Showing posts with label kontroversi blogger. Show all posts

ENTRI KONTROVERSI. APA KATA SANG LEKIT?

Isu pasal entri sang lekit yang di terjah oleh seorang blogger yang terasa beliau di maksudkan dalam entri tu (lekit tak mahu buat sebarang pengesahan disini sebab tu Sang Lekit tak share link sebarang blog sebab tak nak mengaibkan sesapa. Boleh rujuk entri tu DISINI). Bagi sang lekit semua komen berbaur amarah & tak puas hati tu takde sebab sang lekit nak delete. Apa salahnya kita approve, kan?

Dia datang membuka aib sendiri, Bukan sang Lekit yang point nama empunya diri. Dia datang meluahkan rasa, so kita sambut macam biasa. Apa dia nak kata kita approve kan saja biar yang membaca membuat penilaiannya. Selain cikgu shida, Sang Lekit kalau nak komen atau bagi pandangan yang tidak sependapat dengan blogger lain memang sang lekit tidak mengamal bagitau blog or blogger mana. Niat tu taknak la mengaibkan dorang... Sang Lekit just nak bagi pandangan peribadi sang lekit jer. Sang Lekit tak kata sang lekit betul.. & dorang salah tapi sekadar menyuarakan pendapat peribadi. Si blogger yang melenting di entri sang lekit pun menggunakan konsep yang sama juga. Menyuarakan pendapat peribadi dari hasil penulisan orang lain juga cuma berbeza bahasa & penyampaianya sahaja.

Ada blogger yang cakap better tegur di entri beliau.. Sememangnya Sang Lekit ada tegur dia di entri tu tapi comment tu seperti biasa tidak mendapat kelulusan oleh admin nya (tak approve pun). Tu hak dia nak approve ke tidak.. Lekit tak jadi anonymous menegur entri beliau tu sebab tu la si empunya badan dapat link ke blog melekit balik. Semua comment beliau atau comment2 anonymous mahupun kritikan dari blogger lain setakat ni semuanya approve dari sang lekit. Yang membaca nilaikan.. Memang ada comment teguran yang baik & menjatuhkan tapi kenapa nak takut sedangkan kita semua ada otak boleh berfikir. So gunakan otak untuk berfikir bukan buat perkasam. (hehehehe).

Bagi Sang Lekit dalam berblog ni kalau kita takut pada kutukan, kritikan & kejian.. Susah untuk kita terus menulis di blog. Bagi Lekit biarlah cik adik itu & konco2 nya nak mengadakan rusuhan kat comment entri tu pun.. (ada yang comment berbaur carutan tapi sang lekit approve juga. Tu pandangan & cara dia. Kita yang ada otak boleh fikir, kan??) Sang Lekit sebenarnya biasa jer terima serangan balas macam tu. Bukan tak pernah kena kutuk, kena kritik sebelum ni. Biasa la Lumrah berblog.

Isu entri kontroversi semalam tu sikit pun tak mematahkan semangat sang lekit untuk terus berblog, menyuarakan pendapat peribadi atau berkomen dengan pendapat sendiri tentang apa yang sang lekit baca, lihat & dengar. Bukan sang lekit sahaja yang menulis macam ni malah ramai lagi tapi dengan cara & penyampaian mereka sendiri. Kalau dah selesa guna bahasa & cara kasar teruskan ler.. tapi kalau dah brutal sangat jangan la cepat touching bila di tegur yer. Cuba renung balik.. kamu komen penulisan orang lain dengan cara kamu (walau pada pandangan sesetengah pihak agak biadap bahasa kamu), kemudian orang lain pula komen penulisan kamu.. Tapi kamu melenting. Macam mana pula komen yang kamu buat pada penulis artikel yang kamu hentam tu?? Ada dia touching or serang balik?? Sebab dia kental maka dia berani tampil dengan penulisan macam tu. Kalau hati tu tisu.. Jangan la tunjuk kental kritik orang lain sedangkan kamu mengelabah bila di kritik.

Akhir kata.. ada otak pakai.. ada akal guna. Berani buat berano tanggung padahnya. Kalau ada hati yang terguris terlebih dahulu sang lekit minta maaf.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com