Showing posts with label barangan. Show all posts

NAK BERJIMAT BELI BARANGAN BABY JOM KE LAZADA BIG BABY FAIR

NAK BERJIMAT BELI BARANGAN BABY JOM KE LAZADA BIG BABY FAIR. Zaman sekarang kos sara hidup semakin tinggi sampai orang nak beranak pun jadi takut. Betul la setiap manusia yang lahir ke bumi Allah tu di sertakan bersamanya rezeki cuma tu la kita sebagai manusia bila tengok ekonomi negara yang semakin merosot terpaksa juga buat perancangan kualiti melebihi kuantiti katanya. Bila memilih untuk ada anak atau menambah anak.. semua perlu perancangan agar perjalanan jadi mudah & lancar.


Bagi yang tengah menghitung hari untuk menyambut kelahiran baru atau yang baru je dapat baby.. Nak berjimat membeli keperluan bayi anda.. Jangan risau. Masih ada tempat yang korang boleh membeli belah dengan harga yang berbaloi.

Bermula 29 march sehingga 2 april 2017.. Lazada yang sangat prihatin akan mengadakan kempen Big Baby Fair dimana boleh membeli belah barangan keperluan bayi anda dengan tawaran yang hebat... Tu dia.. ada yang terbeliak biji mata dah bila baca tawaran hebat tu. Menggigil tangan katanya.. Sabaq dulu na.. Banyak lagi perkara yang den nak khabarkan pada anda yang bakal menggegarkan tulang temulang anda sebentar lagi..

Pada ibu bapa sekalian Big Baby fair menawarkan diskaun sehingga 80% termasuk lampin, fesyen kanak kanak & kelengkapan bayi. Antara jenama terkenal yang terlibat dalam big baby fair ni adalah Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Prediasure, Goo.N, Wyeth,Anakku, Fisher Price & banyak lagi. Korang boleh check it out kat 'Lazada Big Baby Fair" nanti.

Bukan tu je Huggies menawarkan diskaun sehingga 43% untuk kesemua jenis lampin bayi.. Mak Aiih.. Jimat banyak tu. Rugi la korang tak ambil kesempatan membeli belah barangan keperluan anak anak korang time ni. Jangan menangis tepi buaian sudah kalau terlepas peluang ni ok!

Tak payah penat penat nak catwalk kat Mall atau supermarket.. duduk santai2 kat rumah dengan keluarga je korang boleh bershopping barang keperluan bayi anda di lazada Malaysia. Lazada juga menawarkan cara pembayaran yang pelbagai sepanjang kempen Big Baby Fair ni. Sebab kadang2 nak shopping online ni orang ada masalah dengan pembayaran.. Di lazada banyak pilihan cara pembayaran boleh di buat so jangan risau ok.

Bukan je ada diskaun yang gilang gemilang & gempak malah korang di tawarkan dengan kos penghantaran percuma sekiranya membeli produk yang terpilih. Selain tu korang berpeluang untuk menang hadiah hebat dengan menyertai peraduan di social media Lazada Malaysia

Ni berita baik untuk blogger Malaysia...  Sebab ramai blogger yang suka join contest maka inilah masanya ada merebut peluang keemasan untuk memenangi Lazada Malaysia shopping voucher dengan menyertai Lazada Big Baby Fair Blogger Contest. 6 Blogger bertuah bakal memenangi voucher membeli belah di lazada Malaysia yang bernilai RM500 setiap seorang. RM500 tu beb.. macam macam boleh beli. Lazada Big Baby Fair Blogger Contest akan bermula pada 27 March & tarikh tutup penyertaan pada 2 April 2017. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari http://www.lazada.com.my/blogger-contest/

Dok tunggu apa lagi wei!! Pada blogger yang nak menang voucher beli belah tu cepat - cepat la join. Pada ibu bapa yang nak merebut harga terlajak jimat ni la masanya korang membeli belah sempena Lazada Big Baby Fair. Tak payah dok fikir fikir lagi.. Offer bukan selalu.

TAK SANGKA EZBUY DAH BERUBAH TAHUN 2017

TAK SANGKA EZBUY DAH BERUBAH TAHUN 2017. Lama jugak aku merajuk dari membeli belah kat ezbuy tapi lama tu tak sampai bertahun pun. Selepas beberapa bulan kemudian aku kembali menjebakkan diri dengan membeli belah di ezbuy.. Pertama sebab dalam account prepay ezbuy ada baki.. Sebab ada pembelian yang aku buat ada masalah & pihak ezbuy refund balik dalam account prepay. Bila duduk dalam account prepay nak tak nak.. Kalau nak habiskan kau tetap kena membeli belah kat ezbuy jugak. Takkan nak sedekah kat ezbuy je kat duit kita..


Sebelum ni pembelian aku hadapi macam macam masalah.. Lepas dah proceed payment tetiba barang out of stock.. dua tiga kali juga jadi macam tu. Ada yang item aku order hilang kat warehouse bila sampai Malaysia.. Barang lambat sampai bla.. bla. macam - macam masalah la. Aku pernah tulis entri mengecam perkhidmatan ezbuy sebelum ni sebab bukan aku je hadapi masalah bila buat pembelian dengan ezbuy malah ramai lagi. Ada antara dapat barang tak cukup.. Lebih sebulan barang tak sampai - sampai..

So untuk parcel yang ke 11 aku buat order minggu lepas. Memang la niat tu nak habiskan balance dalam account prepay tapi biasa la.. aku cuma manusia biasa yang iman senipis kulit bawang. Apa yang aku beli memang lebih dari jumlah duit yang ada dalam prepay accout jadi kena la topup lagi hahaha...

Lepas aku proceed tu memang aku printscreen semua.. Barang aku sepatutnya sampai 18 febuari selepas pembayaran di buat.. So aku tunggu samada kali ni barang aku dapat pada masa yang di janjikan atau tidak. Atau service ezbuy masih macam dulu...

Salah satu sebab aku suka membeli belah kat ezbuy sebab murah. Memang aku dah compare dengan website lain harga Ezbuy memang lebih murah ok!

Alhamdulillah 17 Febuari aku check status order aku dah out of delivery & pada petang tu jugak pintu rumah ku di ketuk oleh despatch dari ezbuy sambil membawa bungkusan yang aku nanti nantikan katanya. Apa lagi.. berbunga bunga hati ini menyambut bungkusan di iringi dengan ucapan terima kasih. Tu dia punya seronok keluar habis ayat2 madah berhelah katanya.. Untuk pengetahuan korang aku ambil shipping economy air (shipping kedua paling mahal. Ada yang murah boleh guna pengangkutan air tapi aku tak berapa sabar nak tunggu lebih dari 2 minggu. hahaha) selepas seminggu aku dah dapat barang. Untuk pembelian aku ni kos shipping lebih kurang RM13++

Status 15 Febuari 2017

Status 17 Febuari 2017

Barang2 yang sampai pun Alhamdulillah.. sama macam yang order.  Tak ada cacat cela kat mana - mana. Paling aku puas hati Jogger Jeans tu.. lawa ok walau harga cuma RM27++... normally jeans kalau beli kat pasaraya paling murah RM60 - RM70. Beli kat ezbuy boleh dapat yang cantik2 dengan harga bawah RM30. nak2 jogger.. kat luar susah sikit nak cari.

Tip nak membeli belah kat ezbuy kalau beli satu atau 2 item yang ringan2 & kecik2 ni bagi aku tak berbaloi. Kalau nak membeli belah macam pakaian better beli banyak. Jimat kos shipping & delivery... Sebab tu aku susah nak beli kurang dari 5 item. hahahahaha. Satu lagi T-shirt.. kadang2 even kau size S pun T-shirt china ni mungkin lebih kecil dari standard size. Better rajin2 baca ukuran yang di beri untuk lebih kepastian.

Kadang2 beli online banyak kelebihan dari cash & carry. Nak2 lagi kalau membeli belah kat pasaraya tu yang guna cash money ni. Banyak sangat keburukkan dia.. Antaranya >> 17 Perkara Buruk Bila Membeli Belah dengan membayar Guna Wang Tunai << Berbanding online shopping just transfer dari online banking settle. Tu antara kebaikkan online shopping la.. Kalau cash & carry pun aku jarang bayar guna cash tapi banyak guna debit card. Cash zaman sekarang ni agak berisiko bawa banyak2. Almaklum la zaman jenayah berleluasa ni kan

Moral of the story.. Hidup kadang2 kita kena beri peluang kepada pesalah. Mungkin dia dah berubah kearah yang lebih baik & mungkin perubahan tu lebih baik dari apa yang kita sangkakan. ehehehe

PETANDA BARANG ATAU DUIT DI CURI JIN TOYOL

PETANDA BARANG ATAU DUIT DI CURI JIN TOYOL. Aku kadang2 sempat aku tengok la rancangan Nasi lemak kopi O kalau tak sibuk dengan kerja rumahtangga atau kerja2 di blog yang kadang2 aku perlu gunakan masa terluang di waktu pagi untuk siapkan. Almaklum la surirumah bekerjaya ni. Kena la pandai pandai bahagikan masa. Orang bukan tau pun kita bekerja dari rumah kang tak buat kerja rumah tangga ada pulak dok kata duduk kat rumah bela badan jer...

Toyol. Sumber Google

Pagi ni di sebabkan pagi Ahad so santai2 la tengok TV dengan anak. Sebab si budak shahila pepagi dok layan youtube maka TV aku la ambil alih sekejab. Kalau tak pagi2 dia layan kartun je. Almaklum la cuti sekolah. Sempat la tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O untuk segmen dunia misteri. Aku suka jugak menonton segmen ni. Almaklum aku kan peminat cerita seram, misteri & mistik. Harus la suka kan rancangan2 macam ni. Nak2 lagi untuk segmen ni menjemput pakar2 perubatan Alternatif cara Islam.. so, yakin sikit nak ambil fakta2 yang mereka sampaikan.

Hari ni topik toyol.. Macam kita biasa dengar gambaran tentang toyol ni fizikal dia macam seorang budak, berwarna hijau, kepala botak, mempunyai 2 gigi taring kiri & kanan.. Kerja dia adalah mencuri. Toyol ni tergolong dalam golongan Jin jugak.. Tapi spesis jin yang menjadi belaan @ saka. Tujuan dia seperti kita sedia maklum adalah untuk mendapat kekayaan dengan cara mudah. Dah tentu la cara guna khidmat toyol ni salah.. Berdamping dengan Jin tu pun dah salah apatah lagi mencuri.

Dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O tadi Ustaz yang di jemput tu ada bagitau nak tahu tanda barang atau duit kita di curi toyol.. Toyol ni dia takkan mencuri semua yang ada. Maksudnya kalau ada duit RM500 dia akan ambil RM300 & meninggalkan baki RM200 bagi mengelirukan mangsa. Maksudnya.. dia nak bagi orang tak perasaan kehilangan duit tu. Macam tu jugak dengan benda yang berbentuk barangan.. Dia takkan ambil kesemua barangan berharga seperti emas.. dia akan tinggalkan baki. Berbeza kalau penyamun manusia. Dia sapu licin tinggal bekas je. Kadang2 bekas pun dia sapu jugak. hehehehe

Lagi satu info aku rasa ramai yang tahu atau mungkin tak tahu.. Masa segmen tu ada la seorang makcik ni call berkongsi pengalaman cucu dia ke sapa tak berapa nak ingat.. Kisahnya seorang budak ni berkawan dengan makhluk yang mereka syak toyol. Sebab dia gambarkan kawan dia tu memang menyerupai sifat toyol. Kiranya budak tu je la nampak.. Ahli keluarga dia yang lain tak nampak. Jadi ahli keluarga dia jadi pelik.. Sebab budak ni seolah2 bercakap dengan seseorang tapi tak ada sapa nampak dengan siapa dia bermain & bercakap. So mak dia soal siasat.. Budak ni pun cerita la kawan dia tu macam mana.. nama toyol tu Aton. Dia selalu mencuri kat rumah budak tu cuma duit budak tu je dia tak curi sebab kawan dia. Menurut cerita makcik tu memang masa tu rumah depa selalu mengalami kejadian duit hilang. Tapi selepas melakukan rawatan alternatif Alhamdulillah.. budak tu pun dah tak berkawan dengan toyol & rumah mereka pun kehilangan duit lagi.

Menurut Ustaz yang di jemput ada kanak2 di buka hijab & boleh melihat makhluk halus. Golongan Jin ni memang suka berkawan dengan kanak kanak terutama kanak kanak keperluan khas (OKU). Jadi tak mustahil kanak2 boleh nampak makhluk halus. Tapi dari segi perubatan moden & sains.. selalunya anggap gangguan psychology je. Tak mustahil cuma kalau berlaku perkara macam anak2 kita berkelakuan pelik nampak macam suka bercakap sorang2 dapatkan pemeriksaan di kedua dua cara.. Iatu pemeriksaan di hospital & pusat rawatan islam untuk mengenalpasti masalah.

Ada risiko bila membela toyol @ Jin ni.. Bila satu kita kita tak dapat memenuhi keinginan dia.. terutama tidak dapat menyediakan makanan dia.. Dia akan menganggu ahli keluarga kita. Kadang2 ada orang yang selalu bila bangun tidur ada kesan lebam yang tak tahu punca.. Menurut ustaz yang di jemput, tu cara toyol @ jin belaan menghisap darah melalui kulit. Jadi.. yang selalu ada kesan2 lebam tanpa sebab tu kena siasat mana tau saka ahli keluarga zaman dahulu kala ke.. sapa tahu kan?

Menurut ustaz tu lagi toyol @ jin ni boleh di lihat melalui kanta sebab tu katanya bila orang tangkap makhluk halus ni letak dalam botol boleh nampak sebab kaca botol tu bersifat melengkung macam kanta boleh memantulkan objek. Melalui skrin skrin camera pun katanya boleh nampak. Ooo.. patut la banyak sangat zaman sekarang orang share gambar entiti walau kadang2 gambar tu hasil dari gambar yang di ambil dalam keadaan gegaran jadi blur2 sikit so depa pun claim gambar entiti jugak.

Moral of the story.. nak kaya bekerja la cara halal bukan bela toyol suruh mencuri.  cara korang boleh buat dari dok bela toyol sampai bila korang boleh jaga dia. Jenis jin ni jangka hayat dia panjang berbanding manusia. Korang dah nazak dia masih kuat & sihat. Jangan menyusahkan keturunan anda atas sikap tamak anda sampai sanggup melakukan perkara khurafat & syirik semata mata nak dapatkan kesenangan dengan mudah.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com