Showing posts with label keyboard warrior. Show all posts

PEJUANG SEJATI PAPAN KUNCI.. DI AMBANG MAUT PUN MASIH MAMPU UPDATE STATUS

PEJUANG SEJATI PAPAN KUNCI.. DI AMBANG MAUT PUN MASIH MAMPU UPDATE STATUS. Media sosial ni tak semuanya bawa keburukkan.. Banyak juga kebaikkannya. Salah satu satu medium menyampaikan informasi paling pantas. Berita terkini TV3 pun tak boleh lawan kepantasan media sosial dalam menyebarkan berita & cerita cuma tu la.. keburukkan dia banyak sangat berita tak sahih, cerita dogeng, cerita dari mulut ke mulut yang tak tau hujung pangkal di share seolah - olah yang dok pakat share tu nampak perkara atau kejadian tu berlaku depan mata depa.. Tapi tu la.. Tetap ada kebaikkan & kepentingan juga media sosial ni.


Bukan sahaja menjadi medium penyebar maklumat paling pantas malah Media sosial ni menjadikan manusia semakin kuat, tabah, bermotivasi, berinspirasi, penuh cita cita & sentiasa ada niat untuk berubah kearah lebih baik katanya. Tak caya kau tengok la kengkawan kau kat media sosial.. Kata2 motivasi penuh semangat.. Hari2 share resepi dari group masak masak, hari2 share cerita orang berjaya.. hari2 share petikan ayat2 al Quran & terjemahan untuk di jadikan panduan. Dari situ boleh nampak betapa positifnya mereka.. Kita pun membayangkan betapa berwawasannya hidup mereka & betapa terdidiknya mereka dengan Al Quran & Hadis di media sosial. Sebab orang kita ni memang rajin share.. hahahaha. Mempratikkan belum tentu. Tak payah ambil benda2 berat la.. Contoh share resepi, dapur dia belum tentu berasap katanya. hahahahaha. Jangan marah gurau je ok! Tak salah share benda baik.. ye dak! maybe kita tukang share je tapi orang lain yang baca mengambil sebagai satu ilmu yang baik untuk di amalkan. hehehehe

Tapi yang tu semua tak boleh lawan golongan yang satu ni. Golongan yang satu ni bagi aku patut kita kagumi. Sebab depa lebih tabah, kuat & seorang pejuang sejati.. Leftenan Adnan pun tak boleh lawan jiwa perwira dalam diri depa ni.. Gila kau! Depa ni golongan yang boleh di kira golongan berjuang hingga ke sedutan udara yang terakhir... Nak tau golongan apa?.. Baca caption kat bawah ni....

Kadang2 aku pelik & cuba bayangkan
Orang yang tengah sakit umpama nyawa hujung rambut dia punya cerita
Nak bernafas pun katanya dah tak lepas
Tapi masih terfikir & ada mood nak up status kat Facebook
Selalu aku bayangkan.. depa ni dalam keadaan kritikan. Kalau kat wad tu maybe zon merah la.. Tapi sempat capai hp & taip status sambil tercungap cungap dalam nyawa nyawa ikan. Terus aku rasa kagum.. Kuat betul semangat depa untuk teruskan hidup di media sosial hingga nafas terakhir hahahahaha -Facebook-

Kan? Tak terbayang aku situasi depa masa tengah menaip status FB dalam keadaan yang kesakitan yang amat sangat.. seolah olah malaikat maut dah get ready kat sebelah tapi masih mampu taip status & post kat FB. Sungguh golongan ni patut korang jadikan Idola ok! Aku sakit perut sikit pun menyampah dah nak tengok Facebook.. Sebab satgi ada je aku rasa nak marah dengan post2 orang lain. Almaklum la tengah sakit.. Tapi depa ni serius bukan setakat on FB malah mampu lagi menceritakan keadaan mereka yang sangat - sangat sakit waktu tu sampai kita yang baca pun boleh membayangkan & merasai sakit tu. Kira memang sampai ke hati la penceritaan depa tu... Yang paling win tanpa typo ok! Kita kalau sakit serius rasa gigil juga jari nak menaip nak2 lagi nak kena tekan key key yang kotak dia kecik ikut size jari baby tu.. Maunya nak taip babai jadi babi je hahahahaha

Jadi siapa kata pejuang papan kunci adalah mereka2 yang outspoken di media sosial. Yang outspoken ni tak berapa kuat,tabah & pejuang sangat berbanding golongan yang dari ceritanya macam dah di ambang maut tapi masih mampu update status kat media sosial. hehehehe

Macam macam kita boleh tengok & baca kat media sosial.. Ada yang buat kita marah, ada yang buat kita sedih, ada yang buat kita meluat, ada yang buat kita tergelak. memang dunia maya betul2 memberi warna juga dalam kehidupan kita. hehehehe

Moral of the story.. Bagus bagi mereka yang kuat macam ni walau di uji dengan kesakitan. Terus berjuang selagi mampu cuma tu la perjuangan yang sebenar adalah dari dalam diri kita sendiri bukan atas papan kunci. Adakah dalam diri kita kuat? Tepuk dada tanya selera. Peace Yo!

PEREMPUAN SERTAI DEMONTRASI JALANAN DISAMAKAN SEPERTI PELACUR MENUNGGU PELANGGAN

Lancang kuning sungguh kan si pembuat kenyataan macam tu. Tak beragak langsung nak keluarkan statement. Perempuan yang sertai demo jalanan & perempuan yang bergelar pelacur tu rasanya jauh sangat bezanya. Masing masing ada cara & imej tersendiri.. jadi sangat kurang sopan jika ada manusia berhati politik melabelkan kaum perempuan yang sertai perhimpunan macam tu seperti pelacur.

Takde benda lain ke kau nak samakan selain pelacur. Pelacur je ke yang berjual beli tepi jalan?? Yang pasti niat kau memang nak menghina bukan menyedarkan mereka

Siapa yang cakap macam tu aku taknak la dedahkan, sapa yang tahu maka dia tahu la. Yang tak tahu tu takpe la tak penting untuk korang tahu siapa yang penting korang kena tahu adalah Jangan jadi manusia taksub macam sipolan tu. Mungkin mak, adik perempuan,kakak atau sedara perempuan dia takde terlibat dalam perhimpunan macam tu.. Tapi kena ingat tak mustahil perempuan2 yang kau umpamakan seperti pelacur menunggu pelanggan tu boleh jadi jodoh kau nanti. jangan sampai kau terberkahwin dengan orang yang kau anggap pelacur tu.

Tak salah kita nak jadi pejuang politik.. Tu hak masing masing. Nak sokong siapa.. nak tentang siapa memang kita ada hak menentukan siapa pilihan kita tapi berpada pada. Hidup kalau terlalu taksub dengan satu perkara sampai tak boleh terima kebaikkan dari pihak yang kita bangkang maka tak mustahil kita akan jadi manusia yang membenarkan perkara salah. Mungkin ada jugak kesilapan2 yang wanita2 tu buat.. kau boleh senaraikan satu novel pun takpe tapi kau takde hak menyamakan mereka dengan pelacur. Pelacur memperdagangkan tubuh untuk lelaki durjana yang suka berzina.. Tapi mereka yang berada kat perhimpunan semalam untuk bagi sokongan untuk membantah GST. Mereka tidak menunggu sesiapa untuk berdagang apa2.. Macam mana kau boleh samakan dorang dengan pelacur?? Sungguh hati kau buta & tuli sebab ketaksuban kau sendiri. Walau aku bukan salah seorang dari perempuan yang kau samakan dengan pelacur tu tapi aku rasa macam panas telinga & mata jugak la baca status terencat kau tu.

Kau jangan bangga sangat la sebab keberanian kau menjadi keyboard warrior di laman sosial sampai kau rasa terlalu hebat untuk menyamakan orang lain dengan gelaran hina macam tu. Aku bukan anti kau.. tak jugak aku benci kau. Ada isu aku setuju dengan kau walau banyak perkara aku rasa macam annoying dengan kau. Aku menulis entri ni sebab aku rasa kau dah agak melampau. Untuk kenyataan macam tu aku tak nampak kau seorang yang lantang tapi bermulut lancang!

P/S : Yang pelik ada juga kaum perempuan & wanita like status tu. Orang yang tulis status tu lebih berbaur politik padahal kalau kaum wanita di sebelah pihak dia sokong terpekik terlolong berkempen bagai takde pulak dia kata apa2. Jadi pendapat orang macam ni jenis berat sebelah.. boleh baca jangan ambil sebagai satu pengajaran atau ilmu sangat.

** Apapun aku masih menanti jawapan pasti tentang kehilangan MH370.. Aku masih bertanya biar tanpa suara dimana semua mereka? Ya Allah moga kau bukakan jalan..berikan petunjuk agar ada tanda membuktikan pernah berada atau masih berada di mana mana. **


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com