BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 1.. RUPANYA INI SEBAB AFEEF NAK KAHWIN DENGAN IFFAT
Kisahnya si Afeef ni (watak hero yang di pegang oleh Ashraf Muslim) Mak dia bagi syarat kalau nak sambung belajar ke luar negara dia kena kawen dulu baru mak dia izinkan sebab mak dia tak mau dia buat perkara tak elok bila berada di luar negara nanti. Walaupun si Afeef ni dah ada gepren yang di cintai sejak sekolah menengah lagi.. Tapi mak dia tak berkenan dengan gepren dia si Damia tu.. Almaklum watak damia ni jenis perempuan urban, berpenampilan seksi & suka bersosial. Memang kira bukan taste mertua yang mementingkan nama baik keluarga. Mak si Afeef ni Bukan mertua yang jenis sporting tak tentu pasal la.
Sebab mak si Afeef ni reject damia.. so, afeef terpaksa juga cari jodoh yang mempunyai ciri2 yang mak dia boleh accept. Tiba2 dia teringat si Iffat (watak heroin yang di pegang Janna Nick) kawan satu sekolah dia yang memang senang kena buli & mempunyai ciri2 perempuan idaman mertua. Yelah si Iffat ni bertudung, sopan & tak suka bersosial. Kebetulan adik Afeef ni satu universiti dengan Iffat so dia guna adik dia untuk jumpa Iffat... sebab dia dok ayat dalam phone Iffat tak layan. Untuk episod pertama memang dalam fasa dok mengayat Iffat untuk kawen dengan dia supaya dia dapat sambung belajar ke luar negara & dapat bersama kekasih hati dia si Damia tu..
Geram pulak hati kita ni wak dengan jantan macam tu. Macam hati perempuan nerd ni tak ada rasa pulak di permainkan macam tu. Nerd ke Trendy ke hati manusia ni tetap ada rasa yang sama ok! Ingat tu para lelaki di luar sana. Hehehehe.. Nasib baik yang berlakon tu Ashraf Muslim so watak jahat dia tu nampak tak berapa nak di benci sangat. Dengan soft spoken dia.. Alahai.. tetap nampak baik. Walaupun berat hati tetap nak bagitau yang sebenarnya watak tu kurang sesuai untuk Ashraf Muslim. hahahaha.. Watak Janna Nick tu menjadi juga la nampak nerd dengan cermin mata bulat dia. Tapi takde macam tipikal watak nerd yang pernah ada dalam kebanyakkan drama2 yang kalau tunjuk nerd sampai nampak selekeh & pelik. Kira gaya nerd Janna Nick tu masih realistik lagi la.. hehehehe
First episod tu berjaya jugak la aku tengok episod seterusnya belum tentu.. hahahaha. Entah kenapa aku susah nak follow drama ber episod ni secara kosisten macam peminat drama melayu yang lain.. Tak kira drama tu aku minat giler pun mesti aku skip jugak episod dia. hahaha.. Mungkin jugak aku generasi kanak kanak 90an yang suka tengok cerita2 macam ni je dulu >> Inilah Hiburan kanak kanak yang membesar pada tahun 90an << Tu yang susah nak follow drama drama adaptasi novel yang menjadi trend zaman sekarang ni. Hahahaha
stuju Ashraf Muslim xsesuai watak camni heheh belum tengok pun drama ni :D
ReplyDeletehttp://mellyacrayola.blogspot.com/2016/12/end-year-mini-giveaway-by-mellya-friends.html