Showing posts with label strok. Show all posts

RESEPI SINGGANG IKAN UNTUK IBU MERTUA

RESEPI SINGGANG IKAN UNTUK IBU MERTUA. Tajuk tu tetap la nak berdrama katanya.. Kalau hang letak tajuk resepi singgang pun dah ok kot awat nak habaq habis singgang untuk mertua bagai. Tu la style lekatlekit katanya. Kalau tak gempak tajuk entri bukan lekatlekit.. trademark dari dulu lagi nak buat macam mana. Rasa macam tak puas tulis tajuk entri pendek pendek ni.. Dasar semua nak panjangkan cerita katanya. hahahaha

Gambar singgang ikan ku tengah mendidih atas dapur

Hari tu masa Mother in law kena ward.. Ada la masak singgang ikan untuk dia. Memandang dengan ada high blood & time tu memang blood pressure dia sangat tinggi so aku google masakan paling elok untuk orang sakit ni singgang la cuma jangan letak garam atau nak letak pun secubit jer camtu. Bergantung pada condition si pesakit la kan.. kalau tekanan darah memang tengah ke langit biru tingginya better jangan makan langsung garam.. Kalau dah mula stabil cuma nak control boleh makan untuk rasa sikit2..

Untuk singgang ibu mertua ku ni.. Sebab dia tak boleh makan masin lagi so terpaksa lebihkan rasa lain untuk sedapkan sikit la lauk untuk dia.. Takkan nak rasa air kosong je kan.. Bahan bahan yang aku guna untuk masak singgah ibu mertua ku ni adalah..

Ikan (ikut suka nak guna ikan kembong ke, senangin ker.. mabong ke.. ikan tongkol ke)
Kunyit hidup (kalau tak ada boleh guna kunyit serbuk)
Bawang besar
Bawang putih
serai
asam keping
Susu cair/santan (tak banyak untuk susu cair 1 sudu dah cukup kalau santan 1 -2 sudu bergantung pada kepekatan santan)
Bendi

Cara nak masak dia..

Tumbuk kasar kunyit hidup,bawang besar & bawang putih. Tak payah halus sangat agak2 hancur sikit tu dah ok.

Masukkan bahan tumbuk tadi & tambah air, masukkan serai yang dah di ketuk & asam keping buka api & rebus sampai mendidih.

Kemudian masukkan santan/susu cair & bendi.. Biar rebus sekejab

Masukkan ikan. Tunggu sehingga ikan masak & boleh tutup api.

* Bagi yang sihat nak pedas boleh letak cili padi yang di ketuk. Ni resepi untuk orang sakit kena bebas pedas *

Siap sudah singgang ikan untuk ibu mertua ku. Ni gambar sebelum di pos kerumah beliau

Sekiranya yang tak ada masalah kesihatan boleh la masukkan garam secukup rasa kalau yang sakit macam mak mertua aku ni sekarang condition dia tak la di tahap kritikal sebab dah balik rumah boleh la masuk secubit garam tu pun bukan secukup rasa. Sekadar ada rasa hujung2 lidah je tau. Tapi lagi bagus tak masuk garam langsung.

Senang kan masak singgang.. Ada orang tak masuk santan atau susu cair sebab mak mertua aku ni yelah tak boleh makan garam untuk pastikan darah dia tak naik balik. Tu salah satu cara nak bagi lauk tu ada sedikit rasa. Takde la pekat macam nak masak lemak tu yer.. just sekadar ada rasa lemak hujung2 lidah jugak. Sebab mak mertua request untuk kali kedua masak macam tu bermakna sedap la kot hahahaha. Korang nak tau sedap ke tidak cuba la.

Moral of the story.. menantu yang baik adalah menantu yang masak untuk ibu mertua hahahaha

Jom subscribe di channel youtube Surialekatlekitgurl

TANDA TANDA AWAL SERANGAN STROKE

TANDA TANDA AWAL SERANGAN STROKE. Di sebab Mak mertua aku baru je terkena serangan stroke dua hari lepas jadi terfikir juga aku nak tahu punca & apa tanda tanda awal sebelum berlaku serangan stroke ni. Yang dah kena mungkin mencari kaedah merawat tapi bagi kita yang belum terkena of course kena alert dengan tanda tanda awal sebelum berlakunya serangan stroke. 


Sebagai pengenalan.. serangan stroke ni berlaku adalah serangan yang berlaku pada otak yang terjadi secara mendadak akibat tersumbat atau pecahnya pembuluh darah otak. Dengan kata lain penyakit stroke ini merupakan penyakit yang berkaitan dengan pembuluh darah otak (serebrovaskuler) yang ditandai dengan kematian jaringan otak (infark serebral). Keadaan ini disebabkan berlakunya penyumbatan, penyempitan atau pecahnya pembuluh darah yang menuju ke otak sehingga darah dan oksigen ke otak berkurang justeru menyebabkan berlakunya reaksi biokimia yang akan merosakkan atau mematikan sel-sel saraf otak.

Tu lah yang berlaku kepada ibu mertua ku.. semasa scan di jalankan doktor mendapati ada pendarahan dalam kepala di sebabkan oleh ada salur darah yang pecah & menyebabkan dia terkena serangan stroke ringan (mild stroke). 

Penyakit stroke banyak di hidapi mereka yang dah lanjut usia tapi jangan rasa hangpa muda lagi takkan terkena stroke sebab ada juga orang muda kena serangan stroke ni. Semuanya berpunca dari kerana tidak menjaga kesihatan diri dengan baik.

Penting untuk kita tahu tanda awal serangan stroke ni.. mungkin dengan tahu tanda tanda awal mampu mengurangkan risiko..

Antara tanda tanda awal serangan stroke adalah..

• Rasa kebas atau kehilangan rasa pada muka, tangan atau kaki, terutama pada satu bahagian tubuh saja.
• Rasa bingung yang mendadak, sukar bertutur dan susah difahami pertuturannya.
• Sebelah mata atau kedua mata kabur secara mendadak.
• Sukar berjalan secara tiba-tiba, terhuyung-hayang serta hilang keseimbangan badan
• Pening kepala dengan teruk secara tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya.

Selain itu juga harus dijelaskan juga, kemungkinan adanya tanda-tanda lain yang boleh terjadi yang perlu kita berwaspada:

• Rasa mual, panas dan sering muntah-muntah
• Pengsan secara tiba-tiba ataupun tak sedarkan

Penting selalu menjalani pemeriksaan kesihatan terutama tekanan darah.. Jangan ingat selama ni kita tak pernah ada penyakit kita mustahil menghidapi sebarang penyakit. Macam mak mertua aku ni.. Bila dia mengadu sakit kepala atau pening aku selalu tanya dia.. ada pergi buat check tekanan darah. Sampai sudah dia asyik cakap dia tak ada penyakit darah tinggi atau apa2.. Orang tua bila nak suruh pergi klinik atau hospital memang la susah nak2 lagi yang confident dia tak ada sebarang penyakit ni. lebih2 lagi kalau yang masih boleh bekerja.. berjalan.. & buat apa2 aktiviti ni. Bila sampai terjelopok jatuh macam tu.. Barulah tahu apa yang berlaku di sebalik yang dia rasa dia tak ada penyakit tu. Tekanan darah dia masa kat emergency haritu sangat tinggi sehingga menyebabkan ada salur darah yang pecah dalam kepala. Sampai semalam pun tekanan darah dia masih belum stabil. Cuma hari ni tak sempat nak pergi jenguk lagi.. 

Jadi yang mana masih ada mak ayah tak kira mertua ke mak bapak sendiri.. Sila la bawa mereka buat pemeriksaan kesihatan setiap bulan kerana yang lanjut usia ni memang berisiko terkena serangan stroke. Aku tadi pun siap call mak aku kat kampung & pesan selalu pergi buat pemeriksaan tekanan darah. Nasib baik mak aku kalau ada apa2 dia rasa lain dia senang pergi buat check up. Tak payah nak paksa dia sendiri minta tolong bawakan dia ke klinik.

Selain pemeriksaan kesihatan.. Ni sebenarnya paling penting adalah mengambil makanan yang seimbang. Kebanyakkan penyakit berpunca dari faktor pemakanan yang tidak sihat seperti makanan macam ni >> Penggemar Burger ni Adalah Mereka yang mengamalkan cara pemakan tidak sihat. 2.Am pun masih nak ambil makanan berkolestrol tinggi. << hahahaha << Ingat! Yang sedap memang kebanyakkan adalah makan tidak tidak & tidak boleh di ambil selalu. 

Moral of the story.. Memang ajal maut Allah yang tentukan tapi sebagai manusia bernyawa kita wajib menjaga kesihatan diri.

AYAH PIN PENGASAS AJARAN SESAT KERAJAAN LANGIT MENINGGAL DUNIA

AYAH PIN PENGASAS AJARAN SESAT KERAJAAN LANGIT MENINGGAL DUNIA. Tadi dok tengok TV tertengok berita terkini pagi tadi. Terdengar jugak la tajuk berita tentang kematian Ayah pin yang dulu pernah mengembarkan negara dengan ajaran sesat yang di bawa. Konon dia memimpin kerajaan Langit. Bila majlis agama Islam & pihak berkuasa cuba tangkap dia lari menghilangkan diri. Tak tau la bila dia kembali ke terengganu semula.. tup tup dengar dah meninggal dunia je.


Ajaran sesat yang di bawa Ayah pin ni  berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.

Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit tu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai Agama mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah beberapa orang artis tempatan. Tak tau la ilmu apa dia guna kan.. Memang bukan calang2 orang berjaya mempengaruhi berbagai golongan dari dalam & luar negara.

Dulu masa kecoh kes Ayah Pin ni tengok jugak video2 dia yang pergi ke serata tempat & di sembah dari pelbagai agama. Kira ayah pin ni bukan berjaya menyesatkan orang2 melayu Islam je.. bangsa & agama lain pun dia berjaya sesatkan.

Kalau ikutkan ayah pin ni bukan dari golongan educated pun.. malah baca pun tak reti.Kategori buta huruf tapi berjaya jugak meraih ramai pengikut & dia gunakan untuk membangunkan kerajaan langit dengan replika teko,pasu & banyak lagi la yang besar2 depan rumah dia. Tapi selepas 10 tahun mengasaskan & menyebarkan ajaran sesat tu akhirnya pihak berkuasa & jabatan agama Islam tempatan dapat mengesan aktiviti dia & ramai jugak pengikut dia di tahan & di dakwa di mahkamah. Ayah Pin yakin dia tidak boleh di dakwa sebab dia dah mengistiharkan keluar dari Islam sejak 1998 lagi.

Selepas pihak berkuasa buat serbuan kerumah dia.. Ayah pin terdahulu melarikan diri. Lari ke langit ke kemana tak tau la. hehehe. Ada kata dia ghaib. Ada kata dia lari ke selatan Thailand. Yang penting dia lari la. Di bawa sekali 4 bini dia ketika tu. 

Sebelum meninggal dunia katanya dia menderita strok lama jugak la. Jenazah dia di kebumikan di satu kawasan perkuburan khas di terengganu. tak tau la khas yang macam mana just kita bersangka baik sudah. Orang tu pun dah meninggal katanya. Semoga sebelum meninggal dia sempat memohon keampunan dari Allah & kembali ke ajaran Islam.

Apapun kita yang mempunyai akal & didik dengan ajaran Islam sejak kecil walau tak expert pun jadikan pengajaran. Jangan terpengaruh dengan ajaran2 sesat ni. Aku yang masih jahil ni pun rasa merepek sangat ajaran ajaran sesat yang ada macam la golongan profesional & educated boleh terjebak. Tu la.. kadang2 pandai dalam akademi je tak menjamin seseorang tu pandai untuk membuat penilaian sesuatu perkara.

Moral of the story.. Anak muda korang jangan mudah terpengaruh dengan ajaran & budaya yang tak elok. Benda2 macam ni la kadang2 buat senang orang nak mempengaruhi kita mengikut ajaran bukan bukan. 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com