Showing posts with label peraturan yang sering di langgar. Show all posts

INILAH PERATURAN YANG ORANG PALING MALAS NAK IKUT

INILAH PERATURAN YANG ORANG PALING MALAS NAK IKUT. Manusia ni memang tak boleh lari dari bersikap derhaka atau degil. Kadang2 kita tak sedar pun kita ada perangai macam tu bila kita rasa kitalah manusia yang selalu ikut rules. Padahal ada perkara perkara yang kita tak nampak serius kita langgar secara sengaja atau tak. Ada jugak yang rasa langgar undang2 buat dia rasa hebat. Ataupun jenis manusia yang pandang remeh setiap apa yang orang cakap "Jangan Buat" memang dia akan rasa perkara tu tak patut jadi satu rules.


Kat Malaysia ni pun ramai manusia yang suka rasa perkara ni tak perlu la nak di kuatkuasa sebagai melanggar undang2.. Small matter katanya. Sebab ramai manusia memandang perkara tu untuk satu hari bukan untuk masa depan. Contoh kat kawasan larangan menjaja.. Ramai yang rasa apa salahnya kat menjaja kat situ. Pengalaman aku dok pergi ambil anak balik sekolah guna laluan pejalan kaki.. macam ada kaki lima sikit tepi jalan tu. Sekarang ni mula di jadikan tapak orang menjaja secara haram. Bermula dari 1 gerai.. dah jadi bergerai gerai. Bila kita nak melalui jalan tu terpaksa turun ke jalan raya bila di block penjaja. Gerai dia block laluan pejalan kaki.. lepas tu orang yang nak beli pulak block kat laluan jalan tu. Aku yang nak melintasi tempat tu pulak perlu tunggu kereta takde lalu lalang. Kan menyusahkan orang. Sebab tu tempat macam tu di beri amaran kawasan larangan menjaja. Cari rezeki pun cari rezeki juga tapi sampai mengundang risiko pada orang yang nak guna laluan tu pun kadang2 rasa nak juga carut.

Tu Antara contoh perkara yang orang pandang remeh bila benda tu di jadikan sebagai peraturan. Konon ambil sikit je space kat situ.. kalau dia sorang boleh accept la.. ni dah ber 'orang2' penjaja dok buat port.. tak termasuk pendatang asing pun nak berbisnes kat situ, fikir fikir kan lah kenapa benda tu di larang dari awal.

Banyak lagi perkara yang selama ni kita rasa terlalu remeh untuk di jadikan peraturan atau undang2. Contohnya peraturan2 ni >> Inilah Peraturan Yang kebanyakkan dari kita malas nak ikut<< sebenarnya melibatkan faktor keselamatan, kemudahan & keselesaan tapi sebab kita yang bernama manusia ni memang tak boleh buang sikap suka melawan maka kita tak rasa macam satu kesalahan pun bila kita langgar undang2. Yelah.. bukan selalu pihak berkuasa nak ambush.. contoh macam buang sampah merata rata. Selama ni kita main campak even dah warning.. Buang sampah merata rata akan di denda tapi tak pulak pernah kena denda. Sebab bukan setiap tempat ada penguatkuasa dok jaga semata mata nak cari siapa buat salah untuk di saman. Sampai dah datang macam2  wabak penyakit melibatkan persekitaran yang tak bersih baru nak rasa kenapa benda tu di kuatkuasa sebagai undang undang.

Moral of the story.. Manusia memang lebih suka..'terhantuk baru terngadah' sebab tu suka pandang remeh semua perkara yang melibatkan peraturan & undang undang.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com