Showing posts with label 14 tahun. Show all posts

NUR AMIRAH, 14 TAHUN KANTOI MENIPU KENA CULIK

NUR AMIRAH,14 TAHUN KANTOI MENIPU KENA CULIK . Memang sakit hati aku baca berita terkini kes budak perempuan 14 tahun yang kononnya kena culik dengan Van putih. Bila tahu ia cuma helah dia nak menggatal ikut jantan kemudian berlakon call kakak dia konon kena culik.. Kau tak tau dik.. Aku ni sampai dok fikir macam mana nak hantar anak pergi & balik tadika bermula minggu depan. Trauma beb! Trauma tau tak?? Aku ada anak perempuan dik.. Kau buat perangai macam ni buat 1 Malaysia panik bukan mak bapak kau jer dik. Kau memang layak makan maki setahun la dik..


Aku memang marah giler.. Sebab budak2 sekarang memang suka buat macam tu. Lari ikut jantan kemudian nak tutup rahsia buat macam kena culik. Apa kau ingat benda2 macam ni best sangat ke? Ni zaman media sosial dik.. Cerita & berita semudah 1 clik boleh tersebar seluruh dunia. Orang lain cuak nak mampus pasal kau.. Kau elok jer dok beromen serumah dengan jantan. Apa kau ingat rakyat malaysia ni semua pencacai kau, nak buat macam tu.


Budak2 macam ni elok kurung dalam pusat pemulihan je. Kurang ajar tahap bukan tak hormat mak bapak.. Tahap menyusahkan satu negara dah. Kalau ikut rasa hati rasa nak pijak2 sampai lunyai je. Sebab kes ni buat aku makin fobia.. Anak aku pun terkesan dengan benda2 macam ni bila mak bapak dia jadi semakin overprotect. Sapa tak sayang anak dik Ooi.. Mak kau entah2 berapa hari tak makan risaukan kau!


Tolonglah adik adik.. Kalau kau gatal sangat nak merenyam dengan jantan jangan sesekali dok buat cerita kena culik. Benda ni bukan melibatkan keluarga kau je malah melibatkan kes jenayah. Ingat dik.. berseronok dengan boyfriend yang tentu jadi laki kau tak menjamin apa2 dalam kebahagian dalam hidup cuma keseronokkan sementara je. jangan nanti kau asyik nak cari kebahagian kat luar kau kehilangan benda benda macam ni >> Jutawan pun tak mampu beli 8 Benda ni.. Jadi Hargailah Jika Anda Memilikinya << Yang bakal buat kau menyesal kemudian hari.

Moral of the story.. Tolong la budak budak.. Jangan buat kami mak mak yang ada anak ni jadi meroyan pasal perangai hangpa yang tak semegah tu. Akak dulu pun gatal jugak.. cintan cintun jugak tapi tak pernah sampai nak lari ikut jantan kemudian create story kena culik bagai.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com