AWAS! CUKUR JAMBUL AMALAN KHURAFAT & BIDAAH

6/28/2013 10:16:00 AM suria lekatlekit 20 Comments

Ada orang masih mempratikkan amalan sunnah mencukur rambut bayi yang baru lahir & ada yang sayang nak botakkan kepala si comel dorang. Ada yang beranggap benda tu salah satu kenangan dari dalam perut. Yelah.. rambut tu kan tumbuh dari dalam perut lagi mungkin jadi benda yang istimewa kot bagi ibunya.

Tak kisahlah korang pilih untuk cukur botak kepala si comel atau simpan rambut tu dan biar dia gugur sendiri.. Itu hak masing - masing. Dalam hukum pun tak wajib cuma sunat. Tapi tahukah korang banyak kelebihan bila korang melakukan amalan sunnah ni. Yelah.. dah nama pun sunnah, jadi mesti ada kebaikkannya. Namun yang jadi salah adalah amalan mencukur jambul. Beza cukur rambut & cukur jambul ni.. Cukur rambut, sampai botak. Kiranya rambut yang dalam perut tu buang habis tapi cukur jambul ni selalunya majlis adat jer.. dia tak buang semua. Dia gunting sikit2 kat hujung tu jer.. sebagai syarat untuk menyempurnakan majlis adat cukur jambul.. Mungkin masih ada yang tak tahu adat yang masih sesetengah orang pratikkan tu satu amalan yang bercanggah dari hukum.. Jom kita belajar sama2 yer...

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?

Amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain. Upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.

“Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan,.(Nak baca Artikel penuh sila clik kat SINI )

Sudut sains melihat, membuang membotakkan kepala bayi terbukti baik. Mencukur rambut bayi tidak terhad kepada orang Islam, sebaliknya turut dilakukan tanpa mengira kaum. Akar rambut terbentuk sejak janin berusia sekitar lapan minggu dan terus berkembang hingga lahir. Rambut pertama ini diistilahkan dengan velus, terlalu halus hingga sukar dilihat dan disentuh, ia boleh gugur dengan sendirinya tetapi selalunya keguguran itu tidak cantik sebab tidak rata. Orang Melayu menggelarnya ‘cukur bantal’. (artikel penuh kat SINI )

Jadi pada para mak bapak kat luar sana.. Jangan nak sayang2 sangat rambut baby yang baru lahir tu. Baby tetap comel walau botak sekejab. Lagipun dengan membotakkan bayi korang yang baru lahir senang kita nak cuci daki2 kat kepala dia. Daki2 kat kepala baby ni tak bagus boleh menyebabkan baby sakit nanti. Untuk kebersihan & kesihatan baby kita jugak. Dan jangan melakukan amalan cukur jambul sejemput tu yer.. Kalau nak cukur botakkan terus. Ikut sunnah bukan ikut adat,hokay!!

Moral of the story tiada satupun amalan sunnah tu untuk tujuan memudaratkan jadi jangan risau atau takut untuk melakukannya.

Lala jugak tak terkecuali melakukan amalan sunnah ni.. Bercukur sampai licin. Kesannya kulit kepala lala bersih & rambut pun cantik

20 comments:

  1. hmmm skrg ni mcm mcm dh.xtau nk ckp apa.kite ikut adat org dulu.tapi skrg dh lain.hmmm

    ReplyDelete
  2. sebenarnya tak susah kalau kita ikut yang wajid & sunnah.. adat je sekarang kita kena jaga2. banyak adat yang bercanggah dengan hukum. orang2 dulu2 mungkin dorang jahil sikit sebab sumber ilmu tu tak banyak. macam kita sekarang.. kita boleh refer pada banyak benda untuk cari ilmu. Apapun kalau kita berserderhana Insya Allah.. terhindar dari melakukan amalan2 khurafat & bidaah..

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang adat pun kite kena ikut jugak..tapi janganlah terlebih dari adat tu...

    ReplyDelete
  4. adat yang baik kita ikut.. yang bertentangan kita tinggalkan.

    ReplyDelete
  5. salam mummy lala..

    hihi..cma jenis cukur botak..seri ngan faiz mmg dibotakkan...

    ReplyDelete
  6. yg penting niat kita sendiri juga kan..

    ReplyDelete
  7. Niat pun kena tengok cara jugak.. kalau cara salah tetap jadi salah.. kan?? Jadi adat2 yang pelik2 agak2 meragukan tu tak payah la ikut

    ReplyDelete
  8. orang melayu kita selalu mencampurkan adat dalam amalan seharian... banyak perkara bidaah yang tanpa kita sedar kita telah melakukannya... kesedaran tentang amalan 'tambah-tambah' ni perlu diperluaskan... bukan apa... kita jahil tak tahu... ikut-ikut sejak dari dulu-dulu.. bab bercukur tu memang dituntut.. hukumnya sunnat.. mcm yang puan suria ckp, elok utk membuang kekotoran pada bayi yg baru dilahirkan... kalau buat yang disyaratkan pun dan cukup, silap kita, tambah-tambah... sampai jadi bidaah.. elok amalan tu dapat pahala, mula-mula elok hukumnya sunnat dapat pahala, lepas tu jatuh hukum makruh, silap hari bulan, jatuh hukum haram pula... kesian... sia-sia amalan....

    ReplyDelete
  9. memang time majlis tu orang cukur atau gunting tang jambul je..tapi lepas tu orang akan botakkan terus..tu sekadar majlis laa..

    ReplyDelete
  10. Ym Bundle mesti kurang info kan?? sebenarnya memang ada orang buat. dorang cuma ikut adat tp x nak ikut sunnah. katanya sayang rambut baby.. taknak anak nampak buruk bila botak. tp still nak buat majlis cukur jambul & berendoi.kalau takde orang buat maka takde isu. sebab ada buat la ada isu..

    ReplyDelete
  11. kalau ade yang jenis buat macam tu, depa memang bangang la..aku tak penah jumpa plak..baik tak payah buat..sia-sia takda pahala sunat malah p ikut plak benda bidaah dan kurafat dalam adat..tambah dosa plak..

    ReplyDelete
  12. boleh tau tak ni refer pada yg mana satu. perkara bidaah ni ada banyak. rasanya takde lagi aku tgk sampai masukkan dlm kelapa semua.

    ReplyDelete
  13. kalau selalu tengok tv ada kot tunjuk majlis cukur jambul yang buat macam tu carlos santiago.. siap di siarkan secara eklusif lagi dalam salah satu rancangan popular. Carlos Santiago terlepas pandang gamaknya.. tu yg di siar kt tv.. yg x siar pun tak mustahil byk jugak yg buat. sapa yang buat dia tahu la.. Jadi mana2 pernah buat maybe tak tahu. Moga dengan perkongsian ni akan datang tak buat lagi

    ReplyDelete
  14. Macam2 komen pasal entri ni.. ada yang kata takde orang buat.. Benda ni takkan jadi isu kalau orang tak buat. Sila clik artikel asal tu. Bukan saya yang kurang ilmu yang cakap tapi Dato ABU HASSAN DIN AL-HAFIZ yang kata. Korang baca statement dalam blog melekit & maybe ada yang pandang saya ni jahil kot merasakan perkongsian saya ni hanya berdasarkan pendapat saya yang tak seberapa jer.. saya tak berani la nak bagi pendapat bab hukum hakam sebab saya bukan org yang bijak pandai.. sebab tu saya sertakan sekali link ke artikel asal. Nak belajar kena rajin.. sila rajinkan diri untuk clik

    ReplyDelete
  15. Banyak komen dlm ni yg lebih pandai dari hukuM ALLAH, bawakawak lah mendalamkn ilmu agama insyaAllah

    ReplyDelete
  16. kekadang kita melihat pada adat itu bidaah....kerna tidak mengikut sunnah....bukan kah adat itu boleh kepada kearah ibadat....adat melayu tetap ngan adat melayu....takkan kita nak ikut adat arab...

    apa pun kesederhanaan dalam sesuatu majlis itu patut kita ketahui supaya adat tak melanggar ibadat...adakah kita memuja selain dari tuhan...sekiranya adat itu dilakukan....adakah ianya haram dilakukan...atau sekadar tidak seperti dilakukan oleh nabi muhammad....atas syariat....

    tapi kita tak tengok diri sendiri....tengoklah atas sunah...atas syariat....betul ker kita ni...hasat dengki...menipu...tak amanah...cari kesalahan org...nak tunjuk kepandaian sendiri......

    ....jadi kita ni yg dok buat kerja kerja mengarut tu...ikut nabi ker.......bila ditegur,,ooo... yg itu bab lain....
    huhuhu....

    ReplyDelete
  17. Sembang kemas..mase kawin dlu bersanding kn? 2 adat ikut plak...
    Sembang n tgur nasihat org nmpk kemas...
    Nk post, nk kongsi..ok..bgus..
    Tp tkyah lar comment mcm kamu tu alim sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nama Anon la kalau datang komen tak serkap jarang. Jadi apa nak pelik dengan kau. Kau ada bukti aku kawen & bersanding?? Tunjuk.. aku x pernah bersanding pun.. Bila masa aku komen macam aku alim? tunjuk kat mana komen kata aku alim tu?? Lagipun rasanya entri tak ckp pun pasal bersanding rasa isu cukur jambul jer... kesian kau anon serkap jarang silap target

      Delete
  18. kan tegurmenegur tu bagus. lbh lg klu kaarah mengurangkan hingga melenyapkan terus bidaah dari hidup kita . amalkan hanya sunnah yg nabi ajar. lu ya pun dulu ada org bersanding masa kawin pasal tktau. bila dah tau dia bgtw kat kita , kita beri lah sokongan

    ReplyDelete
  19. mempertahankan adat kelaut la gamaknye..kuikuikui

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com