Showing posts with label wan maimunah. Show all posts

INNALILLAHHIWAINNALILLAHHIROJIUN..SALAM TAKZIAH BUAT PELAKON WAN MAIMUNAH

INNALILLAHHIWAINNALILLAHHIROJIUN..SALAM TAKZIAH BUAT PELAKON WAN MAIMUNAH. Mesti semua mula cuak & tertanya tanya. Siapa mati? Pelakon tu ke? La.. tak dengar apa2 khabar sangat tenat bagai.. Dah kembali kerahmatullah. Tak kurang jugak akan maki hamun admin blog lepas baca entri. Takpe.. dah bersedia dari segi mental & fizikal sebab mentaliti manusia.. asal sebut Innalillahhiwainnalillahhirojiun mesti ingat ada orang meninggal.


Innalillahhiwainnalillahhirojiun tu Bukan di sebut ketika menerima perkhabaran Orang Islam yang meninggal dunia jer cik/encik Ooi.. Ucapan tersebut di ucapkan bilamana mendengarkan perkhabaran duka saudara Se Islam.. jadi tak salah pun tajuk entri tu ok! Sebab tu penting baca entri jangan hanya baca tajuk entri je. Jangan pulak retis Ahwal Ahsaari dok sindir blogger asyik nak buat fitnah retis mati jer pulak nanti yer... hehehehe

Semalam mula di viralkan pelakon airmata.. Ibu Wan Maimunah yang kita sedang uzur & berada di wad akibat sakit bengkak Jantung & jangkitan kuman pada paru paru.. Tengok gambar yang di kongsikan kat media sosial memang sedih sangat. Nampak terharu ibu Wan Maimunah menerima kunjungan dari persatuan Seniman Malaysia membawa sedikit sumbangan untuk Ibu Wan Maimunah. Mungkin dapat mengembirakan sedikit Ibu Wan Maimunah yang sedang sakit tu. Sama - sama kita doakan kesembuhan buat Ibu Wan Maimunah.. Mendoakan kebaikkan buat orang lain kita juga mendapat kebaikkan dari doa doa tersebut, Insya Allah. Amin..


Bagi yang tak kenal siapa Ibu Wan Maimunah ni.. Beliau salah seorang pelakon yang agak di kenali di Malaysia terutama cerita cerita sedih. Dah lama beliau terlibat dalam industri hiburan negara & tak terkira terlalu banyak drama lakonannya. Karier beliau bermula dari sejak tahun 1972 lagi. Kira dari muda Ibu Wan Maimunah dah berlakon dalam Industri seni negara. Bakat lakonannya tak boleh di pertikai. Otai kot. Pernah memenangi Artis Komedi Wanita Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 5 tahun berturut turut. Dari tahun 1992 - 1996/1997.Selain berlakon dalam banyak drama TV belaiu jugak pernah membintang filem2 seperti

Gentayangan (2011) (Pelakon Pembantu
Puaka Tebing Biru (2007)(Pelakon Pembantu)
Cinta Luar Biasa (2004) - (Artis Jemputan)
Soalnya Siapa? (2002) (Pelakon Tambahan)
Anak Mami The Movie (2002) (Pelakon Pembantu)
Putih (2001) (Pelakon Utama)
Jimi Asmara (1995) (Pelakon Pembantu)
Interlud (1992) (Pelakon Pembantu)
Wanita Bertudung Hitam (1992) (Pelakon Tambahan)

Itulah serba sedikit tentang Ibu Wan Maimunah bagi mereka yang mungkin tak mengenali pelakon hebat ni. Apapun Semoga Ibu Wan Maimunah sabar & tabah menerima ujian Allah.. Sesungguhnya sakit penghapus dosa dosa kecil. Insya Allah.

RUMAH TANGGA WAN MAIMUNAH HANYA BERTAHAN 16 BULAN

RUMAH TANGGA WAN MAIMUNAH HANYA BERTAHAN 16 BULAN. Tak ada angin tak ada ribut tetiba terbaca satu artikel berita kat harian metro katanya pelakon yang terkenal dengan watak airmata, Wan Maimunah dah bercerai dengan suami beliau. Mereka bernikah pada 13 Disember 2013 & berpisah April tahun lepas. Rumahtangga mereka cuma bertahan lebih kurang 16 bulan. Kira2 setahun lebih je la. Kesian jugak la dengar cerita orang cerai ni.. Kadang2 penceraian bukan kehendak sesiapa tapi mungkin tiada pilihan lain terpaksa jugak akur dengan ketentuan takdir.


Tapi respect la dengan Mak Wan Maimumah ni. Walaupun perkahwinan kali ni gagal macam perkahwinan dia sebelum ni dia tak pernah rasa serik malah tak menolak kalau ada jodoh di usia emas ni. Yelah.. dalam usia macam tu mungkin dia perlukan teman. Almaklum la.. anak2 dah besar. Masing2 ada kehidupan sendiri.. Lagipun sebelum berkahwin semula disember 2013 rasanya dah lama dia hidup menjanda.


Apapun semoga mak wan tabah.. Yang terbaik kadang2 memang nak datang lambat sikit. Kita akan bertemu dengan orang yang salah beberapa kali untuk menjadikan kita orang yang lebih baik, kuat & tabah. Mungkin yang kita cari tak ada kat dunia tapi menunggu kita kat syurga siapa tahu. Insya Allah..

Apapun kita doakan yang terbaik buat Mak Wan. Moga hidup dia di kelilingi orang2 sentiasa mengambil berat & menyanyangi beliau.

PELAKON WAN MAIMUNAH BAKAL KAHWIN SUAMI ORANG

Walau usia dah cecah 60an.. pelakon wan maimunah tetap di pertemukan jodoh setelah lama hidup sebagai ibu tunggal. Alhamdulillah.. Jodoh pertemuan ajal & maut di tangan Allah kan.. cuma yang tak berapa best dengar bila bakal suami beliau itu adalah suami kepada wanita lain.


Dalam usia 60an.. memilih hidup bermadu. Sebelah pihak isteri pertama tu tak tau la rela atau terpaksa, kan?? Rasa macam tak best pulak.. dalam usia2 emas macam tu kebanyakkan orang memilih untuk hidup selesa, beribadah & berehat dah... Apapun kita fikir positif yer. Maybe perkahwinan tu di izinkan & dengan kerelaan pihak yang pertama.

Sumber Berita Harian

Moga Jodoh yang di pilih tu jodoh yang terbaik untuk Untie Wan Maimunah. Semoga perkahwinan yang bakal di langsungkan itu adalah yang terbaik buat semua pihak. Hope takde mana2 hati terluka dengan perkahwinan mereka nanti. Kang timbul pulak masalah lain pun tak elok jugak. Yelah dalam umur emas macam tu rasanya dah tak sesuai nak fikir masalah2 macam ni, kan??

Tarikh: 14 Disember 2013
Pelakon Wan Maimunah telah selamat diijabkabulkan bersama seorang usahawan, Makpol Saimon, 53, dengan mas kahwin membimbing ke jalan yang diredhai Allah di Tropical Inn, Johor bahru kira-kira jam 8.20 malam, semalam.


Sumber Media Hiburan Online

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com