BAGI SUAMI MAKAN DARAH HAID & AIR MANI, ISTERI DI AZAB KEMALUAN BERNANAH & BUSUK
BAGI SUAMI MAKAN DARAH HAID & AIR MANI, ISTERI DI AZAB KEMALUAN BERNANAH & BUSUK. Sampai tahun 2017 sihir masih di amalkan.. Rasanya sampai kiamat pun benda2 syirik & khurafat ni tetap ada yang akan buat. Golongan yang percaya dengan benda2 macam ni kadang2 bukan dari golongan orang tak berpelajaran malah yang educated pun ramai. Contoh macam cerita yang aku share semalam.. Pasal sipolan yang terlampau taksub dengan bomoh sanggup derhaka pada mak sendiri. Tu pun salah satu contoh orang yang aku kenal yang berpelajaran tinggi tapi bab2 bomoh dia jadi kuno tahap zaman jahiliah. Nak kata jahil agama pun tak juga tapi tak tau la kenapa dia tak yakin dengan rawatan Islam yang guna ayat2 Al Quran. Dia lebih yakin dengan bomoh jampi serapah tu..Terbaca satu kisah yang aku rasa patut kita jadikan pengajaran.. Nak2 lagi kita2 yang dah jadi bini orang ni. Biasa la perempuan kan dia paling takut laki dia ada perempuan lain. Aku pun sama jugak.. Tapi apa yang di luar kemampuan kita tu kita serah kepada Allah jer. Macam aku kadang2 setan dok hasut rasa curiga kat laki sendiri.. Apa aku buat Isytifar & aku fikir apa yang di luar mata aku untuk melihat, Biar Allah je tolong jaga & lihat sebab Allah tu lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Sampai nak bomohkan atau sihirkan laki aku.. Bagi makan benda2 kotor tak terlintas langsung. Tak berani aku nak buat benda2 macam tu hanya sebab nak control laki sendiri. Benda2 macam tu bersifat sementara jer.. Akhir nanti akan makan diri kita balik
Macam kisah seorang perempuan ni.. Dia sanggup bagi laki dia makan benda yang di campur darah haid & air mani semata mata tak nak bagi laki dia cari perempuan lain & ikut je cakap dia. Akhir sekali sebelum mati dalam usia yang masih muda.. Dalam 30an macam tu dia di azab agak teruk. Dia di jangkiti penyakit misteri yang doktor pun tak dapat merawat. Berhabis duit laki dia cuba merawat penyakit misteri dia.. segala perubatan moden.. alternatif.. bomoh semua tak berjaya. Penyakit dia mula2 badan dia jadi melepuh.. Lepas melepuh naik bintik2 macam katak puru. Kemaluan dia keluar lendir & nanah yang busuk. Sampai la satu hari.. Lepas suami dia meminta bantuan dari seorang ustaz..Dia mula mengaku apa yang dia buat pada laki dia selama ni. Dia sihirkan suami dia.. kemudian curang dengan lelaki lain sampai tahap berzina. Selepas suami dia ampunkan dia barulah dia boleh pergi dengan tenang. Tu baru kat dunia kena azab kat sana tak tau la macam mana... Na'uzubillah..
Tapi ada juga kisah di kalangan orang aku kenal.. Buat lebih kurang macam tu kat laki dia. Bagi makan benda2 kotor dengan niat nak tundukkan suami dia. Tapi nampak macam tak ada pun kesan.. Kena juga azab dari dok sihat tetiba jatuh & terus jadi lumpuh separuh badan. Nak di jadikan kisah masa dia sakit still dok nak menipu tu ni.. Anak dia sendiri bongkarkan segala apa dia pernah buat dulu sebab terlampau marah dengan sikap mak dia yang tak berubah ubah. Anak membesar dengan melihat perbuatan mak dia macam tu bagi kesan trauma.. Bila anak dia dah besar & kahwin benda tu bagi kesan juga sebab dia rasa tak percaya takut apa yang mak dia buat pada ayah dia.. Bini dia buat benda yang sama. Benda jahat ni memang bukan orang yang kita jahati je terkesan.. Malah boleh memberi kesan tekanan & trauma kepada orang2 sekeliling jugak. Kita ada Allah.. Mohon kepada Allah bukan tunduk pada jin & syaitan semata mata nak puas kan hati sendiri.
Nikmat dunia ni sesungguhnya terlalu sementara. Azab yang kita bakal terima kadang2 tak sempat tunggu mati kat dunia lagi Allah dah bagi rasa. Moga kisah2 macam ni kita jadikan pengajaran selama kita hidup.. Suami pun salah satu bentuk pinjaman tak perlu kita nak buat hak sampai macam tu sekali. Banyak doa2 kita boleh amalkan untuk lembutkan hati suami.. tak perlu nak guna sihir & bagi makan benda2 kotor. Kita bukan nak tongkat langit selamanya.. Sampai masa kita.. Innalillahhiwainnalillahhirojiun jugak..
Moral of the story.. Tak ada seorang perempuan sanggup berkongsi suami tanpa sebab musabab tapi bukan bermakna kita boleh buat apa sahaja sehingga mensyirikkan Allah semata mata nak ikat suami supaya setia dengan kita. Ingat Azab Allah tu kita akan terima juga.. samada lambat atau cepat je.