PERNAH BERMADU TAPI TAK TAHU
Membaca kosmo di ruangan Rencana Utama hati, naluri & jiwa seorang isteri agak sentap jugak la. Biarpun kisah tu di ceritakan oleh seorang suami berkenaan masalah yang melanda dia & isteri keduanya gara - gara Facebook yang menemukan kembali isteri keduanya & dgn bekas kekasih dan kerana kecurangan isteri kedua tu mereka akhirnya bercerai. tapi apa sang lekit lebih terfikir pada isteri pertama yang tidak tahu hidup bermadu & di tipu suami sendiri. (Untuk membaca artikel tersebut sila clik DISINI )Kisahnya bermula apabila si isteri (pertama) ni terpaksa pulang kekampung halamannya selepas kematian Ayah untuk menguruskan ibu yang uzur & perniagaan keluarga. Terpaksa la hidup berjauhan pasangan suami isteri ni & hanya dapat bertemu 3 minggu sekali. Dorang ada 4 orang anak. Bermula dari situlah kesetian sang suami mula tergugat.
Dari di madukan sampaikan sang suami bercerai dengan isteri kedua, Si isteri pertama tetap tak tahu apa yang berlaku di belakangnya. Kesiankan.. Mati2 la si isteri ni percaya pada sang suami tapi dalam pada yang sama dia di tipu hidup2. Bayangkan kalau isteri pertama ni tahu dia pernah di madukan.. Walau pernah di madukan bukan masih bermadu tapi tetap si isteri akan kecewa sebab kepercayaan dia pada suami selama ni di perbodohkan.
Agaknya apa perasaan sang suami tu ekk?? Tak ke dia di hantui rasa bersalah kerana pernah mencurangi isteri yang setia? Tak terfikir ke si lelaki tu macam mana kalau dia yang berjauhan dengan isteri, meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada isteri tapi akhirnya di tipu, di curangi & di duakan?? Mungkin lelaki boleh berkahwin lebih dari seorang tapi soal hati, soal curang, soal setia, soal di tipu tetap salah, kan?? Rasa sakit tetap sama tak kira di pihak lelaki atau perempuan jika di tipu & di duakan. Sesungguhnya sedikit sangat perempuan di dunia ni rela di madukan.. Apatah lagi lelaki, korang rela ke di duakan?? Jadi kalau korang pun tak sanggup, jangan minta isteri yang tak sanggup untuk sanggup terima walau pahit & perit.