ISU ISTERI CIKGU BUANG HADIAH PEMBERIAN MURID. Semalam terbaca satu tangkap layar yang di viralkan tentang pengakuan seorang isteri kepada seorang guru yang katanya akan buang hadiah berharga RM2 yang bagi dia tidak bermanafaat sebab terlampau banyak mencetuskan kontroversi juga la di media sosial. Perkara ni mungkin menyentuh sensitiviti sesetengah ibu bapa yang mungkin hanya dapat sediakan hadiah yang di beli dari kedai ECO saja.
Aku memang tak menyokong menormalisasi pemberian hadiah untuk sambutan hari guru tapi aku tak ada masalah pun kalau ibu bapa lain nak bagi hadiah pada cikgu anak anak mereka. Cuma bila tercetusnya isu macam ni, sedikit sebanyak dah jadi satu persepsi yang tidak baik pada cikgu. Memang aku tengok fenomena sekarang berlumba lumba ibu bapa & murid nak sama sama bagi hadiah pada cikgu. Sampai ada yang menjadi beban pada mak ayah yang tak mampu. Budak budak macam dah tanam dalam fikiran mereka.. Hari guru kena bagi hadiah. Bukan salah mereka tapi perkara ni sebenarnya kita orang dewasa yang buat mereka rasa benda tu wajib buat. Tak buat akan jatuhkan air muka kau di hadapan rakan rakan lain. Tapi ada juga guru yang bagi aku matang & berperikemanusiaan yang awal awal melarang murid dia dari bagi hadiah sebab dia tahu perkara ni akan buat yang tidak berkemampuan rasa rendah diri & malu seterusnya pilih untuk tidak hadir ke sekolah meraikan hari guru.
Aku memang tak normalisasi pemberian hadiah pada guru guru anak aku. Tapi aku ajar dia pergi sekolah & raikan hari guru. Tu cara kita menghargai dan menyambut sesuatu keraian. Hadiah bukan keutamaan. Biar dia duduk dalam kelompok yang tak bagi hadiah. Cuma aku akan bagi berbentuk sumbangan tunai untuk aktiviti sekolah & pembelajaran. Ada rezeki lebih bagi lebih. Suami aku amalkan macam tu. Sebab anak aku belajar di kelas ppki dimana dana untuk ppki ni sentiasa tak mencukupi. prasarana untuk pelajar ppki ni aku rasa basic sangat. Kelas pun tak banyak.. Guru pun tak ramai. Kelas pun bercampur tak ikut tahap kemampuan seoarang murid. PPKI ni sedia maklum untuk pelajar yang berstatus OKU. OKU pulak pelbagai. Ada yang dislesia, autisme, adhd, sindrom down, masalah pembelajaran, slow leaner etc.. Tahap kemampuan mereka ni semua berbeza tapi di sebabkan sekolah bantuan kerajaan ni bukan cukup dana sangat. Cikgu pun tak ramai jadi nak asingkan ikut tahap intelectual pelajar memang tak boleh. Jadi berkumpul la mereka dalam satu kelas. Sebab tu aku lebih utamakan pemberian sumbangan untuk aktiviti sekolah bagi tujuan pembelajaran dari hadiah hadiah ni.
Isu buang hadiah murah & rasa tak bermanafaat ni bagi aku satu tindakan yang agak keterlaluan. Dah kau buang kau bagitau pulak kat media sosial. Tak semua benda kita perlu cerita lebih lebih lagi akan mencetuskan kontroversi & perbalahan. Kau rasa nak buat.. itu hak kau. Tapi pendedahan ni juga sebenarnya untuk membuka mata para ibu bapa jangan terlalu try hard nak sediakan hadiah walau tak mampu atau belajar untuk bagi hadiah yang lebih bermanafaat. Contoh pen, whiteboard marker, kertas A4 atau makanan yang kita tahu boleh di manafaat untuk sambutan hari guru. Sebab kita tak mampu nak bagi hadiah habib jewels macam seorang bapa yang viral hadiahkan guru guru anak dia barang kemas habib tu. Hadiah yang dah tentu takkan ke tong sampah. Kita sendiri pun tak pernah beli barang habib kan. Jadi.. setakat hadiah frame gambar kedai eco, atau barang perhiasan atas meja ni kebanyakan mungkin tidak di gunakan agak tinggi. Kalau terlalu banyak dia akan jadi bersepah dan makan ruang untuk simpan. Akhirnya ke tong sampah. Kalau yang ada otak sikit mungkin dia sedekahkan kat orang lain.
Bagi hadiah tak salah cuma itulah.. bila menjadi budaya kanak kanak akan faham sebaliknya. Mereka tak faham perkara tu tidak semestinya kena buat walau boleh buat tapi bila di normalisasi kanak kanak akan faham wajib buat. Nak asuh balik pemikiran mereka tu mungkin ambil masa. Mungkin selepas ni sambutan hari guru kita boleh sama sama tolong fikirkan kaedah sambutan yang lebih baik di mana semua murid boleh datang meraikan tanpa ada rasa rendah diri atau malu. Nanti cakap pihak sekolah kena fikirkan cara ada pula kata semua beban letak atas bahu guru. Jadi kita boleh turut sama sama tolong fikir, hulurkan tangan dan ringankan beban.
Sebab isu ni aku share kat facebook aku di label bodoh, miskin & papa kedana oleh seorang guru sebab katanya aku ajak orang jangan bagi hadiah pada hari guru. Mungkin dia rasa puas hati boleh maki macam tu.. lantak dia la kan. Tapi aku berdoa dia takkan jadi cikgu anak aku. Kita tak tahu bumi ni bulat pusing pusing tiba tiba dia mengajar anak aku pulak akan datang. siapa tahu. Risau juga hari guru anak aku tak bawa hadiah dia kata bodoh, miskin dan papa kedana pulak.
Entri ni bersempena hari guru haritu. Terlupa pulak nak wish selamat hari guru buat semua guru2 & bekas guru2 daku tak kira yang sayang cheq atau yang menyampah dengan cheq mahupun cheq pernah menyampah. Menyampah tak bermakna benci yer cikgu.. Marah2 sayang jer. Terima kasih sebab kerana cikgu cheq mampu tulis blog hari ni.
Berbalik pada kisah kenangan daku masa sekolah dulu.. Kenangan tengok cikgu ensem sampai pengsan Uolls.. Dahsyat tak?? Terimbau memori ni sebab ada kawan den upload pic dengan cikgu sipolan tu kat FB.
Alkisahnya.. hari pertama masuk tingkatan dua kalau tak silap. Wajib la hari pertama sekolah ada perhimpunan. Biasa la perhimpunan akan abis time matahari dah memacak even matahari pagi lagi tapi tetap panas Uolls. Nak di jadikan cerita.. hari pertama tu ada sorang cikgu baru masuk mengajar kat sekolah sang lekit. Masa perhimpunan harus daku yang didepan dalam barisan. Yelah.. tak cukup inci nak nyorok belakang. Tu pun mula2 taknak baris kat depan.. tapi cikgu paksa.
Hari tu daku pun sebenarnya masih demam. Tapi dalam demam tengok muka cikgu baru ensem terus terpana gitu. Daku ni asyik la usya dia sebab muka dia ada iras2 pelakon/penyanyi shajiry. Manalah tau kot2 retis jadi cikgu datang ngajar lak kat sekolah daku kan?? Harus usya betul2.. cari perbezaan dari persamaan yang ada sebab taknak jadi silap mata. kekekeke...
seperti biasa.. Sampai di hujung2 perhimpunan harus la nyanyi lagu negeri kedah sebagai penutup kan. Kalau sapa2 yang bersekolah kat negeri kedah depa tau la lagu negeri kedah ni dia punya mendayu2 boleh buat orang lena kat tapak perhimpunan. Sambil gerak bibir dalam nada tak bunyi nyanyi lagu negeri kedah tu.. amik kesempatan usya cikgu ensem. Makin lama pandang.. makin blur.. permandangan jadi macam air mengalir tu. Gosok mata pun still kabur.. Tup.. tup.. padam. Sedar2 dalam bilik kesihatan sekolah dah. Oh.. malunya daku pengsan rupanya. Sampai pengsan la aku usya cikgu ensem.
Bila lama2 cikgu ensem tu ngajar kat sekolah den.. dah tak angau sangat la dengan dia sebab dia selalu kantoikan daku dalam beberapa aktiviti nakal kat sekolah.. salah satu kalau sang lekit lewat sampai sekolah. Selalunya den & kawan den akan letak beg kat pondok rehat.. tak nampak sangat datang lewat. Kalau masuk kelas cikgu tanya.. alasan jumpa cikgu kauseling ker.. cikgu memana ker. Tapi cikgu ensem tu dia macam tau jer trick tu. Kena satu hari dia kena ganti cikgu yang tak datang mengajar dalam kelas den.. sekali daku masuk dia tanya kenapa lewat masuk kelas. Alasan standard la bagi.. kemudian terus dia suruh pergi ambil beg kat pondok rehat. Katanya trick tu dia dah tau.. Yang lain2 kantoi malu lak den nak cerita. Den ni kan nakal sikit. Nakal je ok!
Cikgu ensem ni memang di gilai student perempuan.. Nak2 lagi time tu cikgu ensem baru je umur 24 tahun mengajar kat sekolah menengah di mana budak2 baru melangkah ke alam rumaja. Feel merenyam & gatal2 mula nak bercambah, kan?? harus cikgu ensem memang jadi perhatian. boleh tengok kalau dia mengajar dalam satu kelas tu.. bila sesi free time ramai je student perempuan bertenggek kat meja guru depan kelas. Tapi dia ni lazer sikit tau. Den dulu macam tak puas hati juga.. selalu call2 cikgu ensem kutuk2 dia tapi tak bagitau siapa.. tapi bila dia teka2 tu memang betul cuma tak ngaku. Akibat den suka call dia dok lawan berpidato dalam telefon.. kalau kat sekolah serempak dengan dia mesti elak. Time tu dah tak teruja sangat dengan kehemseman dia cuma suka menyakat cikgu ensem dalam telefon jer. Nak2 cikgu ensem rajin melayan. Tak mengelak dari bercakap tiap kali call pulak tu tapi kat sekolah memang dua2 susah nak bertegur sapa. Cikgu mahupun murid... Yelah.. mana sempat nak tegur.. cikgu sepelaung kat depan.. den kat sini dah U turn. hahahahaha
Biarpun cikgu ensem ni bukan salah sorang yang mengajar kelas den pernah sekali dua je ganti cikgu yang tak datang.. dia pernah paksa sang lekit masuk persatuan yang dia handle. Apatah persatuan dia.. sebab daku memang tak aktif berpersatuan masa sekolah menengah. Sebab setiap pelajar kena ada juga 1 persatuan dia join.. dia paksa & dengan terpaksa masuk la persatuan dia tu walau tak aktif.
Itulah kisah den & cikgu ensem bernama cikgu Jasri. Kalau la cikgu Jasri baca.. nak minta maaf atas kenakalan kita dulu suka call cikgu lawan mengutuk walau cikgu pun sama2 taknak kalah turut mengutuk sesama sendiri tapi saya tau cikgu tak pernah ambil serius & anggap benda ni serius. Buktinya cikgu tak pernah lapor pun pada pihak sekolah. Mungkin tak sampai tahap menganggu kot. Sekadar bergurau je kan?? Kalau berkesempatan jumpa cikgu Jasri even dalam FB je pun.. memang nak minta maaf & buat pengakuan bahawa den la orang yang suka call cikgu tapi tak pernah mengaku tu. Bukan salmah yer cikgu.. hahahaha. Salmah salah sorang student yang selalu cikgu Jasri sebut bila nak teka sapa yang dok call dia sambil dok luah perasaan tak puas hati tu. Kita tau cikgu dah dapat teka cuma tak pasti sebab cikgu ada jugak sebut nama kita. Disini kita dah ngaku yer cikgu
walaupun gambar cikgu Jasri blur sikit tapi masih nampak iras2 shajiry kan?? Gambar cikgu jasri ni culik kat FB kawan sekolah jer. Den takde stok gambar dia walau sekeping pun. hahahaha
Bila ingat zaman nakal2 masa sekolah dulu kadang malu sendiri jugak. Tindakkan kita buat memang tak matang sangat - sangat tapi masa tu dah rasa cukup besar nak buat keputusan sendiri. Bila ada yang menghalang mula la nak memberontak & rasa orang tak faham kita padahal kita yang belum faham tentang hidup masa tu. Bila dah masuk zon bangkalusia ni.. bila teringat balik rasa kelakar ada.. bodoh pun ada.
Apapun terima kasih cikgu. Dari cikgu Tadika Kemas Permatang Durian(Cikgu Rohana), cikgu sekolah rendah, sekolah menengah.. lecturer kat kolej.. cikgu basic computer.. Ilmu yang cikgu2 semua bagi takde satu pun yang sia sia. Terima kasih ku kepada mu cikgu.. (baca dalam nada lagu Upin Ipin nyanyi tu yer..)