PETANDA BARANG ATAU DUIT DI CURI JIN TOYOL
Toyol. Sumber Google |
Pagi ni di sebabkan pagi Ahad so santai2 la tengok TV dengan anak. Sebab si budak shahila pepagi dok layan youtube maka TV aku la ambil alih sekejab. Kalau tak pagi2 dia layan kartun je. Almaklum la cuti sekolah. Sempat la tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O untuk segmen dunia misteri. Aku suka jugak menonton segmen ni. Almaklum aku kan peminat cerita seram, misteri & mistik. Harus la suka kan rancangan2 macam ni. Nak2 lagi untuk segmen ni menjemput pakar2 perubatan Alternatif cara Islam.. so, yakin sikit nak ambil fakta2 yang mereka sampaikan.
Hari ni topik toyol.. Macam kita biasa dengar gambaran tentang toyol ni fizikal dia macam seorang budak, berwarna hijau, kepala botak, mempunyai 2 gigi taring kiri & kanan.. Kerja dia adalah mencuri. Toyol ni tergolong dalam golongan Jin jugak.. Tapi spesis jin yang menjadi belaan @ saka. Tujuan dia seperti kita sedia maklum adalah untuk mendapat kekayaan dengan cara mudah. Dah tentu la cara guna khidmat toyol ni salah.. Berdamping dengan Jin tu pun dah salah apatah lagi mencuri.
Dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O tadi Ustaz yang di jemput tu ada bagitau nak tahu tanda barang atau duit kita di curi toyol.. Toyol ni dia takkan mencuri semua yang ada. Maksudnya kalau ada duit RM500 dia akan ambil RM300 & meninggalkan baki RM200 bagi mengelirukan mangsa. Maksudnya.. dia nak bagi orang tak perasaan kehilangan duit tu. Macam tu jugak dengan benda yang berbentuk barangan.. Dia takkan ambil kesemua barangan berharga seperti emas.. dia akan tinggalkan baki. Berbeza kalau penyamun manusia. Dia sapu licin tinggal bekas je. Kadang2 bekas pun dia sapu jugak. hehehehe
Lagi satu info aku rasa ramai yang tahu atau mungkin tak tahu.. Masa segmen tu ada la seorang makcik ni call berkongsi pengalaman cucu dia ke sapa tak berapa nak ingat.. Kisahnya seorang budak ni berkawan dengan makhluk yang mereka syak toyol. Sebab dia gambarkan kawan dia tu memang menyerupai sifat toyol. Kiranya budak tu je la nampak.. Ahli keluarga dia yang lain tak nampak. Jadi ahli keluarga dia jadi pelik.. Sebab budak ni seolah2 bercakap dengan seseorang tapi tak ada sapa nampak dengan siapa dia bermain & bercakap. So mak dia soal siasat.. Budak ni pun cerita la kawan dia tu macam mana.. nama toyol tu Aton. Dia selalu mencuri kat rumah budak tu cuma duit budak tu je dia tak curi sebab kawan dia. Menurut cerita makcik tu memang masa tu rumah depa selalu mengalami kejadian duit hilang. Tapi selepas melakukan rawatan alternatif Alhamdulillah.. budak tu pun dah tak berkawan dengan toyol & rumah mereka pun kehilangan duit lagi.
Menurut Ustaz yang di jemput ada kanak2 di buka hijab & boleh melihat makhluk halus. Golongan Jin ni memang suka berkawan dengan kanak kanak terutama kanak kanak keperluan khas (OKU). Jadi tak mustahil kanak2 boleh nampak makhluk halus. Tapi dari segi perubatan moden & sains.. selalunya anggap gangguan psychology je. Tak mustahil cuma kalau berlaku perkara macam anak2 kita berkelakuan pelik nampak macam suka bercakap sorang2 dapatkan pemeriksaan di kedua dua cara.. Iatu pemeriksaan di hospital & pusat rawatan islam untuk mengenalpasti masalah.
Ada risiko bila membela toyol @ Jin ni.. Bila satu kita kita tak dapat memenuhi keinginan dia.. terutama tidak dapat menyediakan makanan dia.. Dia akan menganggu ahli keluarga kita. Kadang2 ada orang yang selalu bila bangun tidur ada kesan lebam yang tak tahu punca.. Menurut ustaz yang di jemput, tu cara toyol @ jin belaan menghisap darah melalui kulit. Jadi.. yang selalu ada kesan2 lebam tanpa sebab tu kena siasat mana tau saka ahli keluarga zaman dahulu kala ke.. sapa tahu kan?
Menurut ustaz tu lagi toyol @ jin ni boleh di lihat melalui kanta sebab tu katanya bila orang tangkap makhluk halus ni letak dalam botol boleh nampak sebab kaca botol tu bersifat melengkung macam kanta boleh memantulkan objek. Melalui skrin skrin camera pun katanya boleh nampak. Ooo.. patut la banyak sangat zaman sekarang orang share gambar entiti walau kadang2 gambar tu hasil dari gambar yang di ambil dalam keadaan gegaran jadi blur2 sikit so depa pun claim gambar entiti jugak.
Moral of the story.. nak kaya bekerja la cara halal bukan bela toyol suruh mencuri. cara korang boleh buat dari dok bela toyol sampai bila korang boleh jaga dia. Jenis jin ni jangka hayat dia panjang berbanding manusia. Korang dah nazak dia masih kuat & sihat. Jangan menyusahkan keturunan anda atas sikap tamak anda sampai sanggup melakukan perkara khurafat & syirik semata mata nak dapatkan kesenangan dengan mudah.
huish.. seram plak.. tapi alhamdulillah la.. rumah saya blom ade kes kes yang lebih kurang sama.. hee~ semoga Allah lindungi kita semua hendaknya..
ReplyDeleteMacam nk promosikan perniagaan tu je. Hehe
ReplyDelete