Gamaknya kena saman tak buat entri macam ni? Aku bukan buat fitnah tapi aku buat entri sebab aku yang lalui pengalaman tu. Aku tak tahu orang lain hadapi masalah yang sama atau tak.. Tapi aku perasan kualiti lampin pakai buang jenama Drypers semakin teruk & mudah koyak. Aku cakap sebab ada bukti.. so aku rasa tak salah.
Sumber google
Aku dah bertahun guna drypers kot... erkk bukan aku yang pakai, aku pakaikan kat anak aku. Dulu memang aku puas hati dengan kualiti drypers.. Kain dia lembut, lampin dia kering & tak bocor & harga dia bagi aku masih mampu milik. Tapi sejak dua menja ni (2 3 bulan ni) aku rasa macam something wrong somewhere. Banyak keping jugak la lampin drypers ni yang bila aku nak pakaikan kat anak aku koyak kat bahagian pelekat & hari ni koyak pulak tepi peha. Dulu tak pernah berlaku kejadian ni...
Ni sebahagian yang koyak kat bahagian pelekat. Aku tak guna dah.. nyusahkan je. Ada yang koyak bahagian tepi peha tu masa pakai.. dah kena buang la sebab dah pakai takkan nak simpan.
Agaknya kenapa berlaku? Adakah faktor anak aku semakin besar & lasak atau aku pakaikan dengan cara kasar atau tergesa gesa. Aku ada up masalah ni kat FB untuk berkongsi pengalaman dengan orang lain.. ternyata ada jugak yang hadapi masalah yang sama. Ada yang kata kalau lama sangat stok tu di simpan selepas tarikh pengeluaran dari kilang punca dia jadi mereput. Kalau macam tu pihak drypers kena alert la pasal ni..
Antara perbincangan kat FB
Harga lampin jenama Drypers bukan statik tak naik baik.. Tapi kalau kualiti makin turun harga je makin naik pun rasa macam menganiaya pengguna. Kalau ia mereput sebab terlalu lama di simpan.. Tetap masalah ni drypers kena cari solution. Gamaknya kena ada expired date kot lampin pakai buang ni untuk jaga kualiti dia.
Akak,mmg la..sy perasan gak..nk tarik pelekat, trus koyak..pastu jd berbulu..pdhal bkn lama pun pakai..harga kemahen mahal skang.. offer lak serupa xoffer.. haishh,kena bertukar gak ni..
ReplyDeleteBiasalh meniaga kn...cmtu lah..
ReplyDelete2 hari lepas harga drypers dh naik harga..sedih..sbb mmg pengguna setia drypers sejak lps bersalin hari tu..huhu
ReplyDeleteAah...pernah terkena jugak camtu...x dan nak pakai pun lagi dah koyak.,pastu dah tukar lain dah....
ReplyDeleteHmmm.. Memang tak pernah pakai drypers..
ReplyDeletemungkin la kot sbb stok dh lama kot... sy xpnh plak jadi mcm ni...tp dh lama x beli drypers ni..
ReplyDeletekalau orang yang sayang alam sekitar dia akan kata.. bagus la reput.. cepat terhapus dari muka bumi.. hihihi
ReplyDelete