RUMAH MONA FANDEY SELEPAS 21 TAHUN
Biarpun dah 21 tahun berlalu namun namanya di ingati sampai sekarang malah kisahnya masih orang nak baca. Tempat dia menjalankan upacara mistik masih menjadi lokasi aktiviti paranormal malah rumah dia pun masih ada aura seram. yelah.. rumah tinggal tak payah tunggu jadi Rumah Mona Fandey... rumah kita pun kalau tinggal lebih dari 3 hari ada penghuni ghaib menumpang.Sampai sekarang kalau tulis pasal Mona Fandey tetap pembaca. Masing2 macam tak jemu nak tau apa saja cerita seram & mistik berkaitan satu nama tu.. Tapi kalau adapun jelmaan seram di tempat Mona Fandey pernah tinggal atau di jadikan tempat menjalan upacara ilmu yang di amalkan dulu itu bukan la jelmaan arwah. Time tu la jin nak ambil kesempatan memesongkan akidah manusia. Roh yang dah ke alam barzakh takkan boleh kembali ke dunia dengan apa cara atau jelmaan sekalipun.
Membebel panjang lupa pulak nak tunjuk rumah peninggal mona Fandey selepas 21 tahun kejadian pembunuhan ahli politik. Dah nama pun berpuluh tahun di tinggalkan & takde sapa jaga so memang la suasana nampak seram & berhutan.
Ada sesapa berani ke nak bertapa atau tumpang berteduh kat sini?
Peti ni di percayai pernah di gunakan menyimpan mayat Datuk Idros @ Mazlan
Inilah permandangan di rumah yang di gunakan untuk melakukan upacara bomoh selepas 21 tahun. Apapun di bulan ramadhan yang mulia sama2 kita doakan semoga Allah mengampuni dosa2 arwah