KALAU BOLEH.. SORANG 1 GAYUNG AIR PANAS PUN CUKUP
Antara perkara yang buat sang lekit tersentuh adalah penganiayaan terhadap binatang tak kira la yang halal di sentuh mahupun tidak. Kalaupun orang islam perlu menyamak bila pegang anjing yang basah.. kalaupun babi kita tak boleh bela @ sentuh tak bermakna kita harus menganiaya mereka, kan??Hukuman bagi mereka yang mendera @ menganiaya haiwan ni sangat2 menyedihkan. Hukuman yang di terima pada penjahat ni sangatlah bagi sang lekit tidak berbaloi dari penderitaan yang di terima haiwan tersebut. Setakat denda 1 hari penjara & rm200 ringgit.. korang sendiri mau ingat la kan??
Sang Lekit ada ikuti fanpage2 yang memperjuangkan nasib haiwan2 ni.. Dorang banyak post pasal haiwan2 terbiar & haiwan2 yang di aniaya. 1 berita menyedihkan apabila seorang manusia yang meniaga mee wantan yang di laporkan selalu menyimbah air panas pada anjing2 yang lalu di depan gerainya. Bila kes ni di hadapkan kemahkamah.. hukuman yang di terima penjahat ni cuma itulah... denda RM200 & penjara sehari sedangkan kesakitan yang di tanggung haiwan2 tersebut bukan boleh sembuh dalam 1 hari kalau hantar ke klinik haiwan untuk rawatan pun RM200 tu pun tak cukup kos. Rasanya undang2 perlu di fikirkan semula.. Haiwan juga makhluk Allah.. haiwan juga punya hak di bumi Tuhan ni tetapi hak mereka di pandang remeh & di pandang tidak penting.
Gambar di ambil dari Fanpage Kucing Terbiar & Anjing Jalanan
Sebab mereka haiwankah.. undang2 tidak menyebelahi mereka?? Sebab mereka tak berakal.. tak mampu upah peguam.. tak mampu buat perhimpunan untuk tuntut keadilan.. tak mampu bersuara macam manusia.. maka hak mereka di bumi Tuhan di rampas dengan rakus oleh makhluk bernama manusia.
Sebagai rakyat yang mengecam kekejaman terhadap haiwan.. Sang Lekit bersuara dari entri ni. Suara kecil yang mungkin tak siapapun peduli tapi sang lekit tetap nak jadi salah satu suara yang bersuara untuk memperjuangkan nasib haiwan.
P/S : Cicak pun tak mampu aku bunuh atas dasar rasa simpati.. inikan pula haiwan2 yang memang di jadikan untuk menumpang kasih sayang manusia.