Showing posts with label raba. Show all posts

WARGA ASING RABA PEREMPUAN MELAYU DEPAN SOGO

WARGA ASING RABA PEREMPUAN MELAYU DEPAN SOGO. Semalam terbaca satu status yang hari ni dah jadi viral pasal kisah seorang penyanyi jalanan yang guna nama kat FB dia Genji Busker. Katanya masa dia tengah siap2 nak perform depan sogo dengan bini yang baru je di kahwini.. Inai pun tak pudar lagi tiba2 ada sorang mat nepal datang peluk bini dia dari belakang & meraba badan bini dia. Sapapun sebagai lelaki tak kira la suami ke tidak.. Kalau tak hentak manusia kurang ajar macam tu memang bukan nama lelaki la. Inikan suami sendiri yang tengok benda tu orang buat kat bini dia.


Yang paling aku marah.. perbuatan tu dia berani buat kat tempat awam yang ramai orang. Depan sogo beb! Sogo korang tau la.. tak pernah tak ada orang. Kalau dah tempat ramai orang macam tu pun warga asing berani nak mencabul gadis tempatan.. Bayangkan kalau kita kaum perempuan ni berada kat tempat yang memang tak ada orang tetiba datang warga asing macam tu.. Apa akan jadi?? Ya Allah.. sesungguhnya semakin ramai depa di angkut ke negara semakin berani depa buat jenayah secara terang terangan.


Paling aku rasa nak hentak.. Setelah di belasah hingga pengsan mat nepal tu, dia di serahkan kat polis bantuan malangnya lepas tu mat nepal tu di lepaskan macam tu je. Tak di serahkan ke balai polis. Amboi.. semudah tu settle kes cabul memang 'Malaysia masih aman' la...


Ni nak angkut lagi 1.5 juta bangla kat Malaysia.. Ada orang kata bangla tak bahaya, tak gatal & tak ganas macam orang nepal. Tapi kalau dah ramai sangat kat Malaysia nanti, percayalah depa rasa depa semakin kuat & depa pun mula berani buat apa saja termasuk kacau  perempuan tempatan. Bukan tak ada kes bangla rogol perempuan tempatan. Jadi, dengan angkut semua makhluk asing ni kat Malaysia.. memang akan meningkatkan lagi kes jenayah, penyakit berjangkit & macam2 lagi perkara buruk. Bukan kata orang malaysia ni semua baik baik.. Kat Malaysia pun dah sedia ramai orang jahat kalau di tambah dengan penjahat warga asing maka pesta jenayah la kat Malaysia ni.

Yang nama manusia ni memang ada jahat & baik tak kira apa bangsa & warganegara. Sebab tu kadang2 ada manusia tak suka bergaul sesama manusia lebih selesa hidup dengan haiwan sebab haiwan peliharaan terutama kucing & anjing ada sesuatu keistimewaan yang tak semua orang tahu.

Apa yang aku sangat harap.. 1.5 juta warga bangladesh tak jadi masuk ke Malaysia.. kalau jadi jugak aku doakan anak zahid hamidi, icon belia negara tu di temukan jodoh dengan mat bangla kerja petrol pump. Sebab Zahid Hamidi mesti suka punya... Kalau dia tak suka bangla masakan dia beriya sangat nak memeriahkan negara Malaysia ni dengan mat bangla. Hahaha

SERAM! LEMBAGA BERBULU POHON NIPAH SEBELUM MERDEKA

SERAM! LEMBAGA BERBULU POHON NIPAH SEBELUM MERDEKA. Bersempena Hari kemerdekaan yang ke 58, #sehatiSejiwa katanya tema tahun ni. Segmen seram serik lekat lekit pun nak berkongsi satu cerita seram zaman pra merdeka. Tahun kejadian tak sure pulak bila tapi katanya kisah seram ni berlaku sebelum merdekalah.. Kalau sebelum merdeka kejadian ni sebelum tahun 1957 la kan. Zaman pra merdeka ni memang terkenal la dengan cerita2 mistik ni.

Sekadar Hiasan. Sumber Google

alkisahnya seorang lelaki yang suka cakap besar.. Dipendekkan cerita pada satu malam tu dia keluar melepak kedai kopi. Walau di tegah bini dia sebab hari nampak nak hujan tetap dia pergi jugak. Kalau jenis degil ni, memang tak makan saman. Jenis camni makan pelempang je tapi kalau bini lempang suami kang derhaka pulak kan. Punya syok lepak sambil borak2 dengan geng dia kat kedai kopi sampai tak sedar dah tengah malam. Nasib baik hujan mula turun renyai2.. baru dia sedar dah tiba masa pulang kepangkal jalan. Bila hujan dah bagi signal cepat dia bayar duit kopi mula nak berlari2 anak pulang kerumah walau tokei kedai kopi tu nasihatkan supaya bermalam kat kedai kopi je. Di tambah lagi kawan2 dia yang lain dok momokkan dia dengan macam2 cerita seram tapi biasa la jenis orang suka cakap besar ni selamba jer dia balas.. Dia bukan jenis penakut. Kalau ada hantu menyakat katanya dia buka je kain nanti bersepah hantu tu lari. Yelah.. kalau petua orang tua2 dulu kalau jumpa hantu suruh selak kain kan... Tak tau la apa relevannya hantu takut tengok benda2 dalam kain. Hantu malu ke apa tak sure la pulak aku.

Pulanglah sang lelaki degil & suka cakap besar tu kerumah berjalan kaki dengan bercahayakan lampu suluh. Dalam perjalanan tu dia siap nyanyi2 lagi.. Almaklumlah orang tak takut katanya. Sesampai di satu pohon nipah.. tiba2 pokok tu bergoyang seolah olah ada sesuatu di celah pokok nipah tu yang membuatkan pokok tu bergoyang. Tadi cakap besar pokok goyang pun dia dah cuak. Sebab nak hilangkan rasa takut dia terus menyanyi dengan lebih kuat. Tapi makin kuat pulak pokok tu bergoyang. Sebab taknak kalah dia pun ugut la nak selak kain kalau benda tu terus takutkan dia. Tiba.. tiba... satu tangan berbulu lebat keluar dari celah pohon nipah tersebut. Tergamam & terkaku sekejab jadinya. Dalam takut takut sekali lagi dia ugut makhluk tu nak selak kain. Tangan berbulu tu semakin memanjang & menuju kearah dia. Hanya tangan anggota badan yang lain memang tak nampak. Sebab tangan berbulu tu terus menakutkan dia.. tanpa fikir panjang dia menyelak kain tapi malangnya tangan tu semakin memanjang kearah dia. Takde kesan sampingan pun walau dia selak kain. Jadi, mitos je katanya jumpa hantu selak kain hantu lari. Malah hantu tangan berbulu nampak lagi syok bila pakcik ni selak kain.

Bila dia selak kain tangan tu semakin memanjang kearah dia & meraba kemaluan dia. Sebab terlalu takut dia pecut sekuat hati tapi yang pelik tangan tu masih tetap meraba & terus meraba. Confirm hantu betina ni gatal semacam je hahaha. Sampai je dirumah dia terus masuk & terduduk bersandar tanpa kain. Hanya berbaju melayu & songkok. Kain dah terlucut masa dia berlari. Confirm tak pakai spender.Ops.. hehehe. sebab dia jerit habis terkejut family & jiran tetangga. Semua pakat datang menyuluh kearah dia yang tak berkain. Bila nampak dia tak berkain menjerit la yang perempuan.. Cepat2 anak2 dia pergi ambil kain tutup apa yang patut. Selepas kejadian tu.. demam seminggu.

Moral of the story.. Petua lama ni bukan semua boleh ikut nak2 lagi petua yang tak ada alasan & tak logik macam kalau nampak hantu selak kain. Hantu tak lari kita yang balik rumah bertelanjang. Hahahaha

Sumber : Cerita seram sebelum merdeka

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com