Showing posts with label dobi. Show all posts

RUPANYA SERBUK PENCUCI BOLEH MEROSAKKAN MESIN BASUH

RUPANYA SERBUK PENCUCI BOLEH MEROSAKKAN MESIN BASUH. Zaman sekarang dah tak ramai basuh pakaian pakai tangan.. memberus bagai. Kebanyakkan hampir setiap rumah ada mesin basuh. Yang takde pun kadang2 tak basuh baju pakai tangan jugak.. Dia pergi self service dobi atau dia hantar je dobi. Ni kebanyakkan orang2 bujang la. Aku masa duduk rumah bujang masa baru2 sampai tu memberus juga la sebab tak ada washing machine. Tapi bila sampai aku tinggal sorang2.. semakin jarang aku melekat kat rumah time tu la aku berjinak jinak dengan dobi. Yelah.. sebelum kawen aku pernah menyewa sorang2. Malas nak ambil housemate..


Tapi bila dah kawen.. Benda utama aku minta kat laki aku washing machine la. Walaupun masa mula2 kawen sempat la memberus baju kami dua laki bini. Laki aku memang ada mesin basuh dia beli masa bujang dulu. Dia simpan kat rumah mak bapak dia. Bila aku nak dia angkut je la kan.. Lagipun mesin basuh tu memang tak ada sapa guna pun. Tak sampai dua tahun kot guna dia rosak. Kena pula rosak time aku dalam pantang masa tu. Dalam pantang jugak aku gigih memberus baju anak laki aku.. Tapi nak ampai je aku suruh laki aku buat bila dia balik kerja. Tak sampai hati pulak nak suruh mak aku basuh kain baju aku walau dia jaga aku sampai habis pantang. Mak aku memang la tegah tak bagi aku buat sebab dalam pantang.. Tapi tu la. Tak sampai hati pulak. Nak suruh laki kesian pagi keluar kerja dekat malam baru balik. Kadang2 tengah malam.. Takpe la.. aku bersalin normal. Lepas seminggu tu dah  boleh la buat kerja kerja rumah yang ringan2.

Sebab tu penting jugak kita tahu untuk jaga mesin basuh supaya jangka hayat dia panjang. Kita ni kadang2 main sumbat jer on suis.. biar je dia basuh. Tak pernah langsung nak ambil tahu apa yang boleh & tidak kita sumbat dalam washing machine tu. Selama ni sebab kita rasa dia mesin basuh of course la kita nak cuci kena ada guna serbuk pencuci tanpa kita tahu sebenarnya serbuk pencuci tu pun boleh boleh merosakkan mesin basuh kita. Nak tau macam mana serbuk pencuci tu merosakkan mesin basuh boleh baca kat sini >> Mesin Basuh Korang Confirm Akan Tahan Lama Kalau Ikut 3 Tips Mudah Ini << So lepas ni korang akan tahu kenapa serbuk pencuci boleh merosakkan mesin basuh korang & macam mana korang nak jaga mesin basuh korang untuk panjangkan jangka hayat dia.

moga lepas ni korang tahu la kan macam mana nak jaga mesin basuh korang. Jangan sampai jadi macam aku dulu.. tengah2 memerlukan khidmat dia tetiba dia arwah. Sementara nak beli baru merasa la memberus baju bajan sebaldi dalam pantang. Almaklum la masa baru2 kawen & ada anak..  ekonomi pun tak berapa stabil. Lepas ada anak jer rasa boleh la bernafas dengan tenang. Sungguh la kan.. Anak tu pembawa rezeki.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com