KISAH BENAR MISTERI SERAM DI SEBALIK PEMBANGUNAN CYBERJAYA
KISAH BENAR MISTERI SERAM DI SEBALIK PEMBANGUNAN CYBERJAYA. Raya kedua dah bersegmen seram serik lekat lekit. Mesti la blog puaka kena ada cerita seram nanti peminat lari atau komplen. Jadi sebagai menjaga hati peminat cerita seram di blog lekat lekit ni malam ni den nak membongkar rahsia seram misteri di sebalik cyberjaya.Mungkin ada yang tak tahu cyberjaya sebelum di bangunkan adalah kawasan ladang kelapa sawit yang berkeluasan 2,890 hektar dan terletak di daerah Sepang, Selangor. Menurut sumber, ladang kepala sawit (Cyberjaya) ini merupakan ‘perkampungan’ bagi makhluk-makhluk lain atau lebih senang paham penempatan makhluk halus @ ghaib la. Tapi dengan rakusnya tempat tu di rampas manusia untuk pembangunan menyebabkan selepas di bangunkan dengan pesat pun masih lagi berlaku kejadian kejadian mistik & seram kat situ. Maybe makhluk tu marah la kot.. abis kampung depa di ranapkan untuk dijadikan penempatan manusia.
Katanya semasa proses nak di bangunkan tempat tu pihak yang terlibat dalam membangunkan cyberjaya ni terpaksa guna khidmat mereka yang bergelar 'Ustaz' untuk memindahkan makhluk ghaib ni ke tempat lain. Masa awal-awal Putrajaya dan Cyberjaya dibuka,agak lama jugak masa di ambil untuk orang datang tinggal kat situ. Katanya ada kaitan dengan kisah mistik yang berlaku disitu yang di sebabkan penghuni tak nampak. macam macam versi kisah seram yang di ceritakan dari mulut ke mulut. Katanya pernah berlaku kejadian seram di salah sebuah sekolah kat situ. Kalau korang nak baca kisah tu boleh baca kat sini >> Kisah Benar..Misteri Yang Berlaku Sebelum Cyberjaya Dibangunkan <<
Ada yang menafikan kejadian seram yang berlaku kat situ tapi sejauh mana kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu. Kita sedia maklum hutan adalah penematan makhluk ghaib mungkin cyberjaya pernah jadi perkampungan mereka & mungkin jugak tidak.
Moral of the story.. Sedarlah manusia berapa banyak hak makhluk lain hendak di rampas untuk pembangunan. Dan berapa banyak manusia nak melakukan kerosakkan di bumi Allah ni? Sesungguhnya manusia tidak akan pernah puas sampai kiamat.