RASA MUKA BERTUKAR PLASTIK LEPAS PAKAI JADORA ULTRA SMOOTH DD CUSHION
RASA MUKA BERTUKAR PLASTIK LEPAS PAKAI JADORA ULTRA SMOOTH DD CUSHION. Sejak dapat dalam lazada suprise box BB cushion haritu memang rasa fall in love juga la. Sebab memudahkan kerja menconteng arang ke muka katanya. Yelah selalu jenis cushion ni dia 2 in 1.. Dah siap ada foundation & concealer bagai. Dap dap kat muka.. kemaskan sikit dengan loose powder dah siap. Jimat la masa nak merenung muka ke cermin tu kan..Tapi di sebabkan BB cushion tu dah nak habis.. Maka dengan girangnya cheq try pulak JADORA ultra smooth DD Cushion. Sebelum pakai BB cushion yang 2 in 1 jer.. tapi yang JADORA DD Cushion ni special sikit ok sebab dia all in one. Apa yang ada dalam all in one ni?? Mesti hangpa nak tau jugak kan.. All in one tu include susuk sekali ke camna? Tu dia.. Hangpa ingat bedak jampi Bomoh Jenab ke susuk bagai.. Ni produk kosmetik yang takde unsur mistik tapi ada unsur mencantikkan tanpa perlu masa yang lama sebab dalam Jadora DD Cushion all in one ni ada semua perkara yang di perlukan oleh seorang perempuan bila nak bersolek iatu....
➤ Foundation
➤ Concealer
➤ Powder
Tu dia.. complete katanya. Kau tempek DD cushion ni dia melengkapi semua. Tak payah susun banyak banyak makeup. ada 3 fungsi dalam 1 produk. Kau tak suka ke enon kalau camtu? Kau suka ke mengangkut segala mak nenek makeup kau bila nak keluar. Lepas tu enpon bunyi cari enpon pun boleh sesat dalam handbag sendiri sebab penuh makeup kau. Mana taknya.. foundationnya lain.. concealer dia lain, bedaknya lain.. Almaklum bila nak solat kena cuci kan? Lepas solat nak tempek balik semua benda alah tu. Tak ke belantara jadinya handbag kau. hehehehe
Jadora ni bukan saja boleh jimat space dalam bag, jimat masa touch up malah berfungsi membantu masalah kulit jugak ok. So secara tak sengaja dia jadi macam skincare jugak. Apa lagi kau nak wahai perempuan. Pakej lengkap dah ni. Rugi Wei sapa tak cuba.. Jangan cakap hakak tak payung pulak nanti.
Alang alang benda dah landing elok atas meja solek depan cermin. Mesti la ahkak nak try. Yelah.. sembang gedebak gedebuk tak guna.. Kalau betul bagus sangat tunjukkan buktinya.
Mula2 tak expect sangat hasil dia kebabom. Sebab sebelum ni pakai jenis BB/DD cushion ni.. Just biasa biasa jer. Untuk sekatakan tona kulit kat muka.. untuk cover parut marut bagai. Dok fikir sama je la macam yang dok pakai sebelum ni..
Cuma bila try Jadora DD Cushion ni.. Rasa nak menangis tepi meja solek. Awat lawa sangat ni wei.. Dari muka berpuaka terus rasa macam barbie doll. hahahaha. Serius.. Kalau yang jenis suka makeup look ala2 barbie ni sangat rekemen guna Jadora DD cushion. Bila pakai dia nampak instant glow kat muka. Nampak shining2.. macam plastik. Memang tak payah nak pakai powder lagi tak kira loose powder atau compact powder. Memang dah cukup dap dap Jadora DD Cushion ni. Melainkan hangpa tak suka nampak glow... boleh la dap dap dengan loose powder tu tutup effect glow dia. Pun cantik juga sebab nampak smooth jer muka hangpa nanti.
Cantik je tak boleh jugak. Kena tahu produk ni selamat ke tidak.. Ada kelulusan dari pihak pihak sepatutnya ke tidak. Jadora DD Cushion ni ada ke tidak? Satgi dok tempek tempek keluar segala malapetaka kat muka, nak tuntut gantirugi bukan senang. Almaklum zaman sekarang nak tuntut keadilan pun kalau nak guna saluran undang undang perlukan duit.. Nak guna media sosial berisiko kena saman bagai kan. So better check dulu betul betul.. Produk ni selamat ke tidak
Jawapannya .. Insya Allah, Selamat Sally hendersons.. Tu dia nama sapa la Sally Hendersons tu kan? Main petik je ni.. Kalau ada yang nama tersebut mohon anggaplah kebetulan sahaja yer... hehehehe
Produk ni setaraf produk antarabangsa, Ok! Dirumus khas oleh chemist bertauliah yang bertaraf antarabangsa yang berfungsi membantu melindungi, menjaga, merawat dan menyerlah kecantikan wanita khususnya wanita Asia yang beriklim panas sepanjang tahun.
Kelebihan Jadora DD Cushion ni adalah
➠ Kaya dengan bahan mineral semulajadi
➠ Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT KKM)
➠ Dikilangkan oleh kilang bertaraf GMP
➠ Menandingi jenama bertaraf antarabangsa
➠ Tahan sehingga lebih 8 jam tanpa kesan bercapuk
Ni Bukti Jadora DD Cushion Ni memang berdaftar dengan KKM ok! Search by lekatlekit sendiri |
99.9% Organics
JADORA ULTRA SMOOTH DD CUSHION diuji secara saintifik dan diuji secara klinikal dari formulasi bahan mineral semulajadi yang terpilih dari seluruh dunia, bertujuan untuk menjaga, mencerahkan kulit dan melindungi kulit wajah secara semulajadi.
JADORA DD Cushion dijamin bebas kandungan kimia berbahaya seperti hydroquinone yang merosakkan kulit.
JADORA DD Cushion diperbuat daripada bahan bahan semula jadi terutamanya ARGAN OIL, VITAMIN C & E dalam DD Cushion. Ia berfungsi untuk
⤠ Melindungi kulit daripada sinaran UV
⤠ membantu masalah kulit terutamanya jerawat dan parut
⤠ Membaiki sel kulit yang rosak dan kusam
⤠ Menegangkan kulit muka
⤠ Memudarkan jeragat
⤠ Membantu wanita menjadi lebih ANGGUN DAN ELEGAN!
JADORA amat menitikberatkan kesucian produk untuk kegunaan pengguna wanita. Oleh yang demikian, formulasi JADORA DD CUSHION dipastikan hanya menggunakan bahan-bahan dari tumbuh-tumbuhan yang suci, selamat dan terbaik. JADORA dikilangkan oleh kilang bertaraf GMP yang diiktiraf oleh JAKIM.
Antara kelebihan lain Jadora DD Cushion ni adalah
➟ Suci dan Halal
➟ Bebas daripada bahan terlarang
➟ Mudah dipakai, segar dan selesa
➟ Baik untuk kecantikan kulit dan awet muda wajah
Nak pakai bila2 masa pun boleh. kau punya pasal la. Manatau kau adaptasi kehidupan kau macam pelakon dalam drama yang nak tidur pun kemain bulu mata pelesu bagai kan? Kau rasa nak nampak sleeping beauty masa tido kau nak tempek Jadora DD Cushion ni, kau tempek la tak jadi satu dosa pun. Cuma orang kata masa tidur elok la kosongkan muka dari sebarang kosmetik. Kulit pun kena rehat jugak ok! Kesimpulannya... Jadora DD Cushion ni kau nak pakai siang ke malam boleh ajer dik non. Sesuai bila bila masa & apa cuaca sekalipun hehehehe.
Size dia lebih kurang macam compact power so senang nak bawa kemana mana. Nak apply dia pun senang.. just dap dap sahaja. So jimat masa depan cermin. Tak ada laki kau dah start enjin kerete kau baru nak lukis kening lepas tu mula la muncung 7 inci bila dah kat luar tetiba tengok kening senget sebelah sebab tak sempat nak lukis betul betul. Yelah.. Masa habis nak pakai foundation la.. nak conceal tutup jerawat bagai la.. Banyak step. Jadi dengan Jadora DD Cushion.. Just Dap Dap dengan hanya 1 step.. settle.
Kalau saya.. saya apply pelembab dulu sebelum pakai Jadora DD Cushion ni. Bergantung pada keperluan kulit hangpa la kan.. Kalau kulit hangpa dah cukup kelembaban atau terlebih lembab tak payah la nak pakai moisturizer lagi. Kalau jenis kulit Gurun Sahara yang gersang senantiasa tu.. Sapu la sikit pelembab.
Boleh tengok Video kat sini macam mana nak apply Jadora DD Cushion
Jadora DD Cushion ni boleh bertahan sehingga 12 jam. Ok la tu kan.. Takkan kau nak pakai makeup 48jam tanpa cuci langsung kan? Kau fikir kau patung model yang display kat supermarket ke 24 Jam perlu makeup. hehehehee
Boleh tahan sehingga 3 - 4 bulan bergantung cara penggunaan & berapa kerap hangpa guna la kan. Ada orang boleh tahan sampai 5 bulan. Span dia pun boleh di terbalik banyak kali kalau dah kering. Jimat tak? Mesti la jimat.. Kalau rasa tak jimat pi pakai tepung gomak je. hehehehe
Apapun dari pengalaman sendiri guna.. Memang sangat puas hati dengan coverage & testur dia. Cantik sangat rasa diri ini. Bila tengok balik nampak muka macam plastik pulak. Dia punya glow tu.. camna ekk nak bagitau. Nampak cantik la dari kulit asal. Memang sesuai untuk instant coverage.
Kalau berminat nak dapatkan Jadora DD Cushion ni korang boleh dapatkan melalui
Whatsapp
Semenanjung : 0199574060 / 0179631868
Sabah& Sarawak : 0199118572
Semenanjung : 0199574060 / 0179631868
Sabah& Sarawak : 0199118572
Facebook : Cik Puan Jadora
Page : Jadora Malaysia HQ