Showing posts with label fatwa. Show all posts

FYNN JAMAL DI KECAM ISU JANGAN SOLAT SEPERTI ANJING

FYNN JAMAL DI KECAM ISU JANGAN SOLAT SEPERTI ANJING. Tertarik pulak aku dengan kontroversi yang semakin viral tentang Fynn Jamal ni.. Actually bukan la aku nak komen pasal kenyataan berani dia tentang solat tu.. Cuma tertarik dengan teguran seorang ilmuan alim dan faqih terhadap Fynn Jamal & juga nitezen yang mengecamnya..


Satgi orang tak paham pulak kes apa solat macam anjing bagai ni.. Bagi yang tak ikuti kontroversi tu aku story sikit la yer.. Bukan nak mengaibkan Fynn Jamal ke sesapa.. Sekadar nak bagi jelas apa yang berlaku. Fynn Jamal memuat turun 1 video menerangkan cara solat yang betul. Dalam video tu dia dengan yakin cakap.. Solat lelaki & wanita adalah sama. Cara kita solat selama ni adalah salah.. Sebab masa nak sujud tu kita kepitkan ketiak kan.. Sebab terlalu yakin keluarkan fatwa konon cara tu salah maka Fynn Jamal di kecam. Yang pasal Solat macam anjing tu.. Dia mengaitkan dengan hadis Rasullullah katanya.. mengumpamakan solat macam tu solat macam anjing.. Alahai.. macam tak best pulak aku rasa nak tulis balik statement Fynn Jamal ni.. Korang tengok sendiri la video kat bawah ni..


Sebab terlalu yakin mengeluarkan fatwa sendiri.. Maka buat sekian kali Fynn Jamal di kecam. Tampil membetulkan kenyataan Fynn Jamal tu seorang ilmuan alim dan faqih.. Boleh baca penjelasan beliau kat bawah ni..

Ramai yg minta pada siapa saya tujukan status ptg tadi. Ni, ha mari kita dgq dulu penjelasan akak Fyn Jamal. Dia kata solat lelaki dan perempuan adalah sama. Dia menggunakan dalil hadith tapi tak kena pada tempatnya. Bukan nak serang tapi nak terang supaya kita tak terpengaruh! Semoga Allah berikan kefahaman yg benar pada Akak fyn Jamal dan kita semua.
Mari kita dengarkan penjelasan daripada ustaz yg benar2 ustaz dan mengaji.
Daripada Ustaz Abdul Rahman Dan Zaujah. 
SOLAT ORANG PEREMPUAN.
Ada satu video yang dikongsikan oleh rakan-rakan di mana dalam video tersebut, ada seorang artis mengatakan dengan tegas bahawa solat orang perempuan sama seperti solat lelaki sehinggakan kalau sujud pun tak payah nak rapatkan ketiak. Artis tersebut dengan penuh confident mengatakan bahawa perbuatan merapatkan ketiak tu SALAH. 
Baik. Sekarang kita tengok, apakah pandangan EMPAT MAZHAB dalam hal ini: 
M A Z H A B H A N A F I :
Disebutkan dalam Kitab Al-Durr Al-Mukhtar:
( والمرأة تنخفض ) فلا تبدي عضديها ( وتلصق بطنها بفخذيها ) لأنه أستر ، وحررنا في الخزائن أنها تخالف الرجل في خمسة وعشرين .
"Dan (ketika sujud) wanita hendaklah lengannya diturunkan / direndahkan (ke lutut) supaya dia tidak menzahirkan kedua lengannya. Dan hendaklah dia MERAPATKAN perutnya dengan kedua pehanya kerana yang demikian itu lebih tertutup. Dan kami telah tulis dalam Al-Khazain (mungkin nama kitab Hanafi) bahawa (solat) wanita berbeza dengan lelaki dalam 25 perkara". 
M A Z H A B M A L I K I :
1) Kata Ibnu Abi Zaid Al-Qairawani dalam Matan Al-Risalah (matan muktabar dalam fiqh Mazhab Maliki):
وهي في هيئة الصلاة مثله غير أنها تنضم ولا تفرج فخذيها ولا عضديها.
"Dan keadaan wanita dalam solat ialah seperti orang lelaki, cuma wanita MERAPATKAN dan tidak meluaskan kedua pehanya dan KEDUA LENGANNYA".
2) Kata pengarang Al-Syarh Al-Kabir:
أن المرأة يندب كونها منضمة في ركوعها وسجودها
"Bahawasanya wanita disunatkan MERAPATKAN (anggota badannya) ketika rukuk dan sujudnya"
Kemudian Imam Al-Dusuqi menghuraikan maksud kalam di atas dalam Hasyiah-nya:
أي بحيث تلصق بطنها بفخذيها ومرفقيها بركبتيها
"Iaitu: wanita hendaklah MERAPATKAN perutnya dengan pehanya, dan sikunya dengan lututnya". 
M A Z H A B S Y A F I E :
1) Untuk Mazhab Syafie, kita bagi Matan Abi Syuja' je lah:
والمرأة تضم بعضها إلى بعض.
"Dan wanita MERAPATKAN anggotanya antara satu sama lain".
2) Atau kalau nak rujuk Imam Syafie terus pun boleh. Kata beliau dalam Kitab Al-Umm:
والرجل والمرأة في الذكر والصلاة سواء ولكن آمرها بالاستتار دونه في الركوع والسجود بأن تضم بعضها إلى بعض
"Dan lelaki serta wanita adalah sama dalam hal zikir dan solat. Tetapi aku memerintahkan agar wanita menutup selain daripada apa yang dilakukan oleh lelaki ketika rukuk dan sujud, iaitu dengan MERAPATKAN sebahagian anggotanya dengan sebahagian yang lain" 
M A Z H A B H A N B A L I :
Imam Ibnu Qudamah menyebutkan dalam matan Fiqh Hanbali yang masyhur yang bernama Al-Muqni':
والمرأة كالرجل في ذلك كله ، إلا أنها تجمع نفسها في الركوع والسجود
"Dan wanita sama seperti lelaki dalam semua hal tersebut, kecuali wanita menghimpunkan dirinya (merapatkan anggota badannya) ketika rukuk dan sujud". 
K E S I M P U L A N :
Keempat-empat mazhab suruh wanita rapatkan lengan ketika sujud dan rukuk.
Sebagai tambahan, al-faqir ingin menyatakan beberapa perkara: 
1. Saya bukan nak menyerang. Tapi cuma nak bagi terang. Supaya lepas ni jangan mudah menghukum salah.
2. Saya juga dengan rendah hati ingin menasihatkan artis tersebut agar mencari guru fiqh yang bermazhab dan bukan yang baru nak mula mencipta mazhab. Nasihat ini juga ditujukan kepada semua yang membaca tulisan yang tidak seberapa ini.
3. Akhir sekali, saya menolak sekeras-kerasnya perbuatan orang-orang yang mencaci artis tersebut. Sayangilah dia. Firaun yang jahat tu pun Allah suruh Nabi Musa dakwah dia dengan lembut. Kamu ingat si artis tu lagi jahat dari Firaun ke? Atau kamu rasa kamu lagi mulia dari Nabi Musa?
Akhukum fi Al-Sunnah,
Abdul Rahman Ibn Harman Shah Raniri Al-Azhari Al-Syafie.- Kredit Mohammad Muzani

Apa yang paling aku tertarik adalah teguran dia pada nitezen.. Aku anggap teguran untuk diri aku jugak la walau aku tak terlibat pun dalam isu Fynn Jamal ni. Cuma mungkin sebelum ni pernah termelakukan perkara yang sama kan.. Sejahat jahat manusia tu tidak la sejahat Firaun yang mengaku Tuhan. Jadi.. Mungkin Fynn Jamal tersilap dalam perkara ni kerana tidak merujuk dulu kepada mereka yang lebih arif & lebih berilmu tapi tak bermakna dia sengaja nak sebarkan fatwa songsang. Rasanya dia tak ada niat sampai macam tu kot...

Apapun semoga jadi pengajaran kepada kita semua.. Nak menyebarkan apa perkara sekalipun terutama berkaitan hukum hakam melibatkan agama ni.. Pastikan rujukan kita itu sahih supaya tidak tersebar apa2 fatwa, hadis atau petikan ayat2 Al Quran yang palsu.

Moral of the story.. Apapun yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan peringatan agar tidak tidak termelakukan perkara yang sama di zaman Viral ni.

GEMPAR! ROKOK DI BAWA GUNA LORI BABI

GEMPAR! ROKOK DI BAWA GUNA LORI BABI. Tu dia sebelum ni dok dengar isu produk makanan kering yang katanya dekat kandang babi bagai.. Ni isu rokok pulak. Mesti perokok tak sabar nak tahu kan.. Rokok jenama apa la gamaknya di angkut guna lori babi ni. Adakah benda ni mengundang rasa geli & loya anda untuk merokok lagi? Agak mustahil perokok akan hilang keinginan merokok hanya sebab perkara ni tapi sebab dia satu berita yang best di sebarkan, maka jom la kita check rokok apa yang di katakan di angkut guna lori babi ni...


Kalau rokok yang masuk dengan laluan yang di kenakan cukai mustahil la ada isu angkut guna lori babi bagai... Melainkan rokok yang di kategorikan rokok tidak sah & masuk melalui laluan tikus. Salah satu sebabnya rokok ni tak menyumbang pada ekonomi negara.. erkkk. atau ekonomi pihak2 tertentu. Ops!!! Jangan lazer yer lekatlekit satgi mengintai dari tirai besi pulak kau!! hahahahahaha

Macam2 cerita pasal rokok ni.. Yang pasti gosip2 pasal rokok ni memang semua yang tak baik la. Dulu katanya makmal buat rokok ni macam reban ayam sekarang dah isu lain pulak pasal rokok ni. Kalau nak di cerita perkara perkara ngeri, jelik & geli geleman pasal rokok ni memang boleh panjang berjela la entri. Silap haribulan jadi entri berepisod pasal kisah rokok ni je. Kalau korang nak tahu banyak lagi cerita seram yang membantutkan selera anda untuk merokok korang baca je kat sini >> Tahu tak baru-baru ni rokok ni diangkut oleh lori babi? Gelinya! <<

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin berkata ,rokok seludup yang menggunakan lori babi adalah haram kerana terdapat kemungkinan ia bersentuhan dengan najis. Masalahnya sekarang bukan ke rokok tak kira naik lori babi atau naik flight sekalipun memang di fatwakan haram? Kalau aku silap fakta sila betulkan.

Moral of the story.. Antara perkara paling susah orang nak buat adalah berhenti merokok. Tapi kalau ada keinginan & tekad, Insya Allah boleh.

BABI HALAL DI MAKAN KALAU MELALUI TRANSFORMASI

Sejak isu cadbury kantoi ada DNA babi aku rasa hukum halal haram pun makin tunggang langgang di buatnya manusia. Dari mula2 ada babi.. tetiba jadi takde babi kemudian babi pulak boleh jadi halal kalau melalui proses transformasi @ perubahan zat.

Gambar sekadar hiasan. sumber google

Ni kecoh pulak pasal statement seorang Ulama katanya benda haram boleh jadi halal kalau melalui proses perubahan zat. Tu pendapat dari Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.


Aku terbaca artikel dari sinar harian lagi komen Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tetap kata benda tu haram walau melalui proses transformasi @ perubahan zat sekalipun. Benda halal bercampur benda haram tetap akan jadi haram. Kita bukan di tempat yang darurat sehingga menghalalkan kita makan benda haram tapi kat Malaysia ni banyak lagi kot benda halal kita boleh dapat untuk makan.

 Sumber Sinar Harian

Sekarang yang menjadi persoalan aku la kan.. yang kecoh sangat dok cari fatwa untuk menghalalkan babi tu kenapa? Adakah benar dalam cadbury tu memang ada DNA babi & sebagai nak mengembalikan keyakinan orang untuk makan cadbury maka statement2 camni di cari gali kemudian di sebarkan?? Kalau betul cadbury tu takde babi.. tak timbul isu babi jadi halal kalau melalui proses perubahan zat bagai. Ni buat aku semakin syak sesuatu ni...

Jadi, seperti biasa moral of the babi story..Islam je tak boleh makan babi atau benda yang ada unsur babi.. Tapi agama & bangsa lain takde larangan jadi biarlah mereka yang berhak makan je memakannya. Tak payah beriya sangat nak mempertahankan coklat bernama cadbury.. Bukan kita tak makan cadbury tak boleh jual langsung. Jual je la tapi klasifikasi sebagai makanan tak halal sudah. Peace!

P/S : So, pada uolls semua.. Samada halal atau haram, ada babi atau tak produk yang kontroversi tu pilih la jalan selamat.

VAKSIN ROTAVIRUS HARAM KERANA ADA UNSUR BABI

Sungguh den tak pernah tahu langsung. Samada den ni kurang alert atau den terlepas pandang selama ni tak tahu la. Alhamdulillah.. den tak apply vaksin ni untuk anak dara kecik den. Tapi pernah terbaca ada blogger yang pernah ambil vaksin ni untuk baby dorang. Mungkin dorang pun tak tahu jugak. Jadi mari kita berkongsi info secubit ni untuk panduan masa akan datang.

Gambar carian google

Masa dok layan status FB orang terjumpa satu komen yang menyatakan Vaksin rotavirus ni haram. Den try minta dia apa2 link yang berkaitan benda dia cakap tapi dia lambat je nak reply so kita google sendiri la. Okies.. den dapat satu info berkaitan di laman web e-fatwa.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vaksin BioThrax dan RotaTeg adalah tidak dibenarkan kerana:
Situasi kini dianggap tidak dharurat;

Terdapat bahan atau ubat alternatif selain penggunaan unsur babi dalam pemprosesan kedua-dua vaksin dan Tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan kedua-dua vaksin ini.

Islam mengharuskan berubat dengan benda-benda yang diharamkan sekiranya dalam keadaan dharurat iaitu tiada ubat alternatif yang lain adalah berpandu kepada Firman Allah s.w.t.,
Maksudnya : Dan tidak ada sebab bagi kamu, yang menjadikan kamu tidak mahu makan sari sembelihan binatang-binatang halal yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan ke atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya. (Surah al-An’am : 119)

RotaTeq pula ialah vaksin bagi mencegah kes rotavirus yang menyebabkan muntah dan cirit birit di kalangan kanak-kanak. Penggunaan Vaksin Biothrax dan Rotateq tidak diperlukan memandangkan Malaysia bukan dalam keadaan dharurat dan telah ada vaksin halal untuk kegunaan umat Islam di Malaysia

-Untuk info lengkap korang boleh baca sendiri kat sini >> Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya

Den baca jugak kat blog Dr Zubaidi yang jugak mengesahkan ada unsur babi dalam vaksin ni (boleh rujuk kat SINI ). Jadi kita bukan keperluan & darurat tak payah la kita bagi benda yang ada unsur babi ni kepada anak kita

Sekadar berkongsi info dengan semua.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com