MISTERI UPIN & IPIN
Sejak ada lala & lala dah pandai tengok TV ni memang hari2 jugak la layan upin & ipin. Mula2 cuma layan lala tengok TV tapi bila dah hari2 tengok terhafal la pulak cerita upin ipin tu. Jangan kata cerita semua watak dalam upin ipin tu pun daku kenal. Penangan upin ipin kepada kanak - kanak ni memang kita tak dapat nafikan. Majoriti kanak2 & baby melayu ni memang minat dengan upin ipin. Lala punya minat upin ipin kalau nampak belon ada rupa upin ipin, gambar upin ipin atau apa2 je yang ada muka kembar botak tu dia dari jauh sengih & gelak dah..Memang terkesan sungguh watak dua kembar botak tu kepada bayi & kanak kanak. Bila dah hari2 tengok.. macam2 pulak misteri yang tak terjawab tentang upin ipin ni. Wah... Upin ipin pun ada kisah misteri jugak ker?? Ada... sapa kata tak ada. Menjadi misteri bila benda tu kita tak tau jawapan. Misteri pasal upin ipin ni.. Mula2 sang lekit pun konpius jugak. Mak bapak Upin Ipin ni pergi mana. Setiap episod cuma ada watak nenek & akak dia jer. Lepas tengok episod birthday si upin ipin ni tahulah sang lekit bahawa upin ipin ni anak yatim piatu. alahai.. kesian. Kecik2 lagi dah di yatim piatukan wataknya yer..
Setelah terungkai misteri pertama.. misteri kedua pula muncul. Mak & bapak si kembar botak tu meninggal sebab apa yer. Kemalangan ker?? Sakit ke?? Sebab takde pun episod yang mengimbas macam mana mak bapak si upin ipin tu meninggal. Ke sang lekit terlepas episod. Dan yang paling misteri masih takde jawapan & takde sapa dapat bagi jawapan adalah bila si budak botak dua orang tu & kawan2 tadika dia nak membesar?? Dari beberapa tahun lepas asyik tadika jer.. hahahahaha. Agaknya ada tak nanti episod si upin ipin & kawan kawan dia naik darjah satu & seterusnya sampai la dewasa. Agaknya bila la rambut dua kembar tu nak tumbuh??
Amboi mak lala ni lebih sudu dari kuah.. anak tak seberapa, mak pula taksub lebih dengan upin ipin. Yelah.. hari2 layan lala tengok tv, daku yang pada mulanya takde la berjiwa kanak2 sangat sampai nak tunggu tengok setiap episod upi ipin yang berulang2 kat tv jadi tertengok la jugak. Lala pula sekarang kalau kat part dia suka melompat & gelak sakan dia. Yelah dah semakin pandai tunjuk reaksi la katakan. Bila ada cerita peberet dia takde la nak mengukur rumah sangat.
Itulah kemisterian upin ipin yang takde la menyeramkan macam cerita Dendam sarakit kat TV3 tu.. (kantoi layan dendam sarakit. hahahaha). Kalau sapa2 ada jawapan.. meh share2 supaya hidup kita tidak di selubungi.. misterrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrri.
Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE