Showing posts with label pengalaman seram di hospital. Show all posts

JIKA KITA NAMPAK MAKHLUK NI, PASTI TAK RAMAI BERANI KE HOSPITAL SEBAB TU PENTING AMALKAN AYAT QURSI

JIKA KITA NAMPAK MAKHLUK NI, PASTI TAK RAMAI BERANI KE HOSPITAL SEBAB TU PENTING AMALKAN AYAT QURSI. Hospital kita sedia maklum tempat yang ramai orang sakit, orang sedang nazak & tempat yang ramai orang menghembuskan nafas terakhir. Tempat - tempat macam ni tak pelik la kalau banyak makhluk2 ghaib yang kita tak nampak dengan pandangan mata kasar. Mungkin yang di beri kelebihan oleh Allah SWT sahaja dapat melihat untuk memberi pengajaran pada orang lain.


Terbaca satu perkongsian di media sosial tentang pengalaman seseorang yang mungkin di buka hijabnya boleh melihat makhluk ghaib ni. Dia nasihatkan la supaya sesiapa sahaja keluar dari hospital tak kira la selepas discharge dari wad, atau datang sekadar melawat orang sakit mengamalkan membaca ayat Qursi kemudian hembuskan di kiri, kanan, depan & belakang sebelum pulang kerumah. Sebab kita tak tau apa yang ikut kita balik dari hospital. Jangan ingat benda ni tahyul bagai yer.. Dari pengalaman aku sendiri anak aku pun pernah terkena baru2 ni selepas hampir seminggu dok ulang alik dari hospital sampai malam sebab mertua masuk wad.. Sampai kena merujuk dengan pusat rawatan Islam. Sepupu dia yang umur 2 tahun pun sama juga tapi depa rawat cara kampung.. Aku tak sure la kan dengan siapa.

Menurut hamba Allah yang berkongsi cerita sepanjang dia dok masuk mana2 hospital kat Malaysia ni.. Dalam wad tu katanya dia nampak macam2 jenis makhluk dok merayap kat siling. Satgi ada loyar buruk cakap cicak pulak. Ni bukan cicak mahupun cicakman yer.. Makhluk tu memang kita orang2 tak ada ilmu ni tak nampak. Kalau semua orang boleh nampak dah tak rare & seram pulak la kan? Kita masuk wad nampak orang jer.. Yang di buka hijabnya dia nampak lebih dari manusia dalam tu.

Dari pengalaman dia sendiri.. katanya di sebuah hospital besar .. dot... dot.. dot.. Bila dia dongak atas siling terlampau banyak makhluk merayap. Ada mata bulat, mata panjang, telinga panjang, muka seram & ngeri seolah olah tunggu masa nak terjun ke bawah. Paling menakutkan.. dia nampak seorang lelaki yang berjalan sambil pegang kepala dia sendiri dalam keadaan darah yang masih memancut keluar dari tengkuk. Hanya dia je yang nampak.. sebab yang lain tengok melakukan rutin seperti biasa seolah2 tiada apa yang aneh berlaku


Bila di pandang bawah katil.. dia nampak ada mayat sedang di tidur pula. Kemudian ada seorang kanak kanak menarik tangan ibunya cuba menunjukkan kearah lembaga bawah katil tapi mak dia pulak marah. Biasa la mak mak kan.. dia rasa anak dia mengarut jer. Sebab tu.. Jangan ambil mudah kalau anak anak kecil bagitahu sesuatu yang pelik yang mereka nampak.


Pengalaman kedua katanya dia nampak ramai orang datang melawat ahli keluarga mereka yang sakit.. dalam celah2 tu dia nampak seorang wanita yang berjalan perlahan sangat. Di atasnya ada seekor beruk sedang bertenggek. Tapi bukan beruk biasa.. Mata beruk tu merah menyala. Bila dia ceritakan pada isteri dia, isteri dia terdiam. So, dia terus membaca ayat2 Al Quran lalu di hembus kepada makhluk tersebut.

Lepas di hembus ayat ayat Al Quran pada beruk tu.. wanita tu terhuyung hayang & sempat dia pegang keluarganya yang ingat dia nak pitam. Beruk tadi terjatuh & bangun semula dengan muka yang marah sambil mencari siapa yang buat dia jatuh & akhirnya matanya terpana pada lelaki yang menghembuskan ayat ayat Al Quran tadi. Sekali lagi lelaki tu bacakan Ayat Qursi lalu di hembuskan pada beruk tu.. Akhirnya benda tu hilang. Isteri dia tegur perbuatan dia menghembus  macam tu risau jadi kecoh sebab orang salah sangka. Bila dia explain kat isteri dia.. Isteri sekali lagi cuma terdiam

Pengalaman ketiga katanya dia nampak ramai orang mengelilingi seorang lelaki yang rupa rupanya dah sangat nazak & sedang menghadapi sakaratul maut. Anak2 dia nampak masih sibuk dengan handphone mungkin sedang menghubungi sedara mara untuk maklumkan keadaan ahli keluarga mereka yang sedang nazak. Tapi ada satu makhluk bertelinga & tanduk panjang nampak lebih sibuk dari semua yang ada kat situ. Dia sibuk menganggangu lelaki yang sedang nazak tu. Saat itulah.. perlu di ajarkan kepada mereka yang sedang nazak untuk mengucap dua kalimah syahadah sebab dalam keadaan matanya mula memandang keatas.. sebenarnya dia sedang di ganggu syaitan. Tak payah time tu nak sibuk dengan handphone..

Pengalaman ke empat.. Lelaki ni pernah masuk ke bilik mayat untuk dapatkan surat kematian ibunya. Dia nampak ada beberapa makhluk yang sedang berdiri berhampiran peti mayat cuma dia tak pasti adakah makhluk yang dia nampak berdiri di sisi peti mayat tu.. mayat di dalamnya milik mereka. Mereka nampak seperti manusia biasa.. tapi ada berwajah hodoh dengan muka pecah, lidah terjelir keluar. Sebab tak tahan nak tengok lama lama dia cepat2 jumpa person in charge untuk dapatkan surat & terus kepejabatnya.

Pengalaman kelima.. Dia masuk ke wad jantung semasa menziarahi ibu mertua dia. Dia nampak seorang jurujarawat tekun membantu seorang pesakit tanpa sedar sebenarnya dia di ekori sesuatu.. Sesuatu tu berupa.. wanita berambung panjang berjalan ikut dia dari belakang. Kemana je nurse tu pergi, dia akan ikut sambil matanya memandang ke bawah. Sesekali rambut dia yang panjang tu tersangkut atas bahu nurse tu.. nampak nurse tu macam menguis seolah olah macam rasa gatal. Dia cuma tengok tanpa buat apa apa pada nurse tersebut. Sebab tu yang bekerja di hospital ni bagus amalkan ayat Qursi untuk mengelak gangguan makhluk halus.


Jadi.. Petua kepada semua tak kira yang datang menziarah atau yang bertugas dalam hospital ni. Amalkan ayat Qursi.. sebab di sebalik apa yang kita tak nampak ada sesuatu yang sedang memerhatikan kita. Memang yang jadi mangsa kebanyakkan kanak kanak.. Jadi untuk elakkkan kita atau anak kita menjadi mangsa gangguan makhluk ghaib ni amalkan ayat ayat Al Quran sebagai pendinding. Samada kita percaya atau tak.. Ia memang wujud. Di bumi Allah ni bukan hanya wujud hidupan yang kita nampak.. Malah ada alam ghaib yang ada penghuninya. Wallahualam...

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com