Showing posts with label cili. Show all posts

YANG NAK KAHWIN TU KENA TAHU MACAM MANA RUPA 'PECAH MINYAK'

YANG NAK KAHWIN TU KENA TAHU MACAM MANA RUPA 'PECAH MINYAK'. Tu dia point kat orang yang nak kahwin jugak. Habis yang tak ada plan nak mendirikan rumahtangga tak payah ambil tahu ke pasal 'pecah minyak' ni?? Boleh je nak ambil tahu tak kira peringkat usia & status. Selalunya orang yang dekat2 nak kawen baru depa terhegeh2 nak ambil tahu pasal ni.. Sebab nak jadi isteri mithali & menantu perfect katanya.. hehehe

Korang jangan la bayangkan pelik pelik & bukan bukan sangat yer.. Pecah minyak bukan pecah dara teruna bagai. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku tau.. ada orang yang tak faham istilah pecah minyak dok bayang bukan bukan. Benda ni bukan berkaitan perkara dalam kelambu tapi perkara kat dapur, ok!

Ramai yang baru belajar masak terutama yang baru kawen ni ada masalah nak masak sesuatu macam cili kisar & rempah sampai pecah minyak. Ada kawan aku katanya sampai fedup nak masak sambal tumis walau dah anak dua sekarang. Dia kata cili dia tak pecah minyak. Faktor cili atau rempah yang di tumis tak pecah minyak ni ada dua jer.. samada tak cukup minyak masak atau cili/rempah tu tak cukup masak. Kalau cukup dua perkara tu Insya Allah 'pecah minyak' jadinya... hehehehe

Bagi yang suka berfikiran songsang pasal pecah minyak & tak tau sebenarnya pecah minyak tu apa & macam mana rupa..meh la sini ahkak nak tunjuk contoh gambar cili & rempah yang dah pecah minyak.. Tengok la gambar kat bawah ni..


Nampak tak berminyak2 tu.. Apapun jangan terlebih minyak pulak. Kang nak makan pun rasa oily jadi muak pulak. Nak2 lagi minyak sekarang dah mahal.. pandai pandai berjimat. Nak menumis sambal atau rempah bukan perlu minyak berlebihan tapi minyak yang mencukupi jer. Jadi pada adik2 terutama pasangan yang bakal bergelar suami isteri tu, faham je macam mana di katakan pecah minyak tu.. Kang mertua cakap masak sampai pecah minyak kau menangis tepi tong gas sebab tak tahu.. Nak tanya malu katanya. hehehehe

Moral of the story kalau yang suka makan berlemak, berminyak ni kena rajin bersenama ok supaya tak berlaku lemak berlebihan dalam badan. Tapi tu la.. Ramai orang tak rajin bersenam.

DISEBALIK MAKANAN PEDAS YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU

DISEBALIK MAKANAN PEDAS YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU. Di Malaysia ni memang terkenal dengan masakan yang pedas pedas. tak kira apa bangsa sekalipun memang ramai yang suka makan pedas. Sebab tu kadang2 pelancong datang ke Malaysia depa tak berapa tahan dengan makanan tempatan sebab kebanyakkan pedas. Nak buat macam mana dah lidah Malaysia katanya.. Yang acah2 western tak makan pedas tu kadang2 depan orang je. Balik rumah dia belasah sambal belancan sepiring tak toleh kiri kanan dah.

Sumber Google

Ramai yang tak tahu apa yang ada di sebalik makanan pedas ni. Yang dia tahu lagi pedas lagi sedap. Asal makan kena ada benda2 pedas kalau tak selera dia memang jadi kurang. Yang suka makan pedas ini yang patut anda tahu..

Mari kita ke segmen 'tahukah anda.."

Tahukah anda makanan pedas boleh membantu..

1. turunkan berat badan sebab ia meningkatkan metabolisme yang mampu memberi penurunan kepada berat badan. Kajian menunjukkan sebatian utama dalam cili yang disebut capsaicin mempunyai kesan termogenik dan membantu badan untuk membakar lebih banyak kalori setelah makanan dimakan

 2. Menyihatkan jantung. Kajian menunjukkan, orang yang selalu memakan makanan pedas mempunyai jumlah insiden serangan jantung dan stroke yang lebih kecil. Alasannya kerana cili boleh mengurangkan kesan kerosakkan akibat dari kolesterol "jahat" atau Low Density Lipoprotein (LDL) dan capsaicin mempunyai kesan antiinflamasi. Keradangan merupakan faktor risiko dari penyakit jantung.

3. Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, capsaicin mempunyai kemampuan untuk membunuh sel kanser dan leukemia. Rempah-rempah tertentu seperti kunyit yang ditemui dalam serbuk kari dan mustard dapat melambatkan penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Kombinasi kunyit dengan lada hitam akan membuat kesannya berlipat ganda.

4.  Mencegah Parkinson. Sebuah kajian baru yang disiarkan dalam jurnal Annals of Neurology mendapati bahawa mengambil lada dua kali seminggu dapat membantu mengurangkan risiko berlaku penyakit Parkinson sehingga lebih dari satu pertiga. Hal ini berkaitan dengan kandungan nikotin dalam lada yang dapat mencegah kerosakan saraf.

5. Memperbaiki fungsi pencernaan. Manfaat cili dalam saluran penghadaman membantu meningkatkan sistem peredaran darah di perut dan meningkatkan lapisan mukus. Capsaicin juga membantu membunuh bakteria H.pylori penyebab sakit maag.

6. Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C dapat menguatkan dinding otot jantung. panas dari lada akan meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Sebab tu dengan mengambil makanan mengandungi lada secara keseluruhan dapat memperbaiki sistem kardiovaskular.

7. Memperbaiki mood. Makanan pedas boleh meningkatkan pengeluaran hormon yang menghasilkan perasaan bahagia, seperti serotonin. Maka makanan pedas boleh membantu meringankan kemurungan dan tekanan.


Tu antara kebaikan makan pedas. Jadi sapa2 nak turunkan berat badan boleh la amalkan makanan pedas. Kalau tak kurus jugak tak tau la kan. Tapi jangan anggap orang yang setakat boleh makan sambal tumis tu kategori orang yang memang tergolong dalam golongan pengemar makanan pedas. Ciri2 orang yang suka makan makanan pedas ni bukan setakat boleh makan sambal tumis jer tapi ada lagi ciri2 lain sebelum layak di gelar sebagai orang yang suka makan pedas. Nak tau apa ciri2 sebenar orang yang suka makan makanan pedas ni meh baca kat sini >> Inilah ciri2 Sebenar pengemar makanan pedas << kalau korang ada semua ciri2 ni memang confirm anda memang seorang suka makan pedas.

Moral of the story.. apapun makanan kalau di ambil dengan cara betul jadi berkhasiat tapi kalau di ambil secara berlebihan jadi racun pada badan walau pada asalnya ia makanan berkhasiat.

PANCING IKAN GUNA UMPAN CILI PADI

Tu dia ikan la ni pun suka makan pedas2 ka? penangan citarasa Thailand ka hapa ni.. Ingatkan manusia jer suka makan cili kan? Ulat pun tak makan cili pedas katanya.. Ni ikan pulak makan cili, apa kes?? Ikan apa yang makan cili tu.. habaq mai sat..

Sumber gambar Rilekssminda

Ni nak habaq la ni.. sabaq noh.. Alkisah den pergi mancing. Pancing ada umpan takdak.. Tepi sungai tu ada pokok cili.. Ketagih sangat nak mancing ikan kekdahnya. Lama tak mancing ikan. Last mancing ikan pun masa budak2. Masa kanak kanak ribena beri dulu memang salah satu hobi den ni memancing ikan. Kalau kengkawan ajak mancing.. Ya Allah tak tergambar betapa hepinya.. Masih terbayang kenikmatan merasa macam mana ikan menarik2 batang pancing.

Sebab umpan  tak dak.. Saja try guna cili letak kat mata kail humban dalam sungai. Tak sampai sekejab rasa batang pancing dah kena tarik.. apa lagi rentap la naik. Sekor ikan. Letak lagi cili.. baling dalam air.. sekejab naik lagi ikan.. Begitu la seterusnya sehingga banyak ekor jugak la dapat. Tetiba terdengar suara asben ku panggil.. Dengan mamai2 antara pancing ikan dengan suara suami.. aku buka la mata. Aduhai.. kenapakah ini semua hanya mimpi. Tengah syok2 mancing ikan tetiba terbangun memang spoil.

Ni tak boleh jadi.. tahap kerinduan nak pancing ikan semakin membuak buak. Kena cari satu hari di weekend hari untuk buat aktiviti memancing ni. Tapi arwah ayah pernah cakap masa aku kecik2 dulu.. aku cerita kat ayah aku mimpi pancing ikan kat anak sungai yang jernih. Nampak ikan berenang.. Ayah kata mimpi ikan & air ni orang2 tua kata rezeki. Alhamdulillah.. kalau mimpi tu petunjuk dari Allah yang aku bakal dapat rezeki. Tapi hangpa jangan la dok percaya bulat2 pulak.. Ramalan2 mimpi ni tak payah taksub. Dengar sekadar hiburan sudah.

Pada yang torkono bang bang boom dengan entri mimpi pancing ikan guna umpan cili padi tu jangan marah. Sekali sekala kena juga bersantai santai. Tapi mimpi tu bukan rekaan semata mata, ok! Sememangnya aku bermimpi pancing ikan berumpan cili padi semalam.. kekekekeke

Hakmimpiterpelihara kekekeke


BUDAK 11 TAHUN DI SUMBAT CILI DALAM MULUT & KEMALUAN OLEH IBU TIRI

Mak aih.. ni pun salah satu kes kejam yang tak boleh di terima akal waras manusia. Tertengok berita ntv7 tadi berita Mak tiri yang mendera anak tiri dia yang berumur 11 tahun dengan menyumbat cili dalam kemaluan & mulut mangsa sambil di saksikan oleh adik2 & nenek budak tu. Kejadian berlaku pagi sabtu lalu.

Gambar sekadar hiasan takde kena mengena dengan kes

Apalah salah budak tu sampai macam tu sekali mak tiri dia buat gamaknya. Tapi apapun kesalahan budak tu.. memang agak melampau perbuatan mak tiri dia. Anak tiri ke anak kandung ke.. dia tetap manusia.. ada rasa sakit, sedih. Even anak haiwan pun ko tak berhak siksa macam tu inikan anak manusia. Kalau marah dia buat salah pun berpada pada la nak hukum. Cuba kau sumbat cili dalam kau punya pulak... sedap ke rasa??

Pun macam tu bukan semua mak tiri tu jahat.. Tak kira la dia mak tiri ke... mak kandung ke.. mak mengasuh ke.. mak susuan ke hapa ke kalau hati dia dah berneraka memang akal dia dah tak sempat nak fikir baik buruk bila nak buat sesuatu. Anak adalah amanah.. tak kira status anak tu anak kandung ke, anak angkat ke atau anak tiri sekalipun bila sampai amanah tu untuk kita jaga maka kita kena jaga & didik dia sebaik mungkin jangan bapak dia kau nak.. anak dia kau pijak2.

Moga kejadian ni jadi peringatan pada kita semua dalam membesarkan anak. Memang anak2 ni kadang2 menduga kesabaran jugak tapi kawal la kemarahan agar tak berlaku tindakkan di luar kewarasan yang boleh memudaratkan.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com