PENERBIT DRAMA HELLO MR PERFECT TAK KISAH KENA KUTUK ASAL MELETOP

11/20/2015 10:22:00 AM suria lekatlekit 6 Comments

PENERBIT DRAMA HELLO MR PERFECT TAK KISAH KENA KUTUK ASAL MELETOP. Sedih aku baca statement dari penerbit drama Hello Mr Perfect ni tau. Dia punya confident level drama dia meletop macam popcorn tengah masak memang sangat menyedihkan. Gamaknya dia memang taste drama2 sampah kot. Tu yang dia suka terbitkan drama2 tahap najis macam tu. Aku tak kutuk semua drama melayu.. hokay! Sekarang aku tengah kutuk drama hello mr perfect. Kena mention satgi peminat drama melayu tetiba sentap aku jugak yang di label negatif.


Dia kata lagi orang kutuk lagi murah rezeki.. Rezeki tu aku taknak la pertikai sebab siapa usaha, Insya Allah ada rezeki untuk dia. Tapi kalau kualiti drama dia tu.. Bukan pasal rezeki tapi kalaupun dia dapat publisiti dia kena tahu level publisiti dia dapat dari drama Hello Mr Perfect tahap lubang jamban je. Memang murahan sangat kalau dia nak rasa bangga dengan drama tu. Sepatutnya ambil pengajaran & terbitkan drama2 yang lebih berkualiti, ni rasa bangga pulak drama kena kutuk. Bila orang kutuk akan sebut drama tu, Bila orang sebut ramai yang tahu tentang drama tu so orang akan tengok untuk join mengutuk. Rupanya ramai orang Malaysia yang suka di kutuk untuk mempopularkan produk mereka. Ingat Dato Vida je macam tu... Hahahaha

Sumber Beautifulnara

Malu la sikit penerbit drama Melayu Ooi.. Filem & drama Melayu ni asyik adaptasi tak habis2. Musim korea depa pun nak buat filem & drama ala2 korea. Bila musim cerita novel.. Manjang drama & filem adaptasi novel. Asyik cerita copypaste idea jer. Cemuih Aih..

Moral of the story.. Kalau spesis penerbit drama & filem Melayu macam ni memang takat tayang kat tv3 yang taste cerita2 bodoh je la drama & filem kita ni. Jangankan nak keluar tv korea.. Nak keluar kat stesen tv Indonesia pun tak lepas. Buat cerita bodoh semata mata nak kena kutuk sebab senang sikit meletop kalau kena kutuk ni memang kategori penerbit paling syok sendiri. Hope Apa2 anugerah untuk industri hiburan nanti tambah lagi satu award untuk tu sebab aku nak undi penerbit drama hello mr perfect ni. Hahahaha

6 comments:

  1. Adeh! deh! deh! teruknya mentaliti penerbit drama nih!
    Habih camno nak sokong drama melayu kalau dihidangkan cerita sampah cenggitu. Pastu katalah kita yang penonton ni pulak tak sokong drama melayu, berlagak katanya nak tengok citer omputih jer... huhuuuhu..

    ReplyDelete
  2. Aku pun ikut sentap dengan mentaliti A.Aida ni... takkan setiap masa nak orang kutuk untuk naikkan rating karya yang dia buat?? hishhh..... Murali Abdullah yang kadang jalan cerita bengkang bengkok pun, lagi best kisahnya....

    Aku layan Akulah Balqis je sekarang sebab pelakon2 berkualiti.. jalan cerita tentang realiti kehidupan... nak tengok pun best.... karya Pali Yahya..

    ReplyDelete
  3. Tak layan cite Hello Mr Perfect tu. Kenapa Suria? Jamban sangat ke cite tu?
    Sekarang maktgh layan Tuan Anas Mikael. Suka tengok hero dan heroinnya...Yang tak faham camne si Ayu tu boleh keje ngan Tuan Anas pulak.... Eh....melalut pulak hihi

    ReplyDelete
  4. a.aida ni memang dari dulu gini.
    drama dia semua nya ke laut.
    pastu buat lagu sendiri yg ntah apa2.
    tapi tu la, dia muka tembok.
    langsung takde usaha nak naikkan martabat citer melayu ke tahap yg lebih tinggi.

    ReplyDelete
  5. Cam gitu pon bole ek...bior le nak kutuk ke hape yg penting meletup katenye...kes naya betol...nasib akak tak terjebak tengok drama2 camni kalau tak abis tv meletup aku kejekan...hahaha...

    ReplyDelete
  6. lantak ko la ..ko ingat meletup sgt ke .. aku tak tgk pun drama ko tu ...ceh!!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com