Showing posts with label pengarah DBI properties. Show all posts

PELAKON & PENGARAH URUSAN DBI PROPERTIES, BOY IMAN DI TAHAN POLIS

PELAKON & PENGARAH URUSAN DBI PROPERTIES, BOY IMAN DI TAHAN POLIS. Sejak page2 anti scammer memviralkan tentang projek rumah banglo yang di uruskan DBI Properties & PPIM involve dalam kes pembelian rumah melalui syarikat seorang pelakon bernama Boy Iman.. Kes ni mendapat liputan yang meluas jugak la di media sosial & seterusnya di media elektronik yang lain. Semua orang tahu Boy Iman seorang pelakon sebelum menjebakkan diri dalam bidang perniagaan. Antara lakonan dia telefilem blok 404 yang di keluarkan dalam bentuk vcd/dvd.


Petang petang ni dok layan Fb ternampak perkongsian dari Page Ponzi Scheme Alert Malaysia laporan dari akhbar Harian Metro online berita penahanan dia... Dan akhirnya Boy Iman di tahan bersama dua lagi suspek utama di Ampang dan Setapak bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta, semalam.

"Berdasarkan siasatan yang dijalankan, didapati syarikat ini menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi. Bagaimanapun, selepas bayaran dilunaskan pembinaan rumah berkenaan tidak dijalankan," Berita penuh orang baca je la kat Harian Metro yer.


Bila baca berita penahanan pengarah urusannya tetiba teringat pasal kes makcik langkawi yang lebur RM50K untuk dapat sebiji banglo. Gamaknya apa nasib duit makcik langkawi tu yer. Allahu.. kesiannya.. Sebab dia dah tua kan. Hope ada keajaiban Makcik langkawi & mangsa yang lain dapat balik duit mereka kalaupun tak dapat banglo dengan harga murah tu.

Zaman sekarang hartanah makin mahal.. Kalau ada skim yang offer murah tak masuk akal jangan la terus teruja nak bayar. Siasat dulu dah berapa biji rumah depa siap & dah berapa ramai yang berjaya dapat rumah dengan skim depa tu. Sapa sapa pun boleh letak harga tak masuk akal untuk menarik orang lain membayar kepada mereka tapi sebagai pembeli ni.. Kadang2 kena jadi bodoh untuk bertanya kepada orang yang lebih berpengetahuan. Jangan berlagak pandai akhirnya di perbodohkan.

Apapun semoga perkara ni menjadi pengajaran la kepada kita semua... Tak semestinya orang yang di kenali tak ada potensi untuk jadi penipu kerana status mereka public figure. Sesiapa sahaja zaman sekarang boleh jadi gelap mata & hitam hati bila berkaitan dengan duit ni.. Yang dok bertakzirah hari hari pun kaki penipu.. Kadang yang dok lantang mengkritik sekarang lebih telus & jujur berbanding yang berselindung di sebalik agama ni.

Moral of the story.. akal di cipta untuk berfikir dengan waras bukan untuk berimaginasi yang indah sahaja.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com