Dia kata lagi orang kutuk lagi murah rezeki.. Rezeki tu aku taknak la pertikai sebab siapa usaha, Insya Allah ada rezeki untuk dia. Tapi kalau kualiti drama dia tu.. Bukan pasal rezeki tapi kalaupun dia dapat publisiti dia kena tahu level publisiti dia dapat dari drama Hello Mr Perfect tahap lubang jamban je. Memang murahan sangat kalau dia nak rasa bangga dengan drama tu. Sepatutnya ambil pengajaran & terbitkan drama2 yang lebih berkualiti, ni rasa bangga pulak drama kena kutuk. Bila orang kutuk akan sebut drama tu, Bila orang sebut ramai yang tahu tentang drama tu so orang akan tengok untuk join mengutuk. Rupanya ramai orang Malaysia yang suka di kutuk untuk mempopularkan produk mereka. Ingat Dato Vida je macam tu... Hahahaha
Sumber Beautifulnara |
Malu la sikit penerbit drama Melayu Ooi.. Filem & drama Melayu ni asyik adaptasi tak habis2. Musim korea depa pun nak buat filem & drama ala2 korea. Bila musim cerita novel.. Manjang drama & filem adaptasi novel. Asyik cerita copypaste idea jer. Cemuih Aih..
Moral of the story.. Kalau spesis penerbit drama & filem Melayu macam ni memang takat tayang kat tv3 yang taste cerita2 bodoh je la drama & filem kita ni. Jangankan nak keluar tv korea.. Nak keluar kat stesen tv Indonesia pun tak lepas. Buat cerita bodoh semata mata nak kena kutuk sebab senang sikit meletop kalau kena kutuk ni memang kategori penerbit paling syok sendiri. Hope Apa2 anugerah untuk industri hiburan nanti tambah lagi satu award untuk tu sebab aku nak undi penerbit drama hello mr perfect ni. Hahahaha