Showing posts with label lebih. Show all posts

SELALU KENA SINDIR & EJEK SEBAB MAK FASIH CAKAP TAMIL

SELALU KENA SINDIR & EJEK SEBAB MAK FASIH CAKAP TAMIL. Aku dah pernah cerita mak aku seorang perempuan Melayu yang takde darah campuran india ke apa tapi sangat fasih berbahasa tamil. Memang ada kawan india aku dulu cakap macam aku cakap bahasa tamil fluent giler beb! Aku memang la tak tau mak aku fluent ke tidak sebab aku memang tak reti nak berkomunikasi dalam bahasa tamil malah takde seorang pun adik beradik aku yang pandai speaking Tamil. Mak aku ni sebab di besarkan di kawasan estate & banyak bergaul dengan orang india dari kecik. Dia pun ada family angkat di kalangan orang india. Jadi.. Secara tak sengaja dia terbelajar bahasa tamil sehingga fasih tapi mak aku tak pandai baca dalam tulisan tamil. Cuma tahu cakap jer.. Setakat tengok filem tamil memang tak payah susah2 nak baca subtitle la.


Dulu masa kecik.. malu jugak la kalau ada orang ejek2 atau sindir sebab mak aku pandai cakap tamil. Bila depa dengar mak aku berbual dengan kawan2 India dia kat mana2 tempat awam.. Atau kawan2 india dia datang rumah orang macam gelak2. Atau pandang sampai tak kelip mata nak2 lagi kat tempat awam. Aku rasa macam terhina sikit la. Padahal.. Apa nak hina. Cuma bahasa. Yelah.. dulu mentaliti mungkin cakap tamil macam low class.. speaking english atau cina tu high class sangat la tapi sekarang serius.. aku rasa bangga mak aku tahu lebih dari 1 bahasa. Setakat reti speaking tak rare sangat la sebab majoriti ramai orang melayu sekarang memang boleh speaking english termasuk la budak2 kecil. Sampai ada anak orang melayu tak reti cakap melayu tapi hanya tahu english je. Jadi takde apa nak di banggakan sebab english sekarang bukan bahasa yang susah nak belajar. Tapi kalau yang pandai cakap tamil.. cina atau bahasa2 lain selain english tu yang rare sebenarnya.

Bila tengok bangsa2 lain cakap bahasa bangsa lain kat video ni >> Bahasa2 Yang Mereka Gunakan Sangat Mengkagumkan << aku rasa depa patut interview mak aku sekali. Hahahaha.. Mak aku jugak kategori yang boleh bercakap lebih dari satu bahasa walau sekolah tak tinggi sampai ke puncak KLCC.

Moral of the story.. Setiap bangsa ada keunikkan bahasa dia tersendiri. Macam India kalau bercakap dorang ada gerak kepala tersendiri. Setiap gerakkan tu ada maksud tertentu. Tu keunikkan bangsa India & bahasanya. Jangan menghina bahasa atau bangsa sesiapa.. Islam tidak ajar kita merendah2 kan orang lain walaupun berlainan bangsa & agama.

P/S : Sehebat manapun kita tahu lebih dari satu bahasa tapi kita tak boleh lawan bahasa budak2 sekarang.. Depa guna bahasa dari planet. Bahasa Alien.. Aq nuck muckan hahahaha.. maafkan saya. saya tak arif bahasa alien. hehehe

AWAS! JANGAN KUMPUL EARNING 8SHARE LEBIH DARI RM50

AWAS! JANGAN KUMPUL EARNING 8SHARE LEBIH DARI RM50. Tu dia tajuk entri memang warning kaw kaw punya. Memang bahaya sangat katanya. Sebelum 8sharer lain terkena adalah lebih baik aku bagitau kat hangpa siap2 sebelum hangpa menanggung rugi & sakit hati yang tiada sempadan. Permainan 8share memang licik, hokay! Dua kali aku terkena memang rasa nak menyumpah seranah je tapi kali kedua ni rasa lebih tenang sikit berbanding kali pertama kena. Sebab rasanya aku dah boleh baca trick 8share so bukan sesuatu yang mengejutkan sangat la.


Dulu earning aku pernah kena reject & hampir2 di rampas 8share dengan alasan fraud. cara perkongsian aku katanya melanggar syarat & peraturan 8share biarpun tak di beritahu secara jelas kat ruangan do & don't. Aku fight jugak la.. penat2 aku kumpul earning 8share tetiba kau nak ambil camtu je. Pantang berundur kecuali mak panggil balik katanya.. Aku tetap pertikaikan semua tuduhan 8share dan akhirnya 8share mengalah mengaku kelemahan mereka & bagi balik earning aku yang kena hold sekejab tu.



Lepas tu aku pun share la macam yang di bolehkan. Aku ni gigih la buat post iklan 8share.. alih2 nak cashout reject alasan fraud buat kali kedua. Bukan aku sorang je kena macam ni malah ada blogger lain yang kena perkara yang sama. Normally yang earning beratus la. Bawah pada seratus kebanyakkan selamat.


8share punya term & condition.. dorang akan bagitau cara perkongsian korang salah bila korang request cashout je. Sebelum tu memang dia buat rilex.. wat peace kata bebudak zaman sekarang. berbanding chrup2.. dia detect korang salah terus email bagitau. 8share memang dia punya trick paling keji bagi aku.. Sebabnya dia tunggu je kita kumpul sebanyak yang boleh dah request cashout masa tu la kita akan tahu samada cara perkongsian kita salah atau tidak pada mereka. Selagi kau tak tekan butang cashout selagi tu kau takkan tahu cara kau berkongsi iklan tu salah atau betul. earning kau terus naik & naik sampai kepuncak lepas tu hati kau akan hancur bila tahu cashout kau kena reject.

Jadi pada korang yang masih nak mencuba cari side income dengan 8share jangan kumpul banyak2 sangat earning korang. Cukup RM50 cashout. Kalau korang tengok earning korang dah cukup RM50 tapi belum sampai tarikh cashout stop la dulu share iklan 8share. Takut nasib tak baik tetiba cashout 8share cakap reject sebab fraud clik. At least kalau reject setakat RM50 tu tak la rasa meraung sangat. Tunggu cashout dah verify baru share balik iklan. 8share memang dok target golongan earning yang lebih dari RM100 sekarang. 8share buat duit topup je. Tak payah berangan sangat nak kumpul banyak2 nanti ada je alasan depa nak reject.

Moral of the story.. ambil langkah selamat jangan jadi macam aku hanya dapat penat.

P/S : Zaman ringgit jatuh nilai ni semua orang nak save budget. Even kena reject tapi earning still naik. Yelah.. kan aku buat post entri iklan 8share. Selagi orang baca & clik link iklan tu selagi tu la 8share dapat benefit aku dapat tengok je la. Habis tu je cara yang di bolehkan berkongsi iklan 8share kat blog tapi tetap la kena reject dengan alasan fraud. Macam review produk @ service jugak la orang bayar sekali tapi post kekal dalam blog. Untung tak? So sesapa berminat nak beriklan,review di blog lekat lekit mai PM kat FB atau email je.


RAMAI IBU JADI RIAK BILA MEMILIKI SUSU BADAN YANG BANYAK

Aku bukannya dengki.. Aku pun menyusu anak sampai setahun lebih jugak sebelum tukar ke susu formula. Masa anak aku lahir memang susu melimpah ruah even aku tak ambil apa2 supplement cuma minum susu anmum jer. Sampai terpaksa pam keluar.. lepas tu buang je sebab anak aku time tu tak nak menyusu dari botol. Punyalah banyak rezeki susu.. Tapi tak terasa pulak nak canang2 kat orang yang aku ibu yang subur dengan susu. Bab2 macam tu aku sensitif sikit nak share...

Gambar sekadar hiasan. Carian Google

Tapi sekarang ni aku tengok ramai ibu2 yang menyusu badan anak dia macam terlalu menunjuk. Kadang2 statement dorang tu nampak bangga & riak sangat. Contoh.. "Sorry anak aku tak minum susu formula.. Hanya susu ibu. Tengok la sihat & kuat. Bijak pulak tu.." Atau.. ayat penjual produk.. "Takde alasan susu kering.. Yang ada cuma nak atau tak BF anak sampai 2 tahun." Macam susu tu boleh kau bancuh kemudian isi dalam nenen kau! padahal dia lupa.. susu ibu juga rezeki dari Allah.. Produk cuma ikhtiar. Kalau Allah tak mengizinkan ia terjadi.. kau telan la produk milk booster katanya... tak keluar jugak susu kau tu even kau perah guna spin kat washing machine sekalipun.

Atau jenis yang tak habis2 nak bagitau orang yang anak dia minum susu ibu.. sampai kita dok tengok update dia pun rasa.. Macam kau sorang ada susu badan. dah tak nampak dia nak berkongsi kebaikkan susu ibu tapi nampak lebih nak menunjuk kelebihan dia ada. Kalau niat nak berkongsi.. Cara perkongsian tu biarlah tak nampak macam bangga/riak melampau, memperkecilkan orang lain atau mempertikaikan orang yang takde kemampuan menyusu badan anak dia. Takde siapa nafikan kebaikkan susu ibu.. Kalau boleh ramai para ibu sekarang nak susukan anak dia dengan susu ibu cuma bukan semua orang berpeluang buat macam tu. Ada orang sebab kesihatan,ada orang sebab memang tak ada rezeki susu. Semua tu perancangan Allah.. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Bukan para ibu yang takde susu tu golongan ibu yang pemalas, kekurangan atau nak jaga badan jer..

Jadi geng tayang susu tu berpada pada la dalam nak berkongsi atau keluarkan statement. Jangan sampai golongan yang tak berkemampuan menyusu baby mereka terasa terhina dengan post anda. Nak jual produk pun tak payah mempertikaikan orang yang tak ada susu. Nak meniaga ni kena cakap perkara yang orang suka dengar bukan sakit hati bila dengar.

Moral of the story.. Susu apa pun yang mak bapak bagi kat anak anak.. semua nak yang terbaik. kalau dia taknak bagi yang terbaik.. baik tak payah bagi susu langsung. Jadi, jangan rasa ibu yang bagi anak2 dia susu formula tak kisah dengan tumbesaran & kesihatan anak dia ok! Kemampuan setiap orang berbeza.

P/S : Pendapat ini tak merujuk kepada semua ibu2 yang breastfeeding yer.. Segelintir yang buat kalau terasa bagus la. hehehe

8 PERKARA YANG BAHAYA DI KONGSI DI LAMAN SOSIAL

Semalam kecoh pasal gambar anak anak artis di letakkan di web lucah. Sebagai mak bapak berderau jugak darah sebab aku pun ada anak yang lebih kurang sebaya anak2 artis yang jadi mangsa gambar mereka di gunakan untuk web lucah tu (boleh rujuk entri ni >> gambar anak artis dalam web lucah ). Bila katanya ada unsur pedofilia.. Mak bapak mana tak risau. Kecuali mak bapak yang jenis rasa selagi anak dia tak jadi apa - apa tak perlu nak gelabah sangat. Spesis kena terpacak atas batang hidung baru dia rasa benda tu bahaya. Tu lantak la.. kalau dah jenis takde kesedaran, biar la dia rasa sakit tu tapi tu la kalau sakit tu dia je rasa ok cuma kalau sakit tu anak dia jugak yang dapat bahagian memang kesian.

Benda macam ni boleh berlaku adalah di sebabkan keterbukaan kita sendiri. Kita rasa macam Malaysia ni terlalu selamat untuk berkongsi apa saja di laman sosial. Semua benda kita nak bagitau orang. Setiap minit setiap saat & setiap apa yang kita buat.. Kita nak update. Tanpa fikir apa yang kita buat tu mungkin boleh mengundang bahaya bukan jer pada diri kita malah ahli keluarga kita sendiri.


Kadang2 apa yang kita kongsi maybe meletakkan diri kita dalam target penjenayah, penipu & risiko yang mungkin kita di kenakan tindakkan undang undang tapi sebab ketaksuban kita berkongsi sampai kita tak sedar benda tu sebenarnya boleh menyusahkan kita balik. Banyak antara kita kongsi 8 perkara ni di laman sosial tanpa rasa benda tu adalah berisiko cuma nasib kita selama ni masih baik jadi kita rasa takde apa yang memudaratkan.

Moral of the story.. berkongsi tak salah yang jadi salah bila kita berkongsi dengan cara yang salah, di tempat yang salah & perkara yang salah. So, hati hati ada yang memerhati.


MENTALITI LELAKI, KAWEN LEBIH DARI SATU CUKUP SEKADAR SAH

baru2 ni kecoh isu yang jadi viral pasal seorang lelaki bersama mertua & isteri kedua terkorban akibat kemalangan. Trajedi tu membongkar rahsia yang selama ni isteri pertama dia yang tengah mengandung tak tahu iatu dia dah kahwin lagi sorang. Tak di nafikan dalam kes ni orang perempuan lebih emotional respond. Yelah.. seolah olah dapat rasa teraniaya.. sedih.. kecewa & di tipu.


Tapi ada segelintir lelaki yang backing perbuatan macam tu dengan alasan.. Tak salah sebab nikah tu sah dari segi hukum. Mentaliti sesetengah lelaki.. memang macam tu. Asal sah jer semua jadi betul. Sah jer tak membetulkan segalanya kalau kau tak boleh adil. Jangan cakap adil untuk perkara lain.. Adilkah bagi seorang isteri andai kena tipu hidup hidup macam tu? Nak2 lagi semua penipuan terbongkar bila semuanya dah mati. lagi sakit dari terbongkar masa hidup. Nak marah tapi tak tahu pada siapa. Nak memaafkan pun bukan semudah perkataan 'Maaf'. Nak2 lagi bila kesalahan tu di lakukan oleh orang dah meninggal dunia.. Dilemanya Tuhan saja yang tahu. Nak maafkan semuanya tapi dalam keadaan hati yang tengah sakit jangan berlagak la kata mampu maafkan. Kau tak hadap.. maka kau boleh cakap semudah ABC nak buat.

Nak berkahwin ikut sunnah Nabi bukan sekadar cukup syarat sah nikah jer.. Jangan nanti kat padang masyar jalan senget sebelah pulak. Jangan nak pandang sinis sangat pada seorang isteri yang tidak rela hidup berpoligami.. Isteri je lebih tahu kemampuan suaminya. Kaya raya belum menjamin kau mampu pikul tanggungjawab sebagai suami kepada isteri yang lebih dari seorang. Sunnah yang sedap je hangpa nak ikut tapi cara nabi banyak hangpa skip.. Layak ke hangpa nak kawen lebih dari seorang???

Sumber Google

Memang isteri takde hak nak halang suami nak kawen lebih dari satu tapi yang laki tu belajar2 cermin diri. Kalau 5 waktu pun tunggang langgang... Tak payah la dok berangan nak pikul dosa2 orang lain. Setakat kawen senyap2.. tak berapa lelaki kot. Tak macho la beb! Macam tikus curi keju jer...

Moral of the story... Lelaki yang layak berpoligami adalah lelaki yang mampu buat semua para isterinya bahagia bukan kawen senyap senyap. Peace

EYELINER PENSIL LEBIH SELAMAT BERBANDING JENIS CECAIR

Aku antara pengemar eyeliner pensil sebab aku memang tak reti nak lukis guna eyeliner jenis cecair atau jenis pensil yang pulas2 tu. Aku guna yang jenis pensil kayu jenama maybeline. Yang kena asah dengan sharpener. Punya la tak up to date kan?  Tapi yang tak up to date ni la paling selamat & paling jimat. Nak tahu sebab apa?

 Ni la yang guna tapi ni gambar aku pinjam Google jer

Eyeliner jenis pensil kita kena selalu asah bila hujung dia dah tumpul. Bila kita asah, permukaan yang lama tu secara tak langsung kita buang. Dan sebab tu eyeliner jenis pensil ni lebih terselamat dari bakteria. Dengan syarat pengasah eyeliner korang kena bersih jugak la supaya bakteria tak transfer ke eyelines masa korang masa asah tu. Kedua.. Jangka hayat eyeliner jenis pensil adalah lebih panjang. Maksudnya kalau orang jenis jarang2 makeup atau surirumah macam aku pakai masa keluar jer jenis pensil lebih sesuai sebab jarang pakai & lambat nak habis. Kalau yang jenis cecair tu jangka hayat dia tak lama. boleh pakai 3 - 4 bulan lepas tu di nasihatkan tukar baru.

Sebab pakai dekat dengan mata, maka risiko dia jugak pada mata so kalau mata kena jangkitan kuman ke hapa maybe boleh ganggu penglihatan. Jadi eyeliner pensil even tak berapa up to date sebab ramai dah beralih ke jenis eyeliner cecair tapi masih relevan di gunakan atas faktor kesihatan. Meh ramai2 kita beli eyeliner pensil baru aku tak rasa ketinggalan zaman sangat. hahahaha


PERINGATAN KEPADA PENIAGA KAD TOPUP @ RELOAD PREPAID

Sebenarnya ada banyak peniaga yang suka suki caj kad top @ reload prepaid ni lebih 50sen contoh kau beli topup RM10 tapi dia jual RM10.50. Dulu kat kampung aku pun ada satu kedai runcit buat macam tu. Bila kat kampung ni bukan macam pekan atau bandar2 bersepah kedai jual topup kan.. Ada satu dua kedai jual topup tu kira bertuah sangat tapi sekarang nampaknya dah semakin ramai pekedai kat kampung yang mula jual topup so, peniaga2 lain dah tak boleh ambil kesempatan kenakan caj lebih 50sen la.

Tadi terbaca kat sinar harian sebuah kedai yang menjual kad topup lebih harga...

 BANTING - Tindakan sepasukan anggota Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sepang menyamar sebagai pengguna membeli kad tambah nilai di sebuah premis kedai serbaneka di sini berjaya membongkar aktiviti penjualan kad tambah nilai yang dicaj lebih 50 sen.
 kes disiasat di bawah Seksyen 12 (1)(a) Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu memberi seseorang pengguna gambaran yang mengelirukan mengenai harga yang padanya apa-apa barang atau perkhidmatan barang boleh didapati.
tindakan mengenakan caj harga lebih walaupun 10 sen tetap menjadi kesalahan kerana nilai pada barangan sudah tertera harga. Berita selanjutnya baca di SINI


Satu kejadian berlaku tak berapa lama sangat tapi kejadian tahun lepas la.. Nak beli topup kat Bukit fraser. Tetiba dia cakap RM10.50.. macam la aku tak tau adalah menjadi satu kesalahan mengenakan caj lebih pada jualan kad reload tu. Aku cakap la kat dia kenapa caj lebih 50sen pulak. Katanya minah tu dorang bukan agen tapi dorang turun beli sendiri kad toup so, di kenakan caj extra 50sen. Masalah pengguna ke kau agen ke tidak, kan?? Yang aku tau ko jual kad topup camtu memang salah di sisi undang2. Boleh pulak dia sound aku.. suka hati la nak beli ke tak.. Memang tak beli la jawabnya. Untung takde orang komplen atau report kedai kau tu.. kalau tak sesia je ko meniaga atas gunung sana alih2 di kenakan tindakkan undang2.

So pada peniaga topup.. ambil iktibar. Kalau rasa tak menguntungkan jangan jual tapi jangan gigih nak jual suka2 caj lebih pulak. Kalau ko tak kena menjawab dengan undang2 dunia sekalipun ingat kat sana esok tetap kau tak terlepas, kan??

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com