Showing posts with label new delhi. Show all posts

PERKARA YANG ADA KAITAN DENGAN SHAH RUKH KHAN

PERKARA YANG ADA KAITAN DENGAN SHAH RUKH KHAN. Kat Malaysia ni bersepah peminat pelakon bollywood bernama Shah Rukh Khan sampai dapat title dato la kat Malaysia ni. Peminat Shah Rukh Khan ni memang setia dari zaman 90an sampai la sekarang. Hero yang di mata mereka sentiasa hensem & romatik. Untung kan pelakon lelaki hindustan ni. Selagi tak boroi selagi tu dok dapat watak hero walau heroin depa dulu dah tukar watak jadi mak mak jer.


Yang mengaku peminat setia shah rukh khan.. Apa yang anda bayangkan bila sebut Shah Rukh Khan.. lesung pipit dia ke? Rambut dia yang kekal fesyen yang sama dari dulu sampai sekarang? Tapi ada perkara yang korang tengok & baca je confirm perkara pertama teringat adalah shah rukh khan. Nak tau apa benda tu meh tengok kat sini >> Yang Ada Kaitan Dengan Shah Rukh Khan Mesti Anda Tahu << Confirm! Peminat Shah Rukh Mesti Ada Impian Nak Kesini

tak bollywood la kalau takde impian nak ke tempat di mana lahirnya bollywood star kan? Tu bukan peminat setia namanya.. Kalau peminat setia selalu dia minat apa saja yang tak salah untuk di minati yang ada kena mengena dengan orang yang dia minat. Sebab tu la.. kadang2 kita tengok peminat fanatik sampai sanggup ubah gaya rambut, fesyen pakaian ikut macam artis yang dia suka. Semua tu sebab terlampau minat sampai apa yang dia nampak pada artis kesukaan dia semuanya cantik.

Bila dah suka ni kita tak boleh nak cakap apa la.. Kadang2 benda buruk pun tetap dia suka sebab dah terlampau suka dia tak boleh nak bezakan benda baik & buruk orang yang dia suka buat. tetap dia nak menyokong. Tu yang bahaya kalau obses. Sebab tu la apapun kita buat secara sederhana agar kita boleh menilai mana yang buruk & mana yang baik di ikut.

DISEBALIK NEW DELHI YANG ANDA TIDAK PERNAH TAHU

DISEBALIK NEW DELHI YANG ANDA TIDAK PERNAH TAHU. New delhi... kalau sebut tempat ni apa perkara pertama yang korang ingat? yer.. betul. Taj mahal.. tak pun filem hindustan. Tu je la korang tahu kalau sebut pasal new delhi kan? Sebab banyak di paparkan dalam filem hindustan & terkenal dengan taj mahal dia. Lain2 semua hangpa tak tau. Sebab hangpa tak tau ni yang buat aku rasa nak bagitau supaya terbentang luas sikit pengetahuan hangpa.

Taj Mahal..

New delhi ni selain ada Taj mahal.. dia ada banyak jugak tempat yang mahal mahal namanya. Kiranya takde diskaun la.  Kalau tentang Taj Mahal semua orang tahu sejarah pembinaan dia. tapi aku ada baca kat wikipedia, selepas siap pembinaan taj mahal katanya arkitek & semua penukang yang terlibat dalam pembinaan di hukum. arkitek di pancung & penukang di potong tangan supaya mereka tidak boleh membina bangunan yang menandingi kehebatan taj mahal. Tapi dakwaan tu masih tiada bukti sahih. Tu tentang taj mahal yang mungkin kita tak pernah tahu. Tapi ada 2 lagi tempat mahal bukan kata kita tak tahu sejarahnya malah tempatnya pun mungkin kita tak pernah tahu. iatu hawa mahal & Jal Mahal.

Hawa mahal adalah sebuah istana sempena dinding skrin yang tinggi untuk kaum wanita dari keluarga di raja untuk melihat perayaan jalanan secara terselindung. Jal mahal pulak adalah sebuah istana air yang di bina pada abad ke 18. Tasik itu di jadikan tempat untuk golongan diraja melihat burung & menembak itik.

Patut la nama tempat tu mahal.. Yelah untuk kerabat di raja je.  Mana boleh murah murah ye dak? Tak raja la kalau murah katanya. hehehe... Ayah Pin je orang biasa yang ada istana. Kita2 ni memang tak mampu la nak bina istana walau dalam lagu P.Ramlee ada lirik yang macam ni.. Dengan cinta ku bina istana. Tu yang terbinanya Taj Mahal.. Betul la kan boleh bina istana dengan cinta tapi bukan cinta biasa siti Nurhaliza la. Kita level2 cinta biasa siti Nurhaliza nak bina rumah setingkat pun tak mampu lagi jangan berangan la nak bina istana. Kita bina badan dengan lemak2 kerana cinta sudah. hahaha

Tu antara 3 tempat yang ada nama 'mahal' tapi sebenarnya ada lagi yang anda tak tahu tentang new delhi ni. Kalau aku nak tulis confirm korang taknak baca sebab penulisan aku merapu meraban... Jadi untuk merungkai misteri apa yang ada kat new delhi meh baca kat sini >> New Delhi, Permata India Yang Menyimpan Banyak Cerita <<

Nak sampai ke sana tak tau la sempat ke tidak. Atau hanya mampu sampai dalam mimpi jumpa Dato Shah Rukh Khan sampai menari lagu kuch kuch hota hai sambil feelling Anjali. Sebab tau kemampuan diri buat masa ni belum layak ke new delhi maka aku berkongsi je la cerita tentang New Delhi kat blog agar anda yang level2 tak kaya macam aku mampu jugak meneroka New Delhi dengan hujung jari.

PESAWAT MAS MH114 TERLIBAT DALAM KEMALANGAN DI NEW DELHI

Dalam isu Mh370 yang masih menjadi misteri kehilangan tetiba sebuah lagi pesawat MAS yang terlibat dengan kemalangan.

Pesawat yang membawa 180 penumpang dan anak kapal itu di katakan di rempuh oleh sekawan itik menyebabkan cermin pecah tapi Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan cuma mungkin trauma jugak la kot sebab yelah.. MH370 masih lagi hilang tetiba Mh114 pulak terlibat dalam kemalangan kecil macam ni.
 -Sumber Sinar Harian-
Apapun syukur la semua selamat mendarat. Teruskan doa yang masih hilang.. Moga Allah memberi kemudahan pada misi mencari & menyelamat Mh370. Sehingga hari ini Allah masih mahu mendengar rintihan doa kita.. Dan sebab itu dia masih belum memberi petunjuk di mana pesawat MH370 berada jadi terus berdoa.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com