Aduhai streamyx berpuasa sejak tengahari semalam sampai la petang ni. Ni pun baru kejab tadi je dah ok. Entah apa masalah sang lekit tak pasti sebab sepanjang streamyx down en hubby jer dok follow up dengan TM. Sang lekit sejak semalam tak berapa sihat bukan demam tapi perut, kaki, tangan & badan rasa sakit & sengal - sengal. Almaklum la dah semakin sarat sana sini sakit & tenaga pun makin kurang.
Hari ni hari yang ke seterusnya check up. Hari ni takde sebarang suntikan di ambil sebabnya 2 minggu lepas baru buat ujian darah & ambil suntikan kancing gigi yang terakhir. Dua minggu lagi baru kena ambil darah. Sang lekit ada jugak tanya Cik Misi pasal suntik & ambil darah ni memandang kan bulan puasa. Dia kata puasa tak batal, jadi sang lekit yang kurang infomasi pasal ni rajin la nak search. Hasil carian sang lekit nak share la dengan semua.
Carian google
Untuk mereka2 yang masih tak tahu macam sang lekit ni sebenarnya suntikan @ derma darah, ambil darah untuk tujuan pemeriksaan kesihatan memang tidak membatalkan puasa. Mungkin ada juga yang masih keliru terutama golongan lelaki jika bermimpi sesuatu sehingga mengeluarkan air mani semasa berpuasa secara tidak sengaja (ada ke mimpi di sengajakan??) juga tidak membatalkan puasa. Jadi jangan ragu - ragu untuk meneruskan puasa korang jika terjadinya perkara - perkara yang sang lekit sebutkan tu. Untuk lebih rujukkan tentang perkara2 yang membatalkan & tidak membatalkan puasa korang boleh buat rujukan
DISINI &
DISINI.
Jadi terurai la persoalan sang lekit pasal suntikan & ambil darah. Moga perkongsian ilmu yang sedikit ni dapat memberi manafaat kepada kita semua & moga ramadhan kali ni membawa seribu keberkatan kepada kita semua.