Showing posts with label kapal. Show all posts

AMRAN FANS UMPAMA KAPAL TITANIC

AMRAN FANS UMPAMA KAPAL TITANIC. Sebab isu lawak tak kena tempat pasal perempuan & cangkul tu aku tengok Amran fans sekarang dah semakin suram. Lawak2 sarcasm dia semakin tak menjadi. Mungkin stress di hentam kiri kanak depan belakang kot. Page dia pun haritu dah hilang dari mukabuku sekarang ni tengok dia dok update kat Page backup je tapi post2 dia nampak hambar sikit.  Dah ramai orang makin tak layan lawak lawak sarcasm Amran.


Aku still follow lagi tapi kalau isu2 tak best dia tulis memang tak minat la aku nak komen. Tengok Amran makin tenggelam akibat buat lawak pada isu yang orang tak rasa patut jadi bahan lawak. Teringat aku filem Titanic. Kapal Titanic besar & bongkak menyusuri laut dalam dengan bangganya akhirnya perlahan lahan tenggelaman selepas terlanggar bongkah ais. Kapal yang pada permulaannya tiada siapa sangka mampu tenggelam pada kali pertama memulakan pelayaran, akhirnya terkubur di dasar laut.

Bangkai titanic di dasar laut

Macam tu la aku nampak Amran Fans sekarang. Simpati jugak la.. Amran Fans yang dulu teguh berdiri terus menerus troll & sarcasm ramai individu kat page dia, seolah olah kental. Tiada siapa sangka dengan hanya satu kesilapan membuat dia semakin hilang penyokong & follower. sekarang Amran Fans macam terkapai kapai mencari arah untuk terus bergerak.

Mungkin dah tiba zaman kejatuhan Amran Fans.. Tak tau la samada dia mampu berdiri semula. Atau Amran Fans akan berkubur. Lagipun dah lama Amran Fans hidup di dunia maya dengan menggunakan Identiti orang lain. Hasil keuntungan yang dia dapat pun guna muka & nama orang lain. Ye betul.. Mula2 tu cuma sekadar Troll. Dulu cuma sebab perbezaan pandangan politik je sekarang Amran Fans.. Dah tukar konsep. Troll sesiapa sahaja yang dia rasa ada pontensi untuk di viralkan.

Akaun FB Amran Fans yang mempunyai lebih 900,000 pengikut juga sudah ditutup pihak Facebook. Amran Fans tak akan terlibat lagi dengan sebarang bentuk kerjasama dengan Dubook (penerbit buku). Dan beberapa pengedar juga telah menghentikan jualan buku amran fans. Adakah Amran Fans akan karam seperti titanic & menjadi sejarah tak bernisan? Tapi nampaknya Amran masih berjuang untuk berdiri atas nama Amran Fans. Hanya kerana satu kesilapan.. Amran mungkin hanya tinggal kenangan lepas ni. Tu la terlajak perahu boleh di undur terlajak kata kau delete pun status tu tetap orang akan kecam - sumber Harian Metro -

Biasa la Amran Fans.. Lumrah kehidupan setiap manusia ada zaman kegemilangan & zaman kejatuhan. Cara Amran Fans memang salah satu cara berisiko. Dia boleh naik dengan cepat & jatuh tersungkur dengan sekelip mata.

Moral of the story... Amran Fans mungkin patut berehat & kembali dengan konsep lain pulak. Manalah kemunculan kedua dengan watak & konsep yang berbeza mengembalikan kegemilangan yang pernah di kecapi sewaktu menggunakan identiti Amran Fans. hehehee

GAMBAR LANUN INDONESIA YANG MERAMPAS KAPAL TANGKI MT ORKIM HARMONY

Alahai tengok muka takde la ganas2 sangat tapi kemain yer boleh rampas kapal sebesar tu. Tapi tu la sepandai pandai lanun merompak akhirnya kecundang jugak. Tapi cara depa melanun tu macam tak percaya pulak di lakukan oleh wajah2 yang tersebar ni. Cara depa tu bagi aku agak hebat la sebagai lanun. Boleh join jack sparrow jadi anak kapal black pearl camni.

Sumber Google. sekadar hiasan

Jangan la budget muka orang jahat ni ensem2 macam tarabas.. Takde la ensem mana. Muka pecah la jugak. Ni bukan aku ambil dari fanpage amran fans. Cukup la satu ketika dulu aku pernah terkena dengan Amran suku masak tu pasal gambar bebudak kaki buli. Rupanya gambar troll jer.


Ni dari sumber yang boleh di percayai. jadi marilah kita berkenalan dengan wajah2 lanun yang merampas kapal tangki minyak kita 2 3 hari lepas.

Rasa ada sapa2 minat nak buat boipren ker? hahahaha... Doakan lanun2 ni dapat hidayah & bertaubat jer.

Moral of the story.. tu lanun laut nampak kelanunannya tapi lanun darat ni lagi bahaya sebab kelanunannya sukar nak di kesan. hehehehe

KAPAL ANGKASA PENUMPANG TERHEMPAS

Tahun ni asyik baca kisah2 kapal terbang terhempas.. hilang.. mendarat kecemasan.. terbakar bagai.. Ke tahun ni baru ambil kisah pasal kemalangan yang berlaku kepada pesawat. Yelah.. sebelum MH370 hilang.. media pun tak highlight sangat pasal apa2 kemalangan ringan yang berlaku. Lepas hilang MH370 pun kapal terbang langgar burung pun jadi berita sensasi.


Hari ni baca lagi pasal kapal angkasa penumpang pulak terhempas. Terus hati sayu teringat MH17..  Even kapal angkasa penumpang yang terhempas tu tak melibatkan rakyat Malaysia & berlaku di AS tapi tetap ada rasa fobia kat hati aku ni. Yelah.. tiap kali baca berita kemalangan udara.. mesti teringat MH370 yang masih misteri. Kalau terhempas di mana bangkainya.. kalau di sembunyikan siapa dalangnya. Boleh buntu otak fikir benda yang takde jawapan ni.

Sumber berita harian

Semoga kita semua di lindungi dari sebarang bencana & malapetaka. Semoga takde lagi kes2 macam MH370 & MH17.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com