MISTERI TEMBOK BESAR CHINA.. DI BINA MENGGUNAKAN RANGKA MANUSIA. Bagi yang tak pernah tahu tentang Tembok Besar China ni meh la nak intro sikit.. Tembok besar China adalah salah satu monumen tinggalan sejarah yang menjadi lambang kemegahan negara China. Memang sinonim negara china & tembok besar china tu. Ia Di bina bagi melindungi tahan jajahannya daripada pihak musuh dan pertama kali mewujudkan pembangunan dinding pertahanan itu menjadi Tembok Besar China sepanjang 2.414 km.
Di sebalik cerita mitos tentang pembinaan Tembok besar China ada yang mengatakan tembok besar china di bina menggunakan rangka manusia yang di campur bersama bahan binaan yang lain. Biar betul? Aku rasa maybe ramai di antara mereka mereka yang membaca mitos ni akan respond macam tu termasuk la aku masa terbaca salah satu fakta tentang tembok besar cina ni. Yelah.. selama ni tak pernah pulak aku tahu pasal tu. Tapi takde pulak yer kisah2 mistik yang berlaku kat sepanjang tembok besar china tu kan? Erkk.. ke aku yang tak pernah cuba membongkarnya.. Harus ni.. memburu kisah2 misteri & misteri di tembok besar cina nanti... Tapi ada jugak cerita mulut ke mulut yang mengatakan mereka menggunakan beras pulut & telur putih sebagai pelekat. Mak Aaii.. gamaknya berapa kilo beras pulut & berapa biji telur depa guna kalau betul kan.
Kalau dah nama mitos tu ia kategori dogeng la kot tapi sejarahwan berpendapat masyarakat pada waktu tu hanya menggunakan bahan yang ada pada zaman tu jadi tak mustahil semua yang di ceritakan di sebalik pembinaan Tembok besar china tu mungkin betul. Kalau betul la.. Wah!! Agak menarik kalau geng2 paranormal nak try buat aktiviti kat situ. hehehehe. Kena suruh KRU Rancangan The Unbelievable pergi siasat la sebab depa orang hongkong. hehehehe
Tu salah satu fakta yang agak menarik di sebalik pembinaan Tembok Besar China tapi banyak lagi fakta yang mengejutkan korang boleh baca kat sini >> 6 Fakta & Misteri Yang Anda Mungkin Tak Tahu Tentang Tembok Besar China << jangan kejung sudah lepas baca fakta fakta yang tersembunyi selama ni tentang pembinaan tembok besar china.
Moral of the story...Apa yang di klasifikasikan sebagai mitos di zaman sekarang tak semua adalah mitos rekaan orang dulu dulu. Sebenarnya apa yang kita nampak mustahil berlaku sekarang kadang2 benda tu pernah berlaku di zaman dahulu dimana manusia waktu tu amat jahil menggunakan isi alam untuk sesuatu tujuan termasuklah sesuatu yang kadang2 di luar logik akal manusia zaman sekarang.
DI SEBALIK POWER RANGERS YANG MUNGKIN ANDA TIDAK PERNAH TAHU. Masa kecik2 dulu layan jugak la power rangers ni. Almaklum la zaman aku budak2 mana ada hiburan lain sangat. Kalau tengok kartun atau rancangan kanak kanak kat TV tu dah kira aktiviti best sangat la. Tak macam budak sekarang.. Nak tengok apa bila2 masa je boleh. Online jer search je la kat youtube. Apa yang takde.. segala mak nenek dari cerita senonoh sampai la pra tak senonoh. Semua ada.
Walaupun kita mengenali power rangers dari kita budak sampai dah jadi mak budak tapi banyak perkara tentang power rangers yang mungkin kita tak pernah tahu. Yelah.. apa yang penting bagi kita selama ni cuma power rangers je. Apa berlaku di sebaliknya kita jarang fikir atau tak terfikir pun nak ambil tahu. Jadi meh kita selongkar apa Yang kita tak pernah tahu tentang power rangers selama ni..
Power Rangers ialah siri program televisyen kanak-kanak Amerika terpanjang yang diadaptasi daripada siri bergenre tokusatsu Jepun, iaitu siriSuper Sentai. Ia bukan sekadar alih suara bahasa Inggeris, tetapi juga merupakan produksi 'baru' dengan dibintangi barisan pelakon Amerika diselitkan dengan rakaman sebenar dari Jepun dalam beberapa babak. Disebabkan kebanyakan siri Super Sentai menampilkan imej Jepun, program buatan Amerika ini disesuaikan untuk penonton Barat; walau bagaimanapun, kebanyakan babak yang menampilkan watak berkostum dan robot (atau "Zords" dalam versi Inggeris) dialih suarakan.
Siri pertama yang memulakan francais Power Rangers ialah Mighty Morphin Power Rangers, mula ditayangkan sebagai sebahagian daripada rancangan-rancangan siaran saluran Fox. Ia berlanjutan selama tiga musim (1993-1996), paling popular dan yang terpanjang setakat ini. Francais ini terus berkembang dengan 17 musim untuk televisyen (pada 2007) dan dua filem.
Siri Power Rangers telah diedarkan oleh Saban Entertainment dari tahun 1993 sehingga hujung 2001 dan disiarkan di Fox sehingga 2002. Francais ini telah dibeli oleh Walt Disney Company pada 2001-2002, tetapi dibeli balik oleh Haim Saban pada tahun 2010.
Satu pasukan Power Ranger biasanya dianggotai lima orang dengan penyertaan Ranger keenam pada pertengahan siri. Setiap sut dan tenaga spektrum Ranger dipadankan pada warna spesifik seperti merah, kuning dan biru yang kemudiannya disertai warna merah jambu, hijau, hitam atau putih. Para Rangers biasanya dinamakan bersempena warna mereka (Ranger Merah=Red Ranger), tetapi beberapa nama lain juga digunakan. Kebiasaanya, tiada Ranger lain diberikan warna yang sama dalam satu pasukan, kecuali namanya berlainan daripada warna sedia ada (pengecualian ini berlaku pada pasukan Time Force Ranger, dimana ada dua Ranger merah iaitu Red Time Force Ranger dan Quantum Ranger).
Setiap kostum Ranger biasanya sama dari segi rekaan melainkan warna dan bentuk helmet (biasanya bentuk visor) atau pernomboran. Sebarang Ranger tambahan juga biasanya mempunyai tambahan pada kostumnya seperti kelengkapan senjata tambahan. -sumber wikipedia -
5 fakta lain yang mungkin korang tak pernah tahu selama ni tentang power rangers adalah..
1. Power rangers di adaptasi dari rancangan spider man jepun. Pada tahun 70an sebuah syarikat penerbitan telah menerbitkan sebuah rancangan menggunakan watak dalam komik Marvel aitu spider man. Cuma spider man jepun ni takde la boleh bergayut ke sana sini macam spider man mat saleh tu. Tapi dia guna kereta terbang. Seperti dalam cerita power rangers, cerita siri spider man jepun ni juga ada robot untuk menentang kejahatan.
2. Pelakon yang banyak memegang watak dalam cerita bersiri power rangers ni adalah Jason David Frank @ Tommy Oliver. Dia membawa watak 6 jenis power rangers yang berlainan iatu Green Ranger, White ranger, White ninja ranger, Red Zero ranger, Red turbo ranger & the black dino thunder ranger. Sumpah aku dah tak ingat watak2 power rangers ni. Aku tulis je tapi tak dapat bayang walau satu watak pun di yang sebut. hahahaha. Faktor usia katanya.
3. Jantina asal yellow ranger sebenarnya adalah lelaki. Dalam siri super sentai Yellow ranger adalah lelaki tapi dalam siri power rangers di tukar kepada watak perempuan.
4. Rancangan power rangers pernah di haramkan di New Zealand sehingga 2011 kerana mendapat tentangan & bantahan dari ibu bapa disana. Mereka beranggapan rancangan tersebut seolah olah mengajar anak mereka menyelesaikan masalah dengan cara keganasan. Manakala kat Malaysia power rangers cuma melalui penapisan. Perkataan Morphin telah di edit sebab cara menyebut dia kedengaran seperti Morphine sejenis dadah. Malah dialog 'Its Morphin time' juga di mute.
5. Power Rangers telah bersiaran di kaca televisyen selama 20 tahun & menghasilkan 700 episod. Lagi panjang dari siri Naruto.
Tentu peminat & bekas peminat power rangers banyak yang tak tahu fakta ni kan? Jadi bagi mengembalikan nostalgia anda bersama power rangers gigih tau aku tulis entri ni balik hasil sumber menggoogle. Tapi tu fakta yang dah jadi kenangan..
Moral of the story.. power rangers jugak menjadi sebahagian dari nostalgia semasa zaman kanak kanak kita. Biarpun aksi dia bagi orang agak ganas tapi budak dulu2 jarang sangat nak terpengaruh sampai berlakunya kes buli di kalangan kawan kawan berbanding budak2 sekarang. Kes buli di kalangan kanak kanak seawal usia 6 tahun semakin menjadi jadi. Takut jugak aku fikir anak aku. Takut di buli jer...