasib baiklah masa akak mengandung kedua-dua anak mahu pun masa mengandungkan cacing kecil-kecil dulu (eh, ada ke kena bagi ubat cacing masa kecil dulu? Lupalah kena minta feedback kat emak ni...) tak pernah pulak mengidam. Okey aje. Mengidam nak pi Guardian pun takda, Suria. Kiranya akak ni memang pandai bawa dirilah, tak mahu menyusahkan suami keluar masuk hutan cari benda-benda yang kita idamkan! Setakat keluar masuk shopping mall tu cari handbag ke, kasut ke apalah salahnya. Itu time tak mengandung pun selalu aje mengidam!
ReplyDeleteoooo...mitos ke?
ReplyDeletesy dulu takde ngidam..cuma selera ke arah western je..huhu :p
tapi hakak terasa dgn husband. nak beli icecream rm1 pun dia x beri. pdhl waktu tu nk pkai duit akk. mgkin dia nk akk simpan duit beli yg perlu je. tp kite punyelah terasa. tp pndai pulak pujuk2 peluk. klu ikut hati mmg nk sepak2 je dia.
ReplyDelete