LAMPIN JENAMA DRYPERS CEPAT KOYAK DAN REPUT
Gamaknya kena saman tak buat entri macam ni? Aku bukan buat fitnah tapi aku buat entri sebab aku yang lalui pengalaman tu. Aku tak tahu orang lain hadapi masalah yang sama atau tak.. Tapi aku perasan kualiti lampin pakai buang jenama Drypers semakin teruk & mudah koyak. Aku cakap sebab ada bukti.. so aku rasa tak salah.
Sumber google
Aku dah bertahun guna drypers kot... erkk bukan aku yang pakai, aku pakaikan kat anak aku. Dulu memang aku puas hati dengan kualiti drypers.. Kain dia lembut, lampin dia kering & tak bocor & harga dia bagi aku masih mampu milik. Tapi sejak dua menja ni (2 3 bulan ni) aku rasa macam something wrong somewhere. Banyak keping jugak la lampin drypers ni yang bila aku nak pakaikan kat anak aku koyak kat bahagian pelekat & hari ni koyak pulak tepi peha. Dulu tak pernah berlaku kejadian ni...
Ni sebahagian yang koyak kat bahagian pelekat. Aku tak guna dah.. nyusahkan je. Ada yang koyak bahagian tepi peha tu masa pakai.. dah kena buang la sebab dah pakai takkan nak simpan.
Antara perbincangan kat FB