Showing posts with label timbang kilo. Show all posts

APA ITU KRIM ABAL ABAL

APA ITU KRIM ABAL ABAL. Sesejak suka melepak di aplikasi sosial tiktok ni ada saja la benda baru den belajar. Sebab tiktok ni dia tak sama macam facebook, instagram atau twitter. Biasanya kita akan nampak posting atau content di kalangan kawan, kawan atau konten konten viral sahaja. Tapi di tiktok di fyp akan muncul macam macam content dari serata negara buat secara tak langsung kita akan ikuti juga walau kita follow pemilik akaun tersebut.

Biasa la indonesia & malaysia ni kan jiran. Kadang kadang jadi teman bergaduh kat media sosial & kadang kadang dalam sesuatu isu masih sependapat & boleh bekerjasama. Adat berjiran katanya.

Seperti ramai sedia maklum saya memang suka isu isu berkaitan produk. Kat tiktok Indonesia sekarang dah nampak golongan profesional kesihatan & kecantikan mula tampil memberi kesedaran tentang produk produk kosmetik yang bahaya di indonesia. Antara yang tengah trending selain Dr Richard lee.. ada juga dr Ika. Kedua dua adalah dari bidang Aesthetic. So memang mereka layak untuk bercakap berkaitan produk kecantikan ni.

Kalau hangpa ada ikuti tiktokers indonesia atau kedua dua Dr Aesthetic ni di tiktok mesti biasa dengar istilah krim abal abal. Depa kan orang Indonesia jadi depa menggunakan bahasa Indonesia la dalam content video mereka. Kat Indonesia walau cina tu wajib tahu berbahasa Indonesia ok. Tu bezanya dengan Malaysia.

Mungkin ada di antara kita yang kurang jelas apa makna krim abal abal tu? 

Krim abal abal tu adalah produk yang tidak berdaftar dengan kementerian kesihatan. macam malaysia KKM tapi kalau di Indonesia BPOM. Selain itu ia juga merujuk kepada produk yang tidak selamat. Contoh produk yang mengandungi bahan terlarang seperti racun berjadual & ubat terkawal yang tidak di benarkan pada produk.

Kalau kat Malaysia ni krim abal abal tu produk sampah, produk timbang kilo, produk beracun & sewaktu dengannya. Maksud dia sama macam krim abal abal la cuma beza sebutan & istilah je la.

Kat Malaysia kita pun ada aktivis yang berani melawan produk produk macam ni juga. Contohnya Khairul yoi, Dr Rusyainie ramli. Dr Rusyainie pun ada menulis buku tentang produk sampah. Dan ramai lagi la. Nak list semua banyak sangat.

Sekarang ni tak susah nak belajar mengenali produk tidak selamat. Kalau kat facebook cuma taip sahaja kata kunci di ruangan search.. contoh nak tahu tentang ciri ciri produk timbang kilo. Taip je ciri ciri produk timbang kilo bersepah info percuma boleh dapat. Begitu juga dengan fungsi carian google. Tapi masalahnya ramai tak nak belajar tapi lebih percaya pada tipu daya founder & penjual produk beracun. Lebih menyedihkan lagi orang yang berusaha menyampaikan kesedaran di anggap jahat, dengki & cuba menutup rezeki orang lain.

2021 saya sendiri pun memilih..kita memberi kepada yang ingin menerima. Kita menentang pada yang menganiaya. Yang tahu tapi tetap statik untuk kekal bersama sesuatu yang memudaratkan..kita sedekahkan Al Fatihah je la. Yang tu dah tak boleh nak bagi hidayah.

Apapun semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada yang membaca blog lekatlekit.com

DALAM UBAT HOSPITAL PUN ADA HYDROQUINONE KENAPA DALAM SKINCARE TAK BOLEH?

DALAM UBAT HOSPITAL PUN ADA HYDROQUINONE KENAPA DALAM SKINCARE TAK BOLEH?? Minggu ni sahaja asyik terbaca viral pasal 1 produk skincare ni.. erkk sebenarnya yang tengah hot sekarang ada 2 local brand produk. Dua dua tu memang dah selamat KKM senaraikan sebagai produk yang mengandungi bahan terlarang iatu racun berjadual yang biasa di jumpai dalam banyak local skincare ni. Kita sedia maklum kan.. Kat Malaysia tengah 'In trend' produk jenama sendiri di mana material di bekalkan oleh pihak kilang yang mana gigih sangat nak jadi 'ponder' cuma perlu keluarkan modal untuk beli produk ni dari kilang OEM.. tempek la label jenama sendiri kemudian pepandai la hang nak market macam mana. So jangan pelik kalau nampak krim yang warna sama, bau sama, jenama berbeza di kesan mengandungi racun yang sama yer..

Semalam terbaca satu screenshot conversation antara seller product (saya agak jer) dengan mungkin customer pasal 1 produk ni yang ada 2 Item dalam set skincare dia di kesan mengandung racun berjadual iatu Hydroquinone. Hydroquinone ni memang sengaja di campurpalsu dalam produk bagi tujuan pemutihan, mengatasi masalah jerawat & jeragat yang serius bagi memberi kesan kecantikan yang cepat. Sebab tu tak pelik depa pakai produk yang ada hydroquinone (normally tidak di beritahu la ada ingredient hhydroquinone dalam produk kosmetik) sekejab je muka dah putih melepak macam mayat, kulit licin macam cermin, pink pink macam oink oink.. Hydroquinone ni la yang berfungsi melakukan perkara tersebut.


Berbalik pada conversation tadi si seller nampak cuba manipulasi kenyataan dengan mengaitkan hydroquinone yang terdapat dalam ubat. Yer Hydroquinone adalah dalam kategori ubat terkawal yang hanya boleh di berikan oleh petugas kesihatan profesional seperti doktor sahaja. Tidak boleh di letakan dalam produk kosmetik seperti skincare. Sebab ia amatlah bahaya jika di gunakan tanpa pemantauan petugas kesihatan seperti doktor.

produk yang mengandungi hydroquinone adalah dikawal sebagai produk farmaseutikal dan perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di mana produk tersebut hanya boleh digunakan di bawah pengawasan professional kesihatan sahaja. 
Salah guna hydroquinone di dalam produk kosmetik 
Kegunaan hydroquinone di dalam produk kosmetik seringkali dikaitkan dengan produk pencerah kulit muka atau merawat masalah pigmentasi. Memandangkan produk kosmetik tidak boleh mengandungi hydroquinone maka mana-mana produk kosmetik yang dikesan mengandungi hydroquinone adalah dikategorikan sebagai produk yang dicampurpalsu. Produk kosmetik yang dicampurpalsu adalah menyalahi garispanduan dan peraturan yang ditetapkan.
Penggunaan produk yang mengandungi hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan pelbagai kesan mudarat. 
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata. 
Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini malah kulit menjadi hipersensitif. 
Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) dan proses ini boleh menyebabkan berkurangnya perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya di mana ia boleh meningkatkan risiko kanser kulit. 
Penggunaan produk ini dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan kulit menjadi hitam seperti tompok-tompok apabila terdedah kepada cahaya matahari. Keadaan ini dikenali sebagai exogenous ochronosis dan kesannya mungkin berkekalan serta amat sukar dirawat.
Sumber : http://www.myhealth.gov.my/hydroquinone-dalam-sediaan-kosmetik/?fbclid=IwAR1pkx4LxC981r64Fufl8wxdCtoeSb7M3Ho5GKqPjf5sVfnf8u-2Sz1jvH8

Senang faham macam ni la yerk.. produk mengandungi hydroquinone selamat di gunakan jika di beri oleh doktor sebab dia je tahu keperluan anda mengambilnya & berapa dos hydroquinone tu di perlukan mengikut masalah kulit yang hangpa hadapi tapi kalau dia di letakan dalam produk kosmetik macam skincare di jual & guna tanpa pemantauan petugas kesihatan profesional ia jadi salah la. Sebab tu kalau produk yang mengandungi hydroquinone di kesan.. KKM akan menarik balik Notifikasi (NOT KKM) bagi yang berdaftar. Bahaya tau hydroquinone dalam produk skincare ni jangan ingat sebab ia di gunakan untuk rawat masalah kulit.. semua orang boleh jual sesuka hati produk mengandngi hydroquinone. Dia memang tak boleh jual hanya boleh di berikan oleh profesional kesihatan sahaja iatu doktor ok! Selain doktor setakat seller/agent/dropship malah Founder sekalipun tak boleh!!! Hangpa yang masih pakai dengan 'tagline' aku pakai ok jer.. Takkan nak tunggu kena kanser kulit dulu baru nak percaya benda tu sebenarnya bahaya & Tak ok! Cegah sebelum parah adalah lebih baik dari merawati.


Pengguna dinasihatkan untuk mencari maklumat yang betul sebelum membeli sesuatu produk kosmetik dan tidak membeli atau menggunakan produk kosmetik daripada sumber yang meragukan seperti dibeli dari pasar malam, kaki lima atau belian atas talian (online). Di samping itu, pengguna juga dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan dan sebarang bentuk promosi yang membuat tuntutan yang melampau serta menjanjikan kesan positif dalam masa yang cepat.

Pengguna dan orang awam boleh menyemak status notifikasi produk kosmetik di laman sesawang rasmi BPFK iaitu www.bpfk.gov.my sebelum membeli sesuatu produk kosmetik di pasaran. Senarai terkini produk kosmetik yang diuji dan dikesan mengandungi bahan terlarang seperti hydroquinone juga boleh disemak pada laman sesawang yang sama.

Sekiranya pengguna mendapat kesan yang tidak diingini akibat penggunaan produk kosmetik atau mensyaki produk yang dicampurpalsu, laporan atau aduan boleh dibuat kepada BPFK dengan menghubungi talian 03-788355537/5532 atau emailkan kepada kosmetik@bpfk.gov.my untuk diambil tindakan selanjutnya.

Moral of the story.. jadilah pengguna bijak anda mampu mengubahnya

JOM KENALI APA ITU KOSMETIK TIMBANG KILO

JOM KENALI APA ITU KOSMETIK TIMBANG KILO. Tu dia walau jenuh dok bagi kesedaran pasal kosmetik/produk timbang kilo ni tapi masih ada yang tak khatam khatam lagi. Saya pun selalu dapat PM tanya produk ni kilo ke tak.. produk ni selamat ke tak.. produk ni ok tak dah macam aku ni pakar menganalisis produk yang ada makmal sendiri kat rumah pulak.

Kita bukan pakar.. dengan tengok je kita dah boleh tahu produk ni selamat ke tak. Tapi di sebabkan lambakkan produk beracun @ produk kosmetik timbang kilo kita dah boleh kenalpasti melalui ciri ciri yang ada pada sesuatu produk tu samada selamat atau mencurigakan.

Pagi ni sempat menonton rancangan Selamat pagi Malaysia.. sejak pakatan harapan menerajui kerajaan baru ni dapat pulak siaran TV1 kat rumah den ni (Ni pun bukan politik tapi kejadian yang benar benar berlaku) maka boleh la menonton TV1 dengan jelas tanpa polkadot. Almaklum la den ni rokyat marhaen yang tak melanggan esteruk atau apa2 siaran TV berdekoder tu. Cuma pakai TV guna area ampaian jer. So memang certain siaran TV dapat dapat atau tak jelas.

So dari perbincangan topik 'Kosmetik Timbang Kilo' Tadi boleh la saya share dengan pembaca blog saya yang masih blur blur menatang apa kosmetik timbang kilo.

Sebagai pengenalan.. Kosmetik adalah produk kecantikkan & penjagaan diri yang di gunakan di luar kulit macam produk penjagaan wajah, produk penjagaan rambut, produk penjagaan kulit badan, pewangi badan & sebagainya. Produk kosmetik ni tak boleh ada tuntutan perubat seperti merawat ia cuma produk kecantikkan & penjagaan kulit/badan/rambut sahaja. Tak boleh claim produk di bawah kategori kosmetik ni merawat gatal gatal ke, ezcema ke hapa.

Produk kosmetik perlu ber notifikasi (KKM) untuk di pasarkan di Malaysia tak kira produk tu produk tempatan (local produk) atau produk luar (International product). Wajib kena ada NOT KKM. Dan NOT KKM bukan kelulusan tapi cuma pengistiharan yang di buat pengeluar bahawa produk mereka selamat & bebas bahan berbahaya. KKM tidak pernah memberi sebarang kelulusan kepada produk kosmetik kerana proses untuk mendapatkan NOT KKM tidak melalui ujian makmal & analisa di lab kkm. Cuma di isytihar oleh pengeluar melalui dokumentasi sahaja.

Kita terus ke Topik Kosmetik Timbang Kilo. Apa tu Kosmetik @ Produk timbang kilo? 

Produk kosmetik Timbang kilo ni adalah produk yang material dia di beli secara pukal (borong) normally dari negara jiran kemudian di packing & di letak label jenama & di pasarkan atau kita biasa dengar produk rebrand. Proses packaging dia pun maybe packing sendiri kat rumah atau tempat tempat yang tidak memenuhi ciri ciri keselamatan & kebersihan yang di tetapkan.

Produk kosmetik timbang kilo ni bila KKM ambil sampel & buat lab test.. Biasanya di cemari dengan bahan di panggil racun berjadual iatu Merkuri, Hidrokinon & tretinoin. Merkuri & hidrokinon biasanya memang dalam dos yang banyak & merbahaya la (dos yang tidak di benarkan) & tretinoin adalah sejenis bahan yang tidak di benarkan dalam produk kosmetik sebab Tretenoin di gunakan untuk merawat masalah jerawat yang serius & perlu berdaftar dengan produk kategori ubat. Iatu perlu berdaftar sebagai MAL kerana dia dalam kategori ubat terkawal. Jadi produk kosmetik yang ber Notifikasi (NOT KKM) memang tidak boleh meletakan Tretinoin dalam produk mereka.

Ciri ciri yang biasa KKM kesan pada produk kosmetik timbang kilo.. Mempunyai warna yang terang (warna warni) & di datangkan dalam bentuk set yang mempunyai krim siang & malam.


Produk yang selamat adalah produk yang dah melalui proses RnD (Research & Development) iatu proses metode penelitian yang digunakan untuk menghasilkan produk tertentu dan menguji keberkesanan & keselamatan produk tersebut. Selain RnD.. produk juga perlu melalui labtest.

Tip memilih produk yang selamat supaya tak terguna produk kosmetik timbang kilo yang mengandungi bahan terlarang adalah..

1. Semak label pada produk pastikan semua label ini ada

➠bahan bahan (Ingredient)
➠Description (penerangan Produk)
➠Cara penggunaan
➠Alamat pengilang
➠Cadangan pada jenis kulit/ masalah kulit yang boleh menggunakan produk tersebut

2. Semak samada produk tersebut samada ada BerNotifikasi yang sah (NOT KKM) ada melalui RnD & labtest atau dermatology test/clinical approve etc..

3. Sebelum mencuba atau menggunakan sesuatu produk kenali jenis/masalah kulit. Pastikan bahan bahan yang terdapat dalam produk tersebut bersesuai dengan jenis/masalah kulit anda. Kalau tidak faham boleh merujuk kepada mereka yang lebih arif tentang ingredient produk.

Sekiranya anda terguna & mengalami kesan sampingan selepas menggunakan produk kosmetik timbang kilo yang beracun mohon terus dapatkan rawatan di hospital.

Tu input yang saya dapat dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia dengan topik Kosmetik Timbang kilo tadi. Moga info sedikit ni memberi manafaat besar pada anda semua.

Moral of the story.. Sematkan di hati cantik itu sihat bukan putih ke hitam ke kulit korang. So jangan terlalu mengejar nak putih, nak gebu, nak nampak urat hijau sampai mengabaikan keselamatan & kesihatan anda. Katakan tidak pada Produk Kosmetik Timbang Kilo & Bahaya.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com