Showing posts with label spaghetti. Show all posts

RESEPI SPAGHETTI KARI YANG BUAT ORANG ITALI MENANGIS

RESEPI SPAGHETTI KARI YANG BUAT ORANG ITALI MENANGIS. Musim el nino ni serius boleh kurus aku. Sebabnya selera makan semakin drop.. tengok nasi pun tak ada nafsu. Asyik minum air je. Almaklum la panas.. Nak makan berat berat sangat tak berapa best. Aku lebih suka makan simple2. Bila dah semakin hilang selera terhadap nasi ni otak mula la ligat nak cari menu yang boleh menaikkan nafsu serakah.


Spaghetti kari ni pun terilham sebab tak tau nak makan apa. Mula2 nak masak megi kari je tapi tetiba mata terpandang pasta san rimo pulak. Sepintas lalu idea datang buat spaghetti kari. Check apa bahan mentah yang ada.. mulakan operasi dengan apa adanya kat dalam rumah je. Malas dah nak turun bawah pergi kedai.

Bahan - bahan yang mempunyai potensi untuk masak spaghetti kari aku adalah...

1.Spaghetti (aku guna jenama san rimo)
2. Rempah kari daging
3. Serbuk cili
4. bawang besar
5. bawang putih
6. halia
7. daun kari
8. bunga lawang
9. kulit kayu manis
10. buah pelaga
11. kobis
12. sosej
13. ayam
14. Minyak masak untuk menumis
15. kuib pati ayam (ni tak wajib)

Untuk hiasan : Daun bawang & telur rebus

Cara aku buat spaghetti kari ni memang simple sangat. Budak darjah 6 pun boleh masak..

1. Mula2 bancuh serbuk rempah kari & serbuk cili buat macam pes tu.

2. potong bawang besar, bawang putih & halia.

3. potong la ayam, sosej & sayur kobis lepas tu cuci.

4. panaskan minyak masak.. tumis bawang besar, bawang putih,halia,bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga & daun kari sampai naik bau.

5. Lepas dah naik bau sampai naik muak korang bau.. masukkan rempah kari & serbuk cili yang korang buat pes tadi. Masukkan sekali kiub pati ayam.

6. masak sehingga pecah minyak.. untuk pastikan nanti tak ada rasa rempah kari tak masak.
dah pecah minyak rempah korang.. masukkan ayam. kalau rempah tu kering sangat tambah air sikit. Biar masak sekejab

7. Agak2 ayam dah masak masuk la sosej & sayur kobis. Kalau pekat sangat tambah sikit air tapi jangan sampai cair sangat. Sebab nak kena pastikan kuah tu sedang2 je. Tak cair atau pekat sangat. Sebab konsep nak makan spaghetti ni kuah dia memang tak macam makan mee kari. Agak2 rasa kuah dia boleh sebati dengan spaghetti macam kita makan spaghetti bolognese tu..

8. Masak sekejab sampai korang rasa semua bahan dalam tu dah masak dengan sempurna. tutup la api. jangan bazir gas, ok!

9. Jangan lupa rebus spaghetti sampai lembut. Dah siap semua boleh tuangkan kuah kari kat atas spaghetti. Hiaskan dengan hirisan daun bawang & telur rebus.

Ni hasil dari kemerapuan aku di dapur takhkala lapar. Rasa bagi aku menepati piawaian tekak aku.

Aku memang tak guna santan sebab aku tak suka sangat rasa lemak santan tu. Actually aku bukan peminat mee kari sebab rasa berlemak sangat. Sebab tu resepi spaghetti kari aku tak guna santan. Kalau korang nak masukkan santan pun boleh. Suka hati la tekak memasing. Bahan2 lain tu kalau nak tambah pun boleh. Nak masuk daging ke, udang ke hapa korang punya pasal la. Kalau rasa selera korang tahap pelahap semua benda nak makan.. campak je. hahahaha

Harap orang itali tak menangis la dengan makanan dorang aku dah karikan macam ni. Almaklum la selera aku ni mix katanya. itali+melayu. Bertabahlah aku akan mencipta berbagai lagi resepi dengan spaghetti lepas ni sebagai penganti mee kuning. hahahaha. Tapi apa lah sangat spaghetti kari..

Moral of the story.. Kalau nak hantaran RM15K sila belajar masak dari sekarang. Almaklum la.. calon2 menantu pilihan selalu ada dalam list mesti pandai masak katanya. Tak kira la lelaki ke perempuan. Jangan nanti ada kena tumbuk sebab tak pandai masak. Ok gua chow dulu beb sebelum kena belasah... hahahhaa

RESEPI SPAGHETTI GORENG MELAYU PERASAN ITALI

RESEPI SPAGHETTI GORENG MELAYU PERASAN ITALI. Di sebabkan ada yang minta aku tulis resepi spaghetti goreng maka aku tak sanggup nak hampakan harapan peminat resepi aku katanya.. Tu dia statement minta kena pijak sampai lunyai. Peminat la sangat kan.. Tapi tajuk entri mesti tak kalah. Resepi Spaghetti goreng Melayu Perasan Itali. yelah.. aku kan penggemar pasta walau berdarah melayu. Dah berapa hari aku asyik makan spaghetti je ni cuma dengan masakan yang berbeza la. Semalam pun belasah lagi spaghetti bolognese. kegemaran laki bini katanya.

Bagi menyempurnkan permintaan peminat yang nak tau gamaknya aku campak apa dalam spaghetti goreng sehingga sedap hingga menjilat skrin orang tengok gambar.. Ok! Meh sini aku nak bongkarkan bahan2 rahsia yang sebenarnya bukan rahsia lagi.. hehehe

Bahan2 untuk masak spaghetti goreng
Pasta San Remo.. sebab dia halus & cepat lembut
Kicap manis (Jalen)
Kicap masin (jalen)
Sos Cili
Sedikit cili serbuk
Cili Kisar aku guna yang instant cili giling puteri
Sayur (terpulang nak letak apa. Kalau ada brokoli pun sedap)
telur (boleh juga masukkan daging, ayam,fishball bla.. bla.. ikut suka)
Bawang untuk menumis

Cara nak masak
Rebus pasta sampai lembut & toskan
campurkan cili kisar,kicap manis/masin, sos cili & cili serbuk buat macam pes
Panaskan minyak.. tumis bawang.
Masukkan bahan perasa tadi (cili kisar,kicap manis/masin,sos cili)
Kalau ada daging/ayam.. masukkan & masak sekejab.
Masukkan telur & sayur
Masukkan spaghetti (pasta)
gaul sampai sebati sehingga masak & hidangkan.

Maka terhasilah.. Spaghetti Goreng Melayu perasan Itali. Bahan2 sangat simple. Bukan apa.. resepi simple ni kalau orang bujang senang nak masak. Kenapa kena guna pasta san remo. Selain ia sedap, aku rasa pasta jenama ni sesuai sangat gantikan mee kuning. Lebih sihat makan pasta berbanding mee kuning.

Kalau korang jenis suka makan pedas boleh la tambah cili padi dalam spaghetti Goreng ni. 


Jadi mana2 anak dara yang baru belajar pegang senduk tu.. Elok la cuba resepi simple2 dulu. Belajar matching rasa sampai pandai baru belajar masak yang berat2. Kalau tak reti nak matchingkan rasa setiap bahan yang guna memang masak apa pun fail. Tu petua dari makcik lekatlekit. hahaha.

YANG SUKA MASAK PASTA KENA TAHU TENTANG JENAMA SAN REMO

YANG SUKA MASAK PASTA KENA TAHU TENTANG JENAMA SAN REMO. Sapa kat sini suka makan pasta @ spaghetti angkat tangan tutup ketiak.. Ok Ok.. ramai termasuk la aku. Aku memang suka sangat la spaghetti bolognese ni. Selalu aku guna mee spaghetti ni jenama lain. Rasanya macam tak pernah guna lagi la san remo ni sehinggalah semalam aku tetiba macam terhasut dengan iklan.. Pasta apa? Pasta san remo katanya.. Ok Aku pun beli sebab memang dah niat malam semalam nak masak spaghetti bolognese.Almaklum la aku kacukan orang Itali katanya.. so taste pun ada la sikit italian katanya. Hahahaha.. sila jangan ambil serius statement perasan nak mampus tu, hokay.


Biasa la.. sekarang aku kalau keluar berjimbaraya memang balik awal. Even semalam sempat jugak mendaki Genting Highland tetap masih balik di siang hari sebabnya kat sini kami kesempitan parking. Kalau balik lewat confirm la dah tak ada parking di kawasan sekitar. Maka bila dah balik awal.. Malam tetap kena masak jugak untuk dinner. Almaklum la.. air tangan bini ni di rindui suami. Tetap la kena merenjis2 juga air tangan dalam masakan. Rehat kejab lepas maghrib tu aku pun bertukang dengan senduk kuali bagai masak spaghetti bolognese.

Almaklum la.. mee spaghetti sebelum ni aku beli memang lambat sikit nak lembut. So aku rebus la dulu sementara nak masak. Rupanya jenama san remo ni dia cepat lembut. Sekejab jer rebus dah lembut. Lagipun pasta dia halus jer.. tak macam pasta jenama lain dia tebal sikit. Mungkin sebab tu jugak dia cepat lembut. Rasanya dia pun ok.. sedap je. Cuma sebab dia halus & cepat lembut. Cepat di masak & senang di makan terutama budak budak la sebab mee dia halus.

Jadi aku tak rasa tertipu sangat la dengan pasta san Remo ni.. Ternyata best guna pasta ni. Kalau emergency nak masak cepat. nak instant.. elok la guna pasta san remo sebab tak perlu rebus lama2. Jimat masa & tenaga katanya.

Apapun.. sesedap mana pun masakan dari negara luar memang tak boleh lawan citarasa hot & spicy orang Malaysia. Kita makan pasta pun tambah cili padi bagai sebab nak bagi rasa pedas sebab kita dah biasa makan macam tu. Cuma tahap kepedasan yang kita boleh tahan belum mampu sampai ke level ni >> Berani makan Pedas Macam ni? Confirm Orang Malaysia pun tak berani cuba << Bayangkan kuah spaghetti tukar jadi macam ni? kau hado berani makan? hahahaha

VIDEO! JENG JENG JENG.. BAPAK BUAT APA KAT DAPUR..

Bulan2 puasa ni awal2 pagi & tengahari orang jarang jenguk dapur sangat kecuali yang berniaga.. Normally abis berkemas kita melepak jer kat ruang rehat rumah. Kecuali la ada anak kecik so maybe rutin di dapur tak banyak beza dengan hari2 biasa.


Tapi yang nak story ni pasa sorang bapak yang nak buat suprise untuk anak dia kat dapur.
Aku tak reti pulak nak upload video tu kat blog. Kalau ada coding macam kat youtube copy & paste jer tahu la aku masukkan. Tapi video2 camni tak reti pulak aku. Jadi kalau korang nak tengok si bapak buat apa kat dapur siang2 hari sampai anak dia jadi pelik tengok meh la tengok kat sini >> Excited betul bapa budak perempuan ni! OMG <<

Moral of the story.. para bapak rajin2 la belajar buat kerja kat dapur jangan bulan puasa jer baru nak curi2 masuk dapur hahahaha... Bahaya! kalau para bapak yang tak pernah masuk dapur tetiba bulan puasa rajin pulak ulang alik ke dapur.

Apapun selamat menjalani ibadah puasa hari yang ke 7. Sekejab jer seminggu dah puasa. Jangan puasa yang yok nak2 lagi dah masuk kategori bangkalusia tu.


DAPAT RM20 DARI 8SHARE HANYA KERANA NAK JADI SPAGHETTI

Aku cuma cakap aku nak jadi spaghetti jer.. sebab spagheti ni sedap & senang di masak. Tup tup.. arini 8share bagitau dia dah transfer duit kat account 8share aku hanya sebab aku kata aku nak jadi spaghetti jer. Mesti ramai yang nak tau kan.. kenapa 8share tetiba bagi aku duit? Meh sini nak story..

Alkisah tersebutlah kisah.... Pada suatu hari aku terlihat satu contest simple dari 8share bertajuk #ifyouwere...  Sebab ada gambar masakan aku sendiri maka tak pernah2 aku join apa2 contest 8share tetiba jadi buang tebiat pulak nak join. Tak sangka pulak aku orang pertama yang join kan... So aku pun guna la pic spaghetti aku masak tu sebagai taruhan dengan caption...

 Sebab nak follow Instagram den boleh la follow @lalalekatlekit

kalau aku diberi pilihan nak jadi makanan apa aku nak jadi spagheti sebab spagheti sedap & senang dimasak.macam hidup kita tak semua perkara yang mengembirakan tu susah untuk dibuat.kadang2 yang simple itu lebih membuatkan kita enjoy menikmatinya. @8share #8ifyouwere #lekatlekitstory #contest8share 

Hari ni bukan 8share nak semak iklan2 baru dapat mesej yang mengumumkan aku antara salah seorang pemenang contest #ifyouwere maka bertambah la earning aku hari ni RM20..



Ingat senang ke nak jana RM20. satu clik 20sen kira la sendiri kalau RM20 berapa clik aku kena dapat.. So, syukur rezeki jugak tu. Campur earning yang sebelum ni dah boleh cashout la tapi biarlah dulu dia beranak pinak. Konsep aku cashout mesti melebihi 3 angka setiap bulan. Ni tak sampai tarikh cashout lagi sempat lagi nak menabung. Yang penting kena usaha.. Takde jalan mudah nak dapat duit.

kalau korang nak cari side income dengan 8share boleh refer tutorial ni 8share

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com