KESAN SCOTT'S EMULSION PADA BUDAK 1 TAHUN
Shahila dua tiga hari ni tak nak makan. Puas dah buat macam - macam. Ada yang kata dia dah taknak bubur.. perlu bagi nasi. Dah buat. Pun tak nak makan. Dah cilok resepi kat internet.. masak je apa yang dia boleh makan pun tak jalan. Risau hati mak ni nak..Bila shahila tak nak makan.. mak dia turut sama hilang selera makan. Haritu masa proses tumbuh gigi2 pertama pun dia tak nak makan.. lepas 6 batang siap sedia terpacak dalam mulut tu selera makan dia kembali & badan dia pun naik sikit. Pipi pun ada pau sikit. Tapi sejak dia pandai berdiri & nampak macam nak menapak setapak dua ni.. Terus selera makan dia takde. Risau la jugak takut kurang zat sebab lala ni budaknya aktif sangat. Asyik minum susu je pun tak cukup jugak untuk keperluan harian dia sebab dia dah setahun 3 bulan kan..
Risau.. anak ok mak pulak kena admit wad sakit jiwa sebab terlebih risau anak taknak makan maka semalam kami tiga beranak pergi la mencari apa2 yang patut untuk budak shahila tu. Pergi guardian kat The Store sg buloh tu.. Tak banyak produk suppliement untuk budak satu tahun.. banyak yang ada dalam bentuk tablet. Mana mau nya nak mengunyah.. yang ada time tu scott's emulsion je dalam bentuk cecair. Tanya akak yang keja kat situ.. dia kata scott's emulsion pun boleh membantu menaikkan selera makan budak2.. takpe la try la dulu. Sempat capai jugak gripe water sebab orang cakap benda tu pun boleh bagi budak2 selera makan. Untuk shahila malam semalam tu dua barang tu je la.. Selebihnya mak bapak dia.. lebih sikit mak dia la. kekekekekeke
Balik tu sebab nak test power shahila suka ke tak scott's emulsion perisa oren tu try bagi dalam 6ml. Kalau ikut sukatan untuk budak 1 tahun ni kat kotak tulis 15ML. Lepas minum scott's emulsion tu.. sejam macam tu dia berak setelah 2 hari tak berak sebab kurang makan. Berak ok je tak sembelit. Tu antara kebagusannya la. Lepas tu dia punya aktif sampai pukul 2 pagi baru nak tidur. Memang betul2 memberi energy tambahan pada budak lala ni. Selalunya lewat2 pun dia tidur pukul 12 jer. Maka mak dia dapat la moral of the story.. lain kali bagi minum pagi2.. dia aktif siang2 je. Malam dia tak overactive sangat. hahahaha
Pasal makan.. hari ni pujuk + paksa.. makan jugak sikit berbanding semalam tak nak makan langsung. Esok tengok macam mana. Try seminggu dulu, kalau tak berkesan nanti mummy cari vitamin lain yer nak. Gripe water tak cuba lagi. Nanti la nak cuba bagi.
satu satunya benda yang dia sentiasa berselera adalah jari dia sendiri