Showing posts with label ashraf muslim. Show all posts

MINGGU AKHIR BIAR AKU JADI PENUNGGU.. DATO ALIFF SYUKRI PEGANG WATAK LELAKI GATAL

MINGGU AKHIR BIAR AKU JADI PENUNGGU.. DATO ALIFF SYUKRI PEGANG WATAK LELAKI GATAL. Dah lama aku tak follow drama Biar aku jadi penunggu. Masa episod mula2 dulu jer aku follow lepas tu aku skip. Hari ni baru berkesempatan layan minggu akhir. Dah tak tau apa cerita tapi yang pasti last aku tengok Iffat & Afeef masih tak ada rasa percaya antara satu sama lain. Nak2 lagi selepas Damia kembali menangih cinta dengan Afeef. Lagi la Iffat sentiasa curiga. Yelah.. dulu kan Afeef sanggup menjadikan dia batu loncatan untuk bersama dengan Damia..


Tapi ok la untuk minggu akhir ni dah takde bahasakan diri aku kau.. Nampak dah ada rasa sayang & cinta antara satu sama lain. Nampak romantik walau takde adengan sentuh menyentuh. Bagus kan drama ni.. Sebenarnya tak perlu pun adegan peluk cium bagai dah bagi nampak romantik.. Cukup sekadar reaksi wajah.. nada suara.. pandangan mata antara pelakon tu pun dah mampu menghidupkan babak & watak tu. Tapi entah kenapa aku rasa geli pulak dengan babak2 romantik tu... Puaka sungguh jiwa aku ni kan. hahahaha.

Tapi dalam episod ni Damia pun dah nak kawen dengan orang lain.. Tapi iffat masih rasa tidak secure dengan damia. Tengok dia masih ada rasa tak percaya pada Afeef. Takut Afeef tergoda dengan Damia. Tu la banyak skip episod yang lepas lepas dah tak tau apa berlaku. hahahaha. Susah sangat aku nak follow apa2 drama dari mula sampai habis. Mesti banyak episod aku skip.

Dalam episod hari ni si Aqil anak Afeef pulak demam panas sampai masuk ward. Apa lagi bergegas la Afeef ambil flight tetengah malam balik KL. Nampaknya damia dah sering berhubung dengan keluarga Afeef. Yelah.. depa ada terikat dengan Aqil even damia dah bercerai dengan Afeef pun. Patut la si Iffat still masih rasa was was. Bila Damia tahu Aqil masuk ward terus dia pun ke ward offer nak jaga Aqil.

Bila Iffat call mak mertua dia tanya pasal Aqil.. Sentap bila mak mertua dia bagitau Afeef & damia jaga Aqil kat hospital. Menyemarakkan lagi la rasa tidak percaya tu kan.. Lepas tu sambung esok pulak

Tapi yang special minggu akhir ni.. Tetiba dalam episod ni ada Dato terlajak laris enterframe. tak tau la episod ni dia ada juga sebab aku dah lama skip drama ni. Nak jugak tu tumpang glemer drama ni. Mentang2 la dia penaja.. hahaha. Pegang watak jiran Iffat kat terengganu yang gatal dok ngorat Iffat tapi penakut bini. Tak padan dengan lemah gemalai.. kemain gatai! hahahaha. Watak extra je tu..

Tak tau la esok sempat ke tidak nak layan drama ni.. Kalau ada kesempatan aku tengok la. Kalau takde biarkan mereka yang lain jadi penunggu drama ni hahahaha.. Aku nak layan benda lagi best ni >> 12 Perkara Luar Biasa Hebat di Tahun 2017 << Korang dah tahu ke belum benda ni? hahahaha

BIAR AKU JADI PENUNGGU... JODOH TIDAK SEMESTINYA MEMBAHAGIAKAN

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 10... JODOH TIDAK SEMESTINYA MEMBAHAGIAKAN. Dah banyak episod rasanya aku skip semenjak mak mertua aku admit ward. Yelah.. kadang2 malam baru sampai rumah memang masa tu mental & fizikal dah ting tong. Memang time balik pun kadang2 pukul 9 malam.. mana sempatnya nak tengok drama biar aku jadi penunggu ni. Hari ni sempat la tengok sekejab. Tu pun aku google nak cari hari ni episod berapa dah hahaha


Untuk episod 10 hari ni (10 Januari 2017) tengok Afeef masih dalam fasa memujuk Iffat yang benar2 terluka dengan perbuatan dia selama ni. Iffat nampak macam masih sayang tapi sebab terlampau kecewa.. Ego tu membataskan segalanya. Hari ni mereka berjanji untuk cuba membina kembali kasih sayang antara mereka. Sebelum ni kan depa cuma ber aku kau jer.. Atas permintaan Afeef yang minta Iffat panggil dia 'Abang..' nampak mereka dah mula nak mencipta kemesraan. Iffat nampak kekok untuk panggil Afeef abang tapi tetap dia ikut permintaan afeef.

Yang aku tertarik masa iffat & afeef berbincang tentang masa depan rumahtangga mereka.. sebab sekembalinya afeef dari luar negara memang hidup mereka tak seperti pasangan suami isteri. Asyik bergaduh. Dari situ Iffat membongkar kenapa dia berkahwin & sanggup tunggu Afeef walau bertahun tahun Afeef membiarkan dia tanpa khabar berita. Katanya sebelum berkahwin dengan Afeef dia buat istikharah & pada malam tersebut dia nampak Afeef dalam mimpinya. Dia yakin Allah tidak menipunya.. maka dia terima lamaran Afeef. Tapi dia sedar.. Jodoh itu tidak semestinya membahagiakan.. Yer betul la tu. Tak semua jodoh itu membahagiakan & kadang2 memang pada peringkat permulaan ada jodoh yang menguji segala sudut ruang hidup kita sebelum dia datangkan bahagia yang kita tak pernah terbayang akan kecapi di masa akan datang. Bila kita di uji dengan 'Jodoh kita' di awal perkahwinan memang yang kita terbayang masa tu perkahwinan yang kita bina mungkin akan berakhir bila2 masa. Tu yang ada masih have fun dengan kawan2 & masih hangout dengan kawan kawan untuk buat benda2 ni walaupun dah kahwin >> 6 Sebab Orang Suka Hangout & lepak2 dengan kawan kawan << Yelah.. dari stress mengadap pasangan yang kalau jumpa macam musuh ketat je kan. Tapi Allah tu maha tahu apa yang terbaik. Di pertengahan dia bagi kita rasa bahagia dengan'jodoh kita'. So jangan cepat buruk sangka dengan 'Jodoh' yang Allah tentukan pada kita.

Berbalik pada episod hari ni drama biar aku jadi penunggu.. Abang Iffat & kakak sulung Afeef dah merancang nak berkahwin. So sekarang keluarga kedua belah pihak sedang plan nak mengadakan perjumpaan bagi membincangkan hal pernikahan anak anak mereka.

Afeef dah mula start bekerja dalam episod ni.. tak tau la episod lepas dia dah mula kerja tak tapi nampak macam dia baru nak start kerja je dalam episod ni di sebuah syarikat guaman kalau tak silap.

Iffat terasa dengan Raff semasa mereka membincangkan pasal Raff yang belum berkahwin. Bila Raff cakap orang yang dah lama kahwin pun belum tentu bahagia.. Inikan dia yang masih belum ada calon & nak cari calon yang dia tak pernah kenal & berkahwin. Iffat ada offer nak carikan calon untuk Raff..di sebabkan atas dasar kepercayaan, Raff setuju dengan tawaran Iffat tu. Tak tau siapa Isha ni dalam episod ni.. nampak dia macam sukakan Raf tapi Raf nampak agak tidak selesa dengan Isha. Isha pun ada meluahkan perasaan yang dia suka & sayang pada raf tapi Raf mengaku dia dah ada yang punya cuma Isha tetap tak percaya. Dia tahu Raf saja cakap macam tu untuk buat dia putus harapan dengan Raf. Isha nampak tak putus asa untuk pikat Raf. Beriya sungguh si Isha ni kan...

Untuk episod hari ni.. nampak Iffat & Afeef dah mula cuba berbaik. Mak Afeef pun mula perasan masing2 nampak happy cuma dia tak yakin depa memang happy atau berlakon happy je. Untuk episod esok tak tau happy ke tidak & tak tau aku sempat tengok ke tidak.. Kalau sempat aku review lah yer.. Tak sempat tu kira sadakallahhuazim je la.

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 5.. AFEEF KEMBALI BERSAMA SEORANG ANAK SETELAH 4 TAHUN SEPI TANPA KHABAR

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 5.. AFEEF KEMBALI BERSAMA SEORANG ANAK SETELAH 4 TAHUN SEPI TANPA KHABAR. Sambungan episod minggu lepas yang sampai setakat Afeef dah balik dari luar negara.. Minggu ni sekembalinya Afeef di terima keluarga walau mereka mempertikaikan & mempersoalkan Afeef langsung tidak menghubungi mereka sepanjang 4 tahun di luar negara.


Pulangnya Afeef mengejut semua orang sebab dia bawa sekali seorang budak kecil iatu anak dia bersama Damia. Bila dia explain kat keluarga dia budak tu anak dia dengan damia.. mak Afeef nampak betul2 marah & kecewa dengan tindakkan afeef. Bila di persoalkan dimana damia yang nampak tak ikut bersama Afeef & anak dia balik.. Afeef jelaskan bahawa dia dan Damia dah bercerai. Sempat juga dia bertanya tentang Iffat kepada keluarganya.. Tapi waktu tu Iffat kebetulan di terengganu atas urusan kerja.

Disamping tu Raff yang dah lama sukakan Iffat mula meluahkan perasaannya & berjanji akan menjaga Iffat sekiranya dia bercerai dengan Afeef. Kata kata Raff buat Iffat jadi marah.. Yelah.. Iffat masih setia menunggu & menyayangi Afeef. Malam tu juga Iffat asyik teringat pada Afeef seolah2 satu petanda yang Afeef dah kembali. Bila melihat pasangan suami isteri lain bahagia.. Iffat benar benar sedih kerana sepanjang bergelar isteri dia tak berpeluang bahagia seperti pasangan lain. Tiba2 Iffat mendapat panggilan dari mak mertua dia memberitahu pasal kepulangan Afeef. Bila tahu Afeef on the way datang nak jumpa dia.. Iffat jadi keliru. Dia sendiri tak tahu nak rasa gembira atau tidak untuk jumpa Afeef.

Afeef tetap berkeras nak terengganu jumpa Iffat walaupun dah jauh malam. Maka mak dia minta adik dia Afiya untuk temankan Afeef ke terengganu. Memang mula Afiya malas nak campur hal abang dia sebab kecewa sangat dengan perbuatan abang dia yang menyepikan diri selama 4 tahun di luar negara.. alih2 balik bawa balik anak sedangkan disini dia dah beristeri & di tinggalkan masa inai masih merah di jari katanya.

Sesampai di terengganu.. seorang kawan yang arrange untuk dia berjumpa dengan Iffat. So tanpa ragu2 di bawa Afeef terus ke bilik hotel Iffat.. kebetulan masa mereka sampai Iffat baru selesai solat. Melihat Afeef di depan mata.. Iffat diam tak berkata kata. Tidak menunjukkan sebarang reaksi suka atau teruja dengan kehadiran Afeef.. Mungkin selama 4 tahun di tinggalkan bagai gantung tak bertali.. Perasaan kecewa & marah tu tetap ada. Manusia kot.. Bukan robot kau boleh setting ikut suka hati. Sebab terlalu kecewa Iffat tak berapa layan sangat la si Afeef tu walau 4 tahun tak jumpa.

Bila Raff tahu Afeef dah balik ke Malaysia & datang jumpa dengan Iffat jelas nampak dia macam kecewa dengan kepulangan Afeef. Nak buat macam mana.. suka tak suka Iffat tetap masih isteri Afeef. Makan hati je la Raff... nak halang tak boleh.

Pagi tu Afeef tak sihat bila Iffat offer nak hantar ke klinik Afeef agak kasar menolak. Pertemuan mereka setelah lama tak jumpa hanya asyik bergaduh je. Raff yang waktu tu kecewa dengan kepulangan Afeef.. terus nak balik ke kl. Sebelum balik Iffat sempat bertemu dengan Raff.. Bila melihat kemesraan Iffat & Raff sebagai kawan timbul rasa cemburu pada Afeef.. tang dia tau cemburu. Yang dia pi oversea kawen dengan orang lain dia ingat kalau Iffat tahu dia tak rasa apa - apa ke?? hek punya laki!!! Berani pulak tu Afeef nak sindir pasal kemesraan Iffat & raff & menyebabkan pergaduhan kecil berlaku antara mereka Bila Iffat pertikaikan tanggungjawab dia sebagai suami tahu nak marah. Lepas tu paksa iffat ikut dia balik guna kuasa seorang suami kononnya. Lepas sampai KL & hantar Afeef Iffat terus balik kerumah dia. So, pasal Afeef balik dengan anak dia tu Iffat masih belum tahu la.

Kat akhir - akhir episod ni rupanya Afeef balik cuma sekejab untuk hantar Aqil (anak dia) & minta keluarga dia tolong jaga sebab kat UK tak ada orang nak jaga Aqil. Selepas tu Afeef kembali ke UK sebab dia ada contract dengan kerja dia kat sana.. Balik UK pun dia tak inform Iffat.. Tau2 mak dia yang call Iffat Afeef dah balik UK. Sakit hati kita tau!! Takpe tunggu kau Afeef di episod lain.. kau pulak akan rasa sakit hati.

Nampaknya cerita memang bukan jenis cerita meleret leret. Setiap episod dia tak berbelit belit sangat sampai buat orang jemu nak tunggu episod seterusnya. Kira jalan cerita dia takde la complicated sangat sampai orang pening kepala. Maka selesai dengan jayanya episod 5 drama adaptasi novel Biar Aku Jadi Penunggu ni. Esok pula.. doakan ada kesempatan nak menonton.

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 4.. KEJAMNYA AFEEF TINGGALKAN IFFAT TANPA KHABAR

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 4.. KEJAMNYA AFEEF TINGGALKAN IFFAT TANPA KHABAR. Untuk episod 4 ni aku masih berpeluang menonton drama adaptasi Novel Biar Aku Jadi Penunggu.. Jalan cerita dia pun nampaknya dah semakin best untuk di layan.. erkk.. rasanya dari episod pertama pun memang boleh layan rasanya. hehehehe


Jadi sambungan semalam lepas hantar Afeef kat Airport Iffat terserempak dengan seorang kawan satu sekolah merangkap kawan si Damia tu.. Bila tahu damia juga berlepas ke luar negara pada hari yang sama Afeef flight perasaan curiga & cemburu tu mula muncul tapi Iffat tak layan sangat. Malam selepas tu Afeef call & just cakap dia dah sampai kemudian end call sebelum Iffat sempat bercakap apa2. Si Iffat memang sentiasa positif jer.. dia anggap handphone Afeef habis kredit.  Selepas sebulan Afeef ke luar negara hanya sekali je Afeef call Iffat iatu masa dia baru sampai lepas tu dia tak pernah call lagi. Walaupun dia kecil hati jugak Afeef tak hubungi atau balas email dia.. Iffat tetap mendoakan yang terbaik untuk Afeef. Bukan je Iffat, malah keluarga dia sendiri pun dia tak hubungi & bila mak dia call pun dia tak pernah jawab. Geram pulak hati kita ni, wak!! Rasa nak tunjal2 je kepala Afeef tu tau!! Tapi mujur Iffat mendapat keluarga mertua yang sangat supportive yang sentiasa memberi kata kata yang menyedapkan hati Iffat.

Dalam pada masa yang sama Iffat juga terpaksa menjadi orang tengah untuk abang dia yang tengah nak tackle kakak ipar Iffat iatu kakak kepada Afeef. Tapi dua2 ni jenis pemalu.. So, masing2 tak nak mulakan. Kaklong si Afeef tu seorang balu kematian suami akibat kemalangan. Dalam episod ni akhirnya kebetulan mereka terserempak & bertemu juga. So masing2 ambil peluang duduk & bercerita. Abang Iffat pun ambil kesempatan meluahkan perasaan pada kaklong Afeef.

Dalam episod 4 ni Iffat pun dah habis belajar.. Maka dia dia pun merancang untuk bekerja la. Maka bermula la rutin mencari kerja tapi nampak rezeki dia tak semudah kawan kawan dia yang habis belajar terus dapat offer bekerja di syarikat milik keluarga salah seorang kawan mereka, Raff. Alah yang suka kat iffat dalam diam tu.. Iffat juga di offer tapi dia menolak sebab dia tahu perasaan lelaki tu pada dia.. Maka dia taknak benda tu nanti jadi masalah pada dia

Tanpa pengetahuan Iffat.. Raff membantu dia mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat dengan bantuan seorang kawan sebab dia tahu Iffat takkan bekerja di syarikat dia..

Selepas 3 tahun.. Afeef masih menyepikan diri tanpa khabar & tidak pernah menghubungi Iffat sepanjang dia berada di luar negara. Iffat masih tertanya tanya apa sebab dia di perlakukan macam tu. Yelah.. Hati mana tak hancur.. lepas kawen di tinggalkan dengan alasan nak sambung belajar di luar negara lepas tu langsung tak di hubungi. Tinggal bini bagai di gantung tak bertali.. Tak boleh aku!! Geram dah ni!! Nanti kau Afeef!! erkk.. ter emo pulak!

Tapi Iffat tetap setia menunggu atas nama seorang Isteri walaupun orang lain rasa apa yang Iffat setia & tunggu itu adalah perkara yang sia sia.. Tapi kalau dah sayang kan.. Apa nak di kata. Masih berharap sang suami kembali kepangkuan dia.

Dalam Episod ni juga.. Afeef kembali selepas bertahun hilang khabar.. Lepas tu bersambung. Apa berlaku seterusnya.. Tunggu je minggu depan ok! Jangan gelojoh sangat. Tengok macam aku ni sabar tengok sampai 4 episod tanpa skip. Bukan senang tau aku nak follow drama slot akasia macam ni. Hanya drama terpilih je tau.. hahahaha

Nampaknya drama ni tak meleret sangat untuk minggu pertama. Semua jenis straight to the point. Maka aku pun tak jemu sangat la tengok. Bagus pengarah drama ni tak ada babak2 yang tak penting dalam drama ni. Jadi tunggu minggu depan adakah masih ada review di blog lekatlekit.com drama ni? Wallahualam...

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 3.. AFEEF MULA CEMBURU DENGAN IFFAT

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 3.. AFEEF MULA CEMBURU DENGAN IFFAT. Nampaknya aku memang melekat lekit dengan drama ni sebab penangan Ashraf muslim kembali berlakon. Entah kenapa suka sangat aku tengok ashraf muslim ni berlakon walau tak menjadi watak nakal dia. hehehe... Di tambah lagi drama ni ok la.. Takde la cinta melentok liuk sangat kan. Takde pegang2.. peluk2.. Maybe sebab ashraf muslim heronya. Ashraf muslim antara retis yang tak berlakon adegan2 daring pegang2 & peluk2.


Untuk episod ketiga ni.. Sambungan lepas depa pi cari baju pengantin kemudian terserempak dengan kawan lelaki si Iffat yang suka kat Iffat dalam diam tu dengan mak dia. Tiap kali terserempak dengan Raff tu Afeef macam cemburu jer.. Dijadikan kisah selepas depa pi cari barang2 nak kahwin Afeef bawa Iffat pergi dinner. Sebab makanan yang Afeef order terlebih pedas, kebetulan Iffat tak makan pedas so merajuk la si Iffat sampai balik.

Sampai kat rumah belum sempat Afeef balik Iffat minta izin kat mak dia nak keluar beli burger sebab lapar. Masa dia singgah nak beli burger tu dia terserempak dengan Raff. Masa depa tengah borak2.. kebetulan Afeef lalu & nampak. Bengang la beb bakal bini dok berborak dengan lelaki lain.

Video sedutan  episod 3 Drama Biar aku jadi penunggu

Afeef mula pelik dengan perasaan dia jeles dengan Iffat. Yelah.. dia nak kawen dengan Iffat bukan sebab dia suka kat Iffat pun jauh sekali cinta. Sekadar untuk memastikan plan dia berjalan lancar. tetiba jeles.. Tapi sebab dia malas nak layan perasaan tu.. Dia biarkan je berlalu. Tapi malam tu dia call2 Iffat tak jawab.. Gelisah jugak la. Iffat sesaja je konon merajuk. Yelah.. nak manja2 katanya. hehehehe

Dalam episod ni Afeef mula berjanji setia. Konon lepas kawen Afeef akan ke luar negara so mereka akan berjauhan. So minta Iffat setia dengan dia.. Hek kau!! Padahal nanti dia ke luar negara kawen dengan perempuan lain.. Ops.. tercerita pulak episod yang belum di tayangkan. Hahahaha...

Dalam episod 3 ni jugak Afeef & Iffat di nikahkan dalam majlis yang sederhana. Maka sah la mereka sebagai suami isteri. Yang turut menyaksikan upacara pernikahan tu adalah Raff.. sian Raff. Sedih yang dia tak boleh nak tunjuk kat sesapa bila Iffat jadi milik orang lain. Nampak tersiksa sangat muka dia tu. Nak buat macam mana tak mau cakap awal2. Lagipun jodoh adalah perkara yang tertulis sejak azali. Redha je la Raff.

Lepas kahwin so Iffat ikut Afeef ke rumah keluarga Afeef tapi malangnya adik perempuan bongsu Afeef awal2 dah tunjuk tak suka dengan Iffat. Sebab dia marah Abang dia tinggalkan damia hanya sebab mak dia tak suka. Bagi dia abang dia tak berusaha untuk damia. Tapi Iffat nampak macam tak kisah.. Lurus bendul sangat si Iffat ni macam tak faham orang tak suka kat dia.

Selepas selesai semua urusan.. Maka Afeef pun berangkat la ke luar negara. Tak tergambar perasaan Afeef akhirnya apa yang dia plan berjalan lancar. Masa lepas hantar Afeef naik flight Iffat terserempak dengan kawan satu sekolah dia.. Kat situ dia tahu damia juga keluar negara. Hati dia mula rasa tak best.. Jeng jeng.. jeng... Lepas ni akan berlaku la kisah yang lebih trajidis.. So kena follow episod yang seterusnya.. Akan lebih menyayat hati.. menyakitkan hati & menjerut hati katanya. hehehehe

Untuk episod 3.. berjaya jugak aku follow. Hope episod seterusnya pun aku mampu follow jugak. Semoga tak ada aral melintang pukang. hahahaha

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 1.. RUPANYA INI SEBAB AFEEF NAK KAHWIN DENGAN IFFAT

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 1.. RUPANYA INI SEBAB AFEEF NAK KAHWIN DENGAN IFFAT. Hari ni dah start episod pertama drama 20 episod kalau tak silap, Aku bukan penunggu. Sebab baca sinopsis drama ni aritu macam best je nak follow so hari ni luangkan masa sekejab layan drama kat slot Akasia tv3 ni.. Nak tau juga kenapa Si Afeef jadikan Iffat sebagai objek untuk melaksanakan impian dia untuk sambung belajar ke luar negeri. Apa kena mengena Iffat dengan plan dia nak sambung belajar ke luar negeri.. Rupanya.. macam ni kisahnya...


Kisahnya si Afeef ni (watak hero yang di pegang oleh Ashraf Muslim) Mak dia bagi syarat kalau nak sambung belajar ke luar negara dia kena kawen dulu baru mak dia izinkan sebab mak dia tak mau dia buat perkara tak elok bila berada di luar negara nanti. Walaupun si Afeef ni dah ada gepren yang di cintai sejak sekolah menengah lagi.. Tapi mak dia tak berkenan dengan gepren dia si Damia tu.. Almaklum watak damia ni jenis perempuan urban, berpenampilan seksi & suka bersosial. Memang kira bukan taste mertua yang mementingkan nama baik keluarga. Mak si Afeef ni Bukan mertua yang jenis sporting tak tentu pasal la.

Sebab mak si Afeef ni reject damia.. so, afeef terpaksa juga cari jodoh yang mempunyai ciri2 yang mak dia boleh accept. Tiba2 dia teringat si Iffat (watak heroin yang di pegang Janna Nick) kawan satu sekolah dia yang memang senang kena buli & mempunyai ciri2 perempuan idaman mertua. Yelah si Iffat ni bertudung, sopan & tak suka bersosial. Kebetulan adik Afeef ni satu universiti dengan Iffat so dia guna adik dia untuk jumpa Iffat... sebab dia dok ayat dalam phone Iffat tak layan. Untuk episod pertama memang dalam fasa dok mengayat Iffat untuk kawen dengan dia supaya dia dapat sambung belajar ke luar negara & dapat bersama kekasih hati dia si Damia tu..

Geram pulak hati kita ni wak dengan jantan macam tu. Macam hati perempuan nerd ni tak ada rasa pulak di permainkan macam tu. Nerd ke Trendy ke hati manusia ni tetap ada rasa yang sama ok! Ingat tu para lelaki di luar sana. Hehehehe.. Nasib baik yang berlakon tu Ashraf Muslim so watak jahat dia tu nampak tak berapa nak di benci sangat. Dengan soft spoken dia.. Alahai.. tetap nampak baik. Walaupun berat hati tetap nak bagitau yang sebenarnya watak tu kurang sesuai untuk Ashraf Muslim. hahahaha.. Watak Janna Nick tu menjadi juga la nampak nerd dengan cermin mata bulat dia. Tapi takde macam tipikal watak nerd yang pernah ada dalam kebanyakkan drama2 yang kalau tunjuk nerd sampai nampak selekeh & pelik. Kira gaya nerd Janna Nick tu masih realistik lagi la.. hehehehe

First episod tu berjaya jugak la aku tengok episod seterusnya belum tentu.. hahahaha. Entah kenapa aku susah nak follow drama ber episod ni secara kosisten macam peminat drama melayu yang lain.. Tak kira drama tu aku minat giler pun mesti aku skip jugak episod dia. hahaha.. Mungkin jugak aku generasi kanak kanak 90an yang suka tengok cerita2 macam ni je dulu >> Inilah Hiburan kanak kanak yang membesar pada tahun 90an << Tu yang susah nak follow drama drama adaptasi novel yang menjadi trend zaman sekarang ni. Hahahaha

GAMBAR ANAK LELAKI ISTERI PERTAMA ASHRAF MUSLIM,DR DAYANA

GAMBAR ANAK LELAKI ISTERI PERTAMA ASHRAFF MUSLIM,DR DAYANA. Alhamdulillah.. Dr Dayana, isteri pertama kepada pelakon Ashraff Muslim dah selamat melahirkan seorang khalifah.. Baby boy. Macam biasa la aku memang suka tumpang gembira dengan kebahagiaan orang dapat anak ni. Yelah.. Selepas bermacam macam badai yang melanda, akhirnya mereka bahagia dengan anugerah zuriat masing masing. Yang nombor dua.. dah ada 2 cahayamata, yang nombor satu pun Allah kurniakan jugak cahayamata untuk tidak buat dia rasa kekurangan. Alhamdulillah...


Tu la kan.. Kadang2 Allah beri kita kesedihan & Ujian sebab Allah nak hadiahkan kebahagiaan yang lebih indah tak terbanding dengan keperitan yang kita hadapi. Bukan semua perkahwinan & poligami itu satu malapetaka buat kaum wanita kalau lelaki tahu tanggungjawab & benar benar layak berpoligami. Yang selalu jadi bala tu.. Jantan2 yang tak layak berpoligami tapi gigih nak buat yang sunnah walau yang wajib ke lautan hindi.


Harap keluarga besar mereka ni bahagia hingga ke syurga. Semoga tiada antara mereka yang akan rasa kekurangan atau tersisih walau terpaksa berkongsi kasih. Semoga Ashraff mampu melayari bahtera 2 perkahwinan ni dengan seadil adilnya, Insya Allah. Hope dia takde niat menambah lagi la... hahahaha

Sumber Beautifulnara

Walaupun di lahirkan sebagai anak seorang Artis hope Ashraff memberi peluang anak anak dia melalui zaman kanak kanak seperti mereka dulu macam Yusri & Lisa cuba buat untuk anak mereka. Walau mereka tak mungkin melalui zaman kanak kanak macam ni lagi >> 17 Nostalgia Kanak Kanak Malaysia Yang Mungkin Sudah Pupus Sekarang << At Least dia dapat nikmati zaman kanak kanak yang tidak terjebak dalam dunia glamour & dunia artis. Kesian kecik2 lagi kena dok hadap camera, photoshoot, shooting bagai, kan? Tu tak termasuk lagi kena kutuk,hina,keji bagai.

Apapun Tahniah pada Dr Dayana. Semoga kehadiran Baby boy yang comel ni menyerikan hidup anda sekeluarga.

TAHNIAH, DAYANA ISTERI PERTAMA ASHRAF MUSLIM MENGANDUNG

TAHNIAH, DAYANA ISTERI PERTAMA ASHRAF MUSLIM MENGANDUNG.  Dengar je Dr Dayana mengandung kita terlebih excited... Macam kita pulak yang di sahkan mengandung. Almaklum.. orang pompuan memang macam tu.. Suka terlebih tacing katanya. Yalah.. tumpang gembira dengan kebahagian orang lain tak salah pun.. Jangan dok tumpang dengki dengan bahagia orang sudah.





Berkat kesabaran & ujian yang melanda akhirnya Dr Dayana, isteri pertama kepada pelakon & pengamal perubatan Islam Ashraf Muslim di kurniakan rezeki zuriat. Rezeki melimpah ruah Ashraf.. yang kedua tengah sarat mengandung 8 bulan, anak kedua, yang pertama dah mengandung 4 bulan anak pertama. Meriah karipap pusing family dorang nanti kan?


Sumber Beautifulnara

Bagi yang dah kahwin lama belum di kurniakan rezeki anak.. Jangan putus asa. Terus berusaha kerana Allah lebih tahu apa & bila masa yang terbaik untuk memberi sesuatu yang kita nak. Kalau takde rezeki tu kat dunia... Terus bersangka baik dengan Allah.. Sebab hanya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Apapun tahniah pada Dr Dayana, Ashraf & Sakinah... Moga kehidupan mereka bertambah bahagia & semoga kandungan Dr Dayana di lindungi dari sebarang perkara buruk & di permudahkan segala urusan.

Moral Of The story... Tak kira fans @ haters.. doa yang baik baik sudah.

ISTERI KEDUA ASHRAF MUSLIM MENGANDUNG LAGI

Wan Sakinah yang dulu pernah di kecam dengan macam2 kontroversi kini dah hamil anak kedua. Tu tandanya korang hentam & kecam macam mana pun dia tetap bahagia even bergelar bini nombor dua. Yang dok lebih2 sangat kutuk tu dah mengandung ke belum? hahahahhaa


Tak payah nak buat ayat2 macam Isteri pertama Ashraff muslim teraniaya sangat.. Konon kesian Dayana bla.. bla.. tak mengandung.. terpaksa bermadu... makan hati.. bla.. bla.. mesti kurang kasih sayang dari suami... bla.. bla.. bagai. Insya Allah Dayana seorang yang positif & bahagia dengan Anugerah anak & bakal anak tiri yang bakal lahir nanti.

Dan tak payah nak mencaci Sakinah terus terusan dengan mengelarkan dia perampas. Depa nampak bahagia jer hidup berkongsi kasih kita pulak yang sakit tengok dah kenapa, kan?

 Sumber google

Apapun even aku terlebih dulu kawen sebelum sakinah.. Aku masih belum ready untuk 2nd anak. Anak nan sorang ni perlu perhatian yang lebih buat masa ni.

Apapun tahniah pada Sakinah, Ashraff & Dayana jugak sebab bakal menerima seorang lagi ahli baru dalam keluarga bahagia mereka. Moga kehadiran ahli syurga kedua mereka nanti mengeratkan ikatan kasih sayang. Untung Ashraff.. Dapat Dayana & Sakinah.

Moral Of the story.. Even aku tengok depa bahagia hidup berkongsi kasih tak bermakna aku pun mengimpikan kehidupan yang macam tu, hokay! hahahaha... belum kuat iman nak terima madu

SAKINAH ISTERI KEDUA ASHRAF MUSLIM DI MAKI SEOLAH OLAH DIA UPLOAD GAMBAR BOGEL PULAK

Serba tak kena bila jadi isteri nombor dua yang di label perampas milik orang walau hakikatnya tak berlaku sangat rampasan takhta isteri tu cuma menumpang sesuatu yang sebelum ni milik orang lain. Macam tu la yang berlaku kat sakinah isteri kedua kepada Ashraf Muslim ni.. Yang lepas tu lepas la.. Depa pun dah nikah & bakal dapat anak pun. Bini pertama pun dah redha & nampak masing2 pun boleh bahagia walau berkongsi kasih & suami so kita sebagai orang yang memerhati ni doakan la yang terbaik buat keluarga mereka.

Gambar ni je kot.. Kalau pun ada hati & mata yang sakit tengok gambar ni tegur la dengan bahasa yang elok sikit ni kau maki dia mengalahkan dia upload gambar bogel jer. Sumber Beautifulnara

Tapi selepas sejuk isu sakinah & Ashraf kawen kat Thailand tanpa keizinan bini pertama... dah muncul balik kontroversi. Kesian pulak aku dengan sakinah ni.. Biasa la kan.. Ibu mengandung ni. Nak2 lagi anak pertama. Dia punya excited tu lain macam. Yelah.. dari perut mengempis ramping elok bagai.. tetiba makin membesar & ada makhluk hidup bergerak2 lagi.. Ya Allah.. Tuhan saja la tahu perasaan tu. Tak tergambar dengan kata2. Kalau boleh nak bagitau satu dunia ni betapa indahnya perasaan tu bukan la niat nak menayang atau nak sakitkan hati sapa2 pun tapi kadang2 rasa nak orang tahu alangkah indahnya nikmat ni. Walau dia bini nombor dua sekalipun tapi itu pengalaman pertama dia mengandung & mungkin sebab excited dia terupload gambar perut dia & tak jangka pulak orang nak kutuk dia sampai macam tu sekali. Macam dia upload gambar bogel pulak yang hangpa nak maki dia teruk sangat.

Sebahagian komen2 dia page beautifulnara. Amboi kemain sedap ko tuduh orang yang backing sakinah ni golongan perampas at least kita ni ada hati perut jugak la nak cakap apapun.

Pada yang mengutuk tu... terutama wanita yang pernah mengandung kalaupun dia bini nombor dua tapi perasaan dia tetap sama macam kita yang pernah mengandung ni. Kalaupun korang rasa perbuatan dia tu melukakan yang pertama.. elok la di tegur secara baik sebab perbuatan dia tu pun bukanlah hina sangat. Mungkin salah pada pandangan mata korang sebab dia isteri nombor dua yang terdahulu di beri rezeki mengandung berbanding isteri pertama tapi ingatlah dia pun wanita.. dia tengah mengandung & dia perlukan ketenangan untuk pastikan kandungan dia tak terjejas. So, tolong ada rasa simpati sikit yer. Lagipun cuma gambar baby bump bukan tayang gambar bogel pun.

P/s : nak tegur tak salah tapi maki hamun orang memang la salah.. Dalam komen2 tu kebanyakkan bukan menegur tapi jelas nyata maki hamun dengan perasaan yang tak puas hati.

TAK BESTNYA JADI ARTIS DAN TERKENAL

Walaupun ramai yang pasang impian nak artis atau personaliti TV.. dari sekecik2 anak sampai la sebesar2 mak bapak ramai yang berangan nak jadi artis. Muka keluar tv & majalah.. suara keluar kat radio. Bila kat luar peminat jumpa minta autograf & ajak bergambar. Sekali show bayaran puluh ribu ringgit.. Betapa bestnya hidup kalau jadi retis. Muka 24 jam ada orang touch up.. hidung yang kemek boleh jadi mancung.. muka berkawah gunung berapi boleh jadi putih gebu licin & berseri.

Tu semua bayangan seseorang yang belum melangkah ke dunia retis ni. Kalau dah humban diri ke dunia retis ni baru tau apa yang best & tak best. Bila baca isu Adi putra yang kononnya di dakwa skandal dengan bini orang & selalu bertukar2 mesej lucah.. rasa oh tak bestnya jadi artis. Benda tak tau la betul ke tidak tapi dah mengaibkan orang yang di tuduh. Semua orang nak tulis pasal tu. Bila kat luar mesti ramai akan pandang sinis.. nampak je mesti berbisik2.. tu la adi putra yang hantar gambar tut.. kat bini orang tu.

Sumber rentakartis
Pandangan masyarakat pun dah mula serong.. di tambah lagi sana sini reporter dok cari. Dok desak jawab soalan pasal isu tu. Tu tekanan dari masyarakat & reporter.. tak termasuk la tekanan dari keluarga & sedara mara yang nak jugak dengar sendiri penjelasan tuan punya badan pasal isu tu. Macam mana boleh timbul benda macam tu kalau tak buat.. Apa yang buat benda tu sampai boleh jadi kaitan dengan tuan punya badan...

Fuh... lap peluh kejab la nak cari jawapan untuk menjawab. Masa tu rasanya artis2 akan mula terfikir.. tak bestnya jadi artis. Kalau depa bukan retis takde la letih sangat nak menjawab semua orang pasal sesuatu isu hangat tu. Dah tu jadi retis ni.. korek hidung pun boleh jadi isu. Tak payah kata jadi retis jadi orang terkenal ni memang tak best sangat la. Contoh budak pompuan yang buat video couple seminggu tu.. baru2 ni den ada terbaca kat blog orang tulis pasal muka dia kena panau. Ya Allah betapa tak best kan bila jadi orang popular ni. Kena panau pun jadi Isu.

Sumber Ceritakosongku

Bersyukur la kita jadi apa yang kita jadi sekarang. At least takde wartawan nak kejar kita.. takde blog nak up pasal buruk kita (kalau ada pun takde sampai keluar blog beautifulnara kot..hahahaha) & takde majalah atau surat khabar nak canang pasal gosip kita. Jadi pada mereka2 yang berangan nak jadi retis atau berangan nak popularkan diri tak kira di alam maya atau nyata tu.. Bekalkan diri dulu dengan kekuatan mental & fizikal.. Kalau tak kuat jadi je la benda lain. Macam kerjaya yang best2 dalam dunia ni lagi boleh pilih. Bukan best sangat pun jadi retis @ popular ni.hahahahaha

P/S : Dengar khabar sakinah si bini nombor 2 Ashraff Muslim dah mengandung. Tahniah lah yer.. Rezeki kamu dulu. Mungkin berkat kesabaran & keredhaan Dayana.. lepas ni Allah kurniakan dia pulak rezeki zuriat.

P/S : Manalah tau tetiba satu hari den yang jadi terkenal.. hope takde la benda2 tak best. hahahaha.. nak jugak berangan tu.


DAYANA & WAN SAKINAH SUDAH BOLEH KELUAR BERSAMA

Kalau betul Alhamdulillah la kan.. Nak bermasam muka pun dah termadu & bermadu. Jadi apa jalan yang ada selain berbaik. Tapi statement tu bukan dari dayana mahupun wan sakinah tapi dari suami mereka Ashraf Muslim.
Ashraf menegaskan bahawa Dayana tidak pernah minta untuk dilepaskan malah dia juga sayangkan kedua isteri dan keluarga mereka.
Ketika ditanya tentang hubungan isteri-isterinya Ashraf menjawab, "Alhamdulillah hubungan Dayana dan Sakinah ok." (ketika sidang media berlangsung Ashraf menerangkan Dayana dan Sakinah sedang keluar bersama-sama). (Artikel penuh boleh baca kat sini >> "Dayana & Wan Sakinah Sudah Berbaik" - Ashraf Muslim
Dah boleh keluar bersama tu nampaknya dayana cuba terima la madu dia antara dia & suaminya. Memang susah tapi sebagai wanita yang baik macam dayana tu nampak dia ada usaha untuk menjernihkan keadaan & menerima wan sakinah.

Sebagai seorang perempuan & isteri.. Kita mesti dapat rasa perasaan dayana. Perasaan sakinah tak sesakit dayana jadi kita lebih tertumpu pada perasaan dayana la kan?? Mungkin bibir mampu ucap kata maaf tapi dalam hati bukan mudah nak terima apapun percubaan untuk terima apa yang terjadi adalah bermula dari ucapan maaf dari bibir. Kalau kita ucap selalu mungkin jadi satu doa yang termakbul & akhirnya kemaafan tu menjadi ikhlas.

Semoga mereka menjadi satu keluarga yang bahagia. Siapapun salah & siapapun yang betul.. Bukan jadi persoalan. Bila perkara tu dah berlaku nak tak nak terpaksa juga cari jalan yang terbaik agar apa yang dah berlaku tu di layari dengan kebaikan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com