Showing posts with label terkena. Show all posts

TERKENA GANGGUAN JIN JENIS BERPINDAH RANDAH

TERKENA GANGGUAN JIN JENIS BERPINDAH RANDAH. Rasa macam lama sangat tak buka blog padahal baru lebih kurang 2 hari ja pun streamyx down. Almaklum la blogger rajin macam aku dah jadi macam satu tanggungjawab update blog katanya.. Kalau tak update rasa macam tak sempurna setiap weekday aku. Hehehehe..


Alkisahnya hari ni dah 5 hari si budak shahila demam on off.. Shahila ni budak yang jenis antibodi kuat sebab aku mula bagi supplement kat dia sejak dari umur setahun. Jarang sakit.. kalau demam pun kadang2 sehari..  kadang2 separuh hari cuma sebelum ni ada sejarah demam panjang macam ni akibat gangguan makhluk halus. Memang sama simtom yang dia hadapi sekarang.. Kadang2 siang dia sihat bila petang dekat nak maghrib dia mula nampak lemah & malam dia akan demam balik. macam tu la yang berlaku sepanjang 5 hari ni.

Seperti biasa walau aku syak something wrong dengan demam budak shahila ni.. Tetap aku merujuk ke klinik dulu. Buat blood test semua.. Almaklum la sekarang ni zaman denggi berleluasa.. Dia bukan musim dah. Sepanjang tahun sekarang ni ada je orang kena denggi. Jadi kena kenalpasti samada ada masalah kesihatan atau masalah lain. Ujian darah dia semua tak ada masalah. Kali ni kena ambil darah budak shahila rilex jer.. tengok nurse cucuk lengan dia.. Menurut cerita bapak dia la. Patut la aku pelik tak dengar suara dia menjerit. Alhamdulillah selepas consistent guna focus blend tu banyak perubahan budak shahila terutama perkara yang memerlukan kerjasama dia duduk & menunggu..

Selepas ke klinik 2 hari lepas.. terus berdesup ke darussyifa untuk try rawatan alternatif cara Islam pulak.. Perawat kat situ bagi air penawar & daun bidara untuk guna sebagai mandian. Nampak condition shahila still sama hari ni ke pusat rawatan Islam Al Qayyum kat seri meranti, Sri Damansara. Sekarang Al Qayyum dah tak macam beberapa tahun lepas aku pergi. Dulu ada quotation harga sekarang dah kenakan bayaran ikut seikhlas hati dengan niat sedekah. Cuma air je kena bayar RM10 untuk sebotol mineral water side medium tu. Sebab sebelum ni aku pernah dapatkan rawatan untuk budak shahila sebab terkena gangguan jugak.. Alhamdulillah.. serasi dengan cara rawatan kat situ. Dengan Izin Allah dia kembali pulih so untuk kali ni aku rasa nak try jugak kat situ.


Menurut perawat kat situ.. Budak shahila memang ada terkena sedikit gangguan tapi bukan sebab sihir ke hapa. Sekadar gangguan dari jenis jin yang berpindah randah ni.. Maybe dia tersinggah berteduh ke hapa.. So dia usik2 sikit budak shahila sampai 5 hari demam. Rawatan macam biasa la.. menggunakan ayat2 Al Quran dengan bacaan yang boleh kita dengar. Tidak meragukan cara rawatan dia.. Malam ni nampak setakat ni suhu badan rasa macam tak berapa panas.. cuma dia nampak mengantuk. Maybe sebab makan ubat batuk. Yelah.. selain demam, dia batuk jugak. Tapi lepas bangun tengok ok jer.. Suhu badan pun dah normal malam ni.

Hope esok dia dah ok... Minggu lepas cuma isnin je dia sekolah selebihnya melepet kat rumah. Kira record 2017.. pembukaan tahun baru kena demam teruk. Tahun lepas memang dia takde record demam lebih dari 1 hari. Rasanya demam teruk sebab gangguan ni dia kena 2 tahun lepas kot. Tak tau la samada ada kaitan dengan mimpi yang aku pernah cerita kat entri ni >> Amaran Seram Stalker Dari Alam Ghaib << lupa pulak nak tanya ustaz tu tadi hehehe.


Apapun kalau korang memerlukan khidmat rawatan Islam nak try kat pusat rawatan Islam Al Qayyum di cawangan Sri Damansara Boleh hubungi


Perawat Kanan : Mohd Zain Misbah 
Tel Number : 017 7650 1747
Alamat : B3-1K10 Ground Floor, Seri Meranti Apartment, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur

Ni aku bagi contact number pusat rawatan tu ingat aku mereka reka cerita pasal anak aku pulak sebab dapat review berbayar. Ni bukan review berbayar ni sekadar selit review khidmat masyarakat jer.. Takde makna ustaz tu nak bayar aku promot tempat dia. Aku pergi guna khidmat dia pun bayar ok.

Perkara macam ni memang boleh berlaku tak kira di zaman pemerintahan Tun Razak atau Najib Tun Razak.. Cuma kalau zaman Tun Razak tu mungkin ramai umat Islam yang masih jahil kerana keterbasan ilmu.. Mungkin ada yang guna khidmat bomoh2 yang rawatan dia bercanggah dari ajaran Islam.. Yelah.. zaman Tun Razak mungkin tak ada pusat rawatan Islam.. Yang merawat cara Islam pun tak ramai.. Zaman Najib Tun Razak ni bersepah pusat rawatan Islam & pengamal perubatan cara Islam.. cuma perlu hati2.. Ada yang claim buat rawatan cara islam tapi rawatan dia bercampur.. Tu yang bahaya.  Kalau tak tahu nak merujuk kemana.. Yang terjamin & semua orang tahu Darussyifa. Atau melalui pengalaman aku sendiri.. di pusat rawatan Islam Al Qayyum ni. Semua ni Ikhtiar yang menyembuhkan adalah Allah SWT.

P/S : Tetiba Tun Razak & Najib Tun Razak di sebut sebut kan hahahaha

TANDA BAYI,KANAK KANAK & WANITA HAMIL YANG TERKENA GANGGUAN JIN UMMU SIBYAN

TANDA BAYI,KANAK KANAK & WANITA HAMIL YANG TERKENA GANGGUAN JIN UMMU SIBYAN. Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar nama Ummu Sibyan ni. Sebagai pengenalan siapa Ummu Sibyan ni.. ia berasal dari kaum jin Betina (erkk.. jin orang tak panggil perempuan kan?) yang suka menganggu bayi (kanak kanak yang berusia di bawah 2 tahun) dan juga wanita yang mengandung (hamil). Sebab tu la Islam menyuruh kita mengazankan bayi yang baru di lahirkan agar bayi tersebut tidak di ganggu oleh jin spesis ni.


Jin Ummu Sibyan ni di gambarkan memiliki muka yang ngeri dengan mata yang besar & berjalan atas dinding macam cicak. Spiderwoman rupanya Jin Ummu Sibyan ni. hehehehe. Dia juga mampu mengikat atau menyumbat rahim wanita supaya tidak boleh mengandung & boleh membunuh janin yang masih dalam kandungan. OO.. ada skill doktor jugak rupanya.hikhikhik

Jin Ummu Sibyan memiliki muka yang mengerikan dengan mata yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak,Ummu Sibyan juga boleh mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan.
Seperti yang di ceritakan dalam kisah “Jin Ummu Shibyan Dengan Nabi Sulaiman”,jin ini berkata ia bisa memasuki dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar kaum itu tidak mengandung. 

Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil, di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar jin ini akan menendanggnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.

Tanda - tanda bayi atau kanak kanak yang terkena gangguan Ummu Sibyan ni adalah

1. Bayi menangis dengan kuat sambil matanya memandang ke atas atau satu sudut tertentu.
2. Kanak kanak berjalan seperti hendak jatuh (bagai ada sesuatu yang menolaknya)
3. Mengigau sambil mengetip gigi berulang kali
4. Demam panas hanya selepas Asar & sebelum subuh (Yang ni pernah berlaku kat anak aku masa terkena gangguan dulu)

Kesan dari gangguan tersebut akan menyebabkan seorang bayi atau kanak kanak tersebut mengalami..

1. Sawan Tangis
2. Autisme, hyperactive
3. Nakal yang diluar kawalan
4. Terencat Akal
5. Pelbagai kompilasi Otak

Tanda tanda wanita mengandung yang terkena gangguan Jin Ummu Sibyan ni pula adalah..

1. Rasa sesak di bahagian dada terutama selepas waktu Asar & mungkin berlarutan sehingga tengah malam
2. Fikiran jadi kusut & bercelaru
3. Sakit bahagian tulang belakang
4. Mengigau ketika tidur
5. Bermimpi perkara yang menakutkan

Cara mengelak dari terkena Gangguan Jin Ummu Sibyan ni adalah..

1. Tutup pintu & tingkap bila dah maghrib (Benda ni rasanya di ajar mak bapak kita dari kecik)
2. Jangan angkat pakaian yang dah semalaman berada di luar rumah (Ni kes kadang2 baju tak kering & tak hujan so dia biar la jemuran dia sehari semalam kat luar)

Kaedah rawatan pada bayi yang terkena gangguan Ummu Sibyan ni adalah..

Baringkan bayi dengan cara meniarap & jangan biarkan dia melihat kearah yang dia lihat ketika menangis. Baca ayat Qursi & 3 Qul kemudian tiup pada ubun ubun sampai bayi berhenti menangis. Halaulah makhluk itu (jin) dengan bahasa yang kita guna seharian.. kalau kau melayu yang masih menggunakan bahasa melayu maka buat la ayat menghalau tu dalam bahasa melayu.. contoh ayat..  Wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku. InsyaAllah Ummu Sibyan akan pergi. Spesis Jin tak berapa degil sangat la kan. hehehehe

Bagi wanita mengandung yang terkena gangguan Ummu Sibyan pulak..

Bacakan doa doa yang menghindari syaitan termasuk doa mengelak dari sihir seperti surah al Fatihah, ayat Qursi, surah al Baqarah, Surah Ali-Imran dan Surah Al-Mu'awwizat pada satu sudu madu asli & kurma & di makan setiap hari sebelum mengambil sarapan. Boleh jugak di bacakan pada minyak zaitun untuk di sapukan di bahagian dada, dahi & tulang belikat sebelum tidur.

Semoga dengan perkongsian kecil dari hasil pembacaan saya ni dapat membantu sedikit sebanyakkan untuk orang lain mengelak atau merawat gangguan Ummu Sibyan ni.

GADIS KONGSIKAN PENGALAMAN PERIT DI BESARKAN IBU MEROYAN AKIBAT TIDAK DI JAGA DENGAN BAIK SEMASA BERPANTANG

GADIS KONGSIKAN PENGALAMAN PERIT DI BESARKAN IBU MEROYAN AKIBAT TIDAK DI JAGA DENGAN BAIK SEMASA BERPANTANG. Sekarang ni tengah di tayangkan drama berepisod, Samudera rindu yang mengisahkan seorang wanita yang terkena penyakit kemurungan atau orang kita faham sebagai meroyan selepas kematian anak pertamanya akibat lemas dalam perut. Lepas melahirkan anak kedua pun meroyan dia tak sembuh sampai la anak dia besar.


Tu kisah drama, hari ni terbaca satu kisah pengalaman seorang anak yang di besarkan ibu yang dia yakin ibu dia terkena penyakit meroyan akibat tak jaga pantang masa bersalin. Sebab katanya waktu tu mak ayah dia kawen muda.. masing2 tak pandai lagi bab pantang bagai. Lepas bersalin mak dia tinggal dengan family sebelah ayah dia. Orang yang jaga mak dia dalam pantang tu tak jaga mak dia betul.. Makan pun ikut dan je. Sampai dalam pantang pun di beri makan mi sup tapi suruh mengaku kalau orang tanya dia jaga pantang. Sebab lapar sangat mak dia ni terpaksa la makan.Sampai berkali kali la mak dia bentan masa dalam pantang ni.

Akibat dari tu katanya mak dia jadi seorang yang panas baran & suka mengamuk. Dia la jadi mangsa. Kadang2 tindakkan mak dia tu diluar kewarasan sampai pernah mak dia letak pisau kat leher dia sebab kesalahan kecil. Dibaling pasu bunga, di maki hamun dengan perkataan kesat. Katanya dia hanya dapat cium pipi mak dia masa raya je. Walaupun mak dia macam tak suka & selalu pukul dia even sebab kesalahan kecil.. tapi dia tak memberontak. Dia tak pernah lari dari rumah atau  buat masalah kat sekolah. Masa tingkatan 4 sebab tak tahan dia mohon sekolah berasrama.


Katanya mereka dah cuba berubat masalah mak dia tu tapi tak sembuh jugak. Mak dia pun seakan akan macam tak boleh tengok muka dia asyik nak mengamuk je. Walaupun macam tu dia yakin mak dia bukan seorang mak yang teruk.. Sebab dia tahu mak dia asalnya seorang yang baik. Dari pembacaan dia.. dia yakin mak dia terkena penyakit meroyan akibat tak jaga pantang & mungkin stress jugak kot dalam pantang bila di abaikan macam tu. Pernah masa mak dia sakit & doktor bagitau mak dia tak dapat sembuh.. Dia jaga mak dia. Waktu tu mak dia cakap mungkin balasan sebab mak dia tak suka kat dia tapi mak dia cakap sebenarnya mak dia sayang sangat kat dia.


 Meroyan ni orang cakap boleh hilang kalau dia mengandung lagi & jaga pantang betul betul.. Tapi sebab mak si gadis ni lepas bersalinkan dia,dia tak mengandung lagi cuma mereka ambil seorang anak angkat je. Mak dia bukan je menderita meroyan malah ada kanser & terkena buatan orang jugak. Bayangkan la.. semua tu di tanggung dalam satu masa.


Tu la pentingnya berpantang dengan betul. Orang2 sekarang konon urban dah tak nak ikut berpantang cara orang dulu2. Dalam pantang kemain ligat berjalan sana sini. Katanya boring duduk rumah. Makan pun tak mau ikut cara orang pantang katanya tak ber zat & tak sedap. Bila sakit.. time tu kau tanggung la azab. Semoden mana pun hidup kita, tetap ada benda yang kita kena ikut pantang larang jugak. Tak semua pantang larang tu amalam kuno yang kita rasa tak sesuai dah nak ikut.

Dalam kes ni bukan dia tak jaga pantang tapi dia sendiri tak tahu & orang yang jaga dia abaikan. Sebab tu support suami sangat penting. Suami pun kena ambil tahu jugak tentang pantang larang orang bersalin walau bukan depa yang beranak. Jangan cuma terer dok buat ayat pickuplines macam ni jer >> 10 Pick Up Line Yang Memang Paling Win Sampai Berdekah Je Baca. Especially #6! <<. Kau kena 'pickup' jugak dengan keperluan bini semasa berpantang Sebab semua tu berkait dengan kesihatan mental & fizikal orang berpantang. Setakat mengayat je reti yang lain tak tahu tak sweet sangat pun. Pendek kata tak kira lelaki atau perempuan kena tahu jugak apa yang boleh & tidak untuk orang berpantang ni.

Tapi kan.. orang sekarang ramai yang kena meroyan sebab terlebih pantang.. Contoh ayat orang mula nak meroyan.. 'Pantang aku kalau orang... dot..dot.. bla.. bla..' Punya berpantang sampai jadi meroyan bila orang langgar pantang dia. hehehehe...

DRAMA SAMUDERA RINDU KISAH PEREMPUAN TERKENA PENYAKIT MEROYAN

DRAMA SAMUDERA RINDU KISAH PEREMPUAN TERKENA PENYAKIT MEROYAN. Dari dok tengok iklan promo kat TV lagi aku nampak drama ni macam best. Drama ni penganti Drama nek mis yang dah habis episod tayangan kat TV9 di slot Azalea. Semalam kalau tak silap episod pertama kot drama samudera rindu ni.

Samudera Rindu Slot Azalea TV9

Masa dok tengok iklan promo nampak Dinaz memegang watak macam perempuan tak berapa betul atau terencat tapi sebab iklan je tak tau apa cerita watak dia macam tu... Rupanya bila tengok semalam maka fahamlah aku. Kenapa nanti watak Dinaz tu macam terencat akal rupanya dia kena penyakit meroyan selepas kematian anak dia. Alkisahnya masa mengandung dia terlampau ikut sangat cakap seorang bidan kampung ni.. Sampai tak nak bersalin kat hospital. Akibatnya bayi dia lemas dalam perut & bidan kampung tu tak dapat buat apa - apa terpaksa di hantar jugak kat hospital. Tapi kesiannya bayi dia tak sempat di selamatkan. Lepas peristiwa tu dia mengalami kemurungan & mula muncul tanda tanda nak meroyan. Almaklum la orang dalam pantang ni memang tak boleh susah hati memang berisiko kena penyakit meroyan. Tapi atas sokongan moral suami & keluarga dia kembali ceria & sihat tapi di sebabkan seorang perempuan yang sakit hati sebab perempuan suka kat suami.. cuba provok dia & hasut dia untuk ingat kembali anak dia yang telah mati.. Sebab fikiran dia kembali di hantui rasa bersalah atas kematian anak dia.. maka sistom2 meroyan datang kembali. Time tu pulak dia tengah mengandung anak kedua...  Untuk episod semalam sampai setakat tu je la cerita dia..

Antara watak watak utama dalam drama samudera rindu yang di tayangkan setiap selasa hingga ahad jam 8.30 di tv9 dalam slot Azalea

Dari sinopsis yang aku baca kisah ni mengisahkan kehidupan seorang gadis bersama ibunya yang mengidap penyakit kemurungan (meroyan). Gadis ni seorang yang baik & bijak walaupun kehidupan mereka sekeluarga tidak kaya kerana ayah dia terpaksa bertukar pekerjaan kerana penyakit ibunya. Walaupun kelahiran dia dalam keluarga mereka yang pada mulanya di harap dapat memberi kesembuhan pada penyakit kemurungan ibunya tapi sayangnya kelahiran dia tidak mengubah apa2. Ibunya tetap dalam dunianya sendiri. Semakin membesar dia menjadi kawan baik kepada ibunya yang berperangai seperti kebudak budakkan akibat kemurungan yang di hadapi selepas kematian anak pertamanya. Mereka tetap bahagia walau keadaan ibu dia macam tu. Sampai la dia berjaya sambung belajar ke menara gading. Time tu dia mula bosan nak melayan kerenah ibunya. Dia juga mula rasa malu nak mengaku perempuan yang mengalami penyakit kemurungan sehingga menyebabkan dia jadi tidak waras tu ibunya. Apa yang berlaku seterusnya..???

Untuk mengikuti kisah macam mana kehidupan seorang wanita yang meroyan ni korang kena tengok sendiri la kat setiap episod drama Samudera rindu yang aku dapat rasanya drama ni drama yang boleh follow jugak. Jangan asyik dok sebut meroyan je tapi sebenarnya tak ramai yang tahu penyakit meroyan sebenar. Yelah.. Perkataan meroyan sekarang memang sangat popular di kalangan pengguna media sosial.. Untuk generasi muda jangan pelik kalau ada yang tak tahu meroyan tu satu penyakit yang serius jugak melibatkan gangguan mental yang boleh menyebabkan seseorang tu jadi macam orang gila. Nak mendalami apa tu meroyan boleh la tengok drama samudera rindu.

Moral of the story pada adik adik yang suka sangat guna perkataan meroyan bila nak sarcasm orang tu faham la yer lepas ni. Meroyan tu satu penyakit gangguan emosi yang biasanya di hidapi wanita wanita lepas bersalin. Tapi bukan semua orang la.. Selalunya wanita yang terlampau banyak fikir, bersedih & susah hati semasa dalam pantang berisiko terkena penyakit meroyan. Jadi para suami penting tu jaga perasaan isteri ketika berpantang ok!

NAJIS BEKU DARI ANGKASA JATUH ATAS BUMBUNG RUMAH

NAJIS BEKU DARI ANGKASA JATUH ATAS BUMBUNG RUMAH. Terbaca berita najis jatuh dari angkasa ni nak tergelak pun ada. Nak kesian pun ye jugak. Aduhai.. kadang2 sebab tahi je boleh berlaku kerosakkan harta benda orang lain. Nak2 lagi kalau benda tu jatuh dari tempat tinggi dalam keadaan beku. Sapa punya kerja la ni melepaskan najis beku dari atas sana. hahahaha


Kesian sepasang suami isteri ni akibat najis beku yang di syaki di lepaskan oleh pesawat tak bertanggungjawab jatuh atas bumbung rumah mereka & menyebabkan kerosakkan. Yang depa pening ni macam mana nak claim insuran. Takkan nak cakap bumbung rosak sebab di timpa najis. Macam pelik je kan. hahahaha

Sumber Harian Metro

Nak tuduh mana2 pesawat tak tau pesawat mana ye dak? bak kata pepatah sapa nak mengaku tahi dia ye dak? Orang berak kat tandas awam tak flush pun tak mengaku tahi dia.. apatah lagi taik yang jatuh dari ribuan kaki atas sana.

tak baik buat orang tua2 macam tu.. kesian depa. Nak menjawab dengan pihak insuran pun jadi serba salah.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com