SUKA SELFIE TANDA SESEORANG TU ATTENTION SEEKER
Semalam sesambil buat kerja surirumah ni sesambil la dengar perbincangan pasal selfie kat Wanita Hari ni tv3. Dengar pun dengar gitu jer.. sesambil buat kerja kan. Yang aku ingat pakar yang di jemput kata.. orang yang suka berselfie kurang keyakinan diri & attention seeker. Wah! kau... marah kaki2 selfie. Bukan setakat di gelar sakit mental.. dah kena tuduh attention seeker.
Sumber google
Sebab tu aku rasa ramai yang suka selfie tapi bukan semua suka upload gambar jadi tak semua kaki selfie tu attention seeker. Selfie ni kadang2 banyak sebab... ada yang sekadar untuk simpanan peribadi, ada yang untuk tengok hasil dari penggunaan sesuatu produk nak2 lagi blogger yang selalu ambil upah buat review produk & tak dapat di nafikan ramai yang suka selfie untuk menunjuk @ berkongsi semua aktiviti dia setiap hari. Banyak sebab.. salah satu mungkin jugak nak meraih perhatian atau mungkin berkaitan kerjaya dia so dia kena buat.
Nak judge semua kaki selfie attention seeker pun tak boleh.. Kita sendiri tahu kenapa kita suka selfie. Samada kita nak jujur pada diri sendiri atau tak jer.. Tapi kadang2 orang boleh nampak niat kita di sebalik selfie kita even kita menafikan, so moral of the story selfie bukan sesuatu yang salah cuma kalau berlebihan mungkin memudaratkan.