AMALAN BIDAAH YANG KITA SELALU BUAT BILA MENJELANG RAYA
Lagi 6 hari kita berpuasa lepas tu raya. Sekarang ni dah start rumah2 pasang pelita.. pasang lampu liplap.. Kebanyakkan rumah mula di terangi cahaya hingga ke pagi. Kecik2 dulu pun aku & adik beradik aku suka jugak pasang pelit malam 7 likur ni tapi bukan paham pun sebab apa pasang pelita & lampu liplap bila dekat nak raya.. Yang paham cuma tu tanda nak sambut raya.
Sumber google
Amalan 'Malam Tujuh Likur' dengan menyalakan pelita, lilin, panjut dan lampu pada malam 27 Ramadan merupakan amalan bidaah dalam Islam.Sekadar berkongsi info. sekali lagi kalau salah tegurlah secara berhemah. Aku manusia yang ilmu cuma sejengkal. Kalau aku share bermakna aku pun baru belajar bersama.
Mantan Pegawai Agama Istana Negara, Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz menegaskan istilah tujuh likur itu sendiri tidak ada di dalam ajaran agama Islam.
Amalan karut tersebut tidak wujud dalam ajaran Islam lebih-lebih lagi mereka yang percaya pada malam 27 itu perlu disinari dengan cahaya lampu.
"Perbuatan memasang lampu pada malam itu adalah bidaah dan tidak ada di dalam Islam. Tidak kira lampu apa pun sama ada pelita, lilin, atau lampu berwarna-warni,"
Beliau tidak menafikan ada sesetengah umat Islam menganggap pada malam 27 itu adalah malam Lailatul Qadar sebab itulah mereka menerangkan suasana rumah mereka dengan cahaya lampu atau pelita.
"Sebenarnya, Nabi SAW sudah berkata Lailatul Qadar adalah sepuluh malam terakhir yang kita tidak tahu bila malamnya. Bukannya pada malam 27 Ramadan.
"Sebab malam 27 likur itu tidak ada di dalam nas. Kita bukan suruh orang itu hidupkan malam itu dengan lampu, kita suruh hidupkan malam itu dengan amal ibadat, sebab itu malam sepuluh terakhir, jangan tidur!
Justeru, Ustaz Abu Hassan menegaskan, amalan karut itu wajar dihentikan dengan segera jika masih ada lagi sesetengah umat Islam yang mengamalkannya.
"Bagi saya kalau hendak pasang juga lampu, biarlah ianya dimulakan pada awal Ramadan sehingga akhir bulan itu. Kalau kita hendak muliakan Ramadan awal lagi kita sudah pasang lampu -Sumber Rujukan kat SINI-
P/S : yang rasa pasang pelita dengan niat sekadar memeriahkan suasana nak sambut raya tak perlu la terasa. Tapi kalau wujudnya kepercayaan macam ni dulu, tak mustahil masih lagi ada orang percaya macam tu sampai sekarang. Kalau kat kampung tu masih ada orang yang percaya Malam Lailatul Qadar perlu di terangi rumah dengan cahaya, dari pengalaman sendiri dengar someone explain pasal pasang pelita malam 7 likur ni. See.. masih ada yang mempercayai kepercayaan bidaah ni.
Info2 yang berkaitan boleh jugak baca kat sini
menyalakan pelita pada malam likur ini tiada asasnya dalam sunah Nabi apatah lagi ayat al-Quran. Umat Islam dinasihat meninggalkan amalan sia-sia ini kerana bukan saja membazir, malah membuang masa sehingga menjejaskan penumpuan kepada amal salih yang perlu diutamakan. Selebihnya baca kat sini >>Persoalan agama :PASANG PELITA AMALAN BIDAAH?