Showing posts with label kosong. Show all posts

TAK KAYA TAPI MALU UNTUK MENGAKU SUSAH

TAK KAYA TAPI MALU UNTUK MENGAKU SUSAH. Melihat.. Membaca & mendengar buat aku banyak belajar dari apa yang berlaku di sekeliling. Walau masa aku banyak habis di dunia maya selepas berkahwin & bergelar ibu tapi disitu jugak banyak kisah & cerita yang sentiasa buat aku rasa.. Aku masih bertuah. Aku masih senang & aku masih bahagia...


Terbaca perkongsian kisah kat blog siakap keli yang di ambil dari group Info Ibu hamil.. kisah seorang ibu terserempak dengan seorang Ayah & anak lelaki yang berusia lingkungan 4 tahun di sebuah restoran. Keadaan anak beranak tu di gambarkan sangat susah.. dengan pakaian lusuh, diri yang tak terurus & agak comot.. Dalam keadaan lapar tapi mungkin kemampuan kewangan membataskan mereka untuk menikmati makanan sedap.. Si Ayah cuma mampu ambil sepinggan nasi berlauk kan kuah kosong. Memang tak berlauk la.. Cuma kuah untuk ada rasa pada nasi kosong. Tu pun selepas agak lama mundar mandir di tempat lauk pauk. Mungkin mencari lauk yang sesuai dengan kemampuan dia nak bayar. Macam biasa la.. Orang memang suka menonton bagai satu show kesusahan orang lain. Pandangan orang ketika tu ada yang memandang hairan, sinis, jijik.. Tapi yang nak membantu bukan semua yang nampak kesusahan yang jelas terpamir tu. Hanya menonton bagai satu hiburan & mungkin menjadi satu modal inspirasi menulis di media sosial. Tapi mujur dalam banyak mata memadang, masih ada pandangan simpati yang tergerak untuk membantu.

Biarpun si anak meminta lauk sotong tapi bila bapak dia hanya mampu beri nasi putih & kuah.. dia tetap tidak memberontak & makan. Hanya anak yang makan.. si Ayah cuma memandang.. cuma sesekali mengutip butiran nasi yang terjatuh atas meja & makan.. Ya Allah.. Bayangkan Ayahnya juga lapar tapi di dahulukan anak. Melihat fenomena macam tu didepan mata.. Seorang hamba Allah memesan sepinggan nasi dengan beberapa jenis lauk termasuk sotong & minta pelayan restoran menghantar di meja dua beranak tu. Pada permulaan si Ayah menolak dengan alasan tidak mampu bayar tapi bila di beri tahu ada orang belanja dia terima. Lebih menyentuh hati.. dari jauh dia melihat si Ayah tertunduk menangis sambil mengusap kepala si Anak.. Mungkin rasa bersalah & sedih tidak mampu menyediakan kehidupan & makanan yang baik untuk anaknya..

Sebab tu aku sangat malu pada diri sendiri, pada orang lain & pada Tuhan untuk mengaku aku orang susah walaupun aku tahu aku bukan kaya. Rumah pun sewa.. Tapi masih cukup makan pakai. Setiap bulan Allah tak pernah lupa memberi kami sekeluarga rezeki untuk memenuhi tuntutan hidup. Allah tak pernah sekali menyekat rezeki kami sehingga kami putus bekalan makanan. Tapi aku sedih bila tengok orang yang masih mampu makan sedap, makan kenyang.. merintih,merungut & menyalahkan Tuhan yang mentakdirkan kehidupan yang susah pada mereka. Apa makna susah kalau masih tidur dalam rumah, atas tilam & masih boleh makan di restoran, cafe.. Masih pakai baju yang sempurna. Masih mampu beli syampoo, sabun untuk membersihkan diri agar tak nampak comot. Masih mampu membeli kehendak.. Malu la wei!! Malu sikit bila mengaku susah sedangkan kehidupan kau tak susah tapi kau tak pernah bersyukur!!!

Bukan berlagak kaya.. Tapi aku malu untuk mengaku susah demi nak dapat simpati & perhatian orang lain. Sebab perasaan malu tu aku rasa aku ada harga diri. Harga diri tu buat aku lebih selesa berusaha dari meminta sebab aku rasa aku masih ada kemampuan untuk bekerja. Selagi mampu.. Aku akan rasa malu untuk mengaku susah. Sekarang ni macam macam cara boleh buat untuk dapat duit.. Dari dok merintih kat facebook susah tu susah ni apakata try cari side income dengan cara ni >> 7 cara Mudah Untuk Anda Dapat Duit Di Malaysia <<

Moral of the story... Malu adalah perisai sebab bila hilang malu manusia akan hilang pertimbangan & mungkin tindakkan mereka bakal memalukan diri sendiri tanpa mereka sedar bila mereka mula hilang ke'malu'an.

AWAS! MAKSIAT BERAMAI RAMAI DALAM GROUP WHATSAPP

AWAS! MAKSIAT BERAMAI RAMAI DALAM GROUP WHATSAPP. Bila teknologi semakin maju, maksiat juga turut maju bersama pembangunan yang berlaku sekarang. Kalau dulu orang buat maksiat dalam hutan, dalam semak, dalam rumah kosong bagai sekarang tak perlu kemana mana atau jumpa siapa2 maksiat boleh berlaku di mana mana saja depan smartphone @ gadget elektronik yang lain.


Sekarang trend group dalam applikasi whatsapp. Ada yang guna dengan tujuan kebaikan ada yang motif diadakan memang untuk benda baik tapi bila dah ramai sangat dalam tu jadi macam2 cerita pulak. Nak2 lagi bergaul campur lelaki perempuan, anak dara, anak teruna, laki,bini orang bagai. Semua di kumpulkan dalam satu group. Bila dah kumpul tu selalunya membincangkan hal penting tu sikit je selebihnya jadi borak kosong yang tak datangkan manafaat pun. Bila dah banyak sangat borak kosong mula la hilang batasan.. laki orang bini orang sembang gurau tak kira topik. Luar kain dalam kain semua boleh jadi isu borak & bergurau. Usik mengusik tak payah cakap la.. Semua tetiba jadi macam si bujang sedang mencari cinta katanya. Yelah.. apadahal.. sembang je takde sampai nak sentuh2 bagai.

Awas yer kengkawan semua maksiat tak semestinya berdua duaan je. Saling berjumpa bagai.. Zaman sekarang maksiat boleh berlaku semudah ABC. Tak kisah la dalam ahli group tu hangpa dah anggap macam keluarga sendiri bagai tapi tetap hakikatnya antara hangpa tak ada pertalian darah yang menghalalkan hubungan tu. Masih ada batasan tak kira dari segi perbuatan atau perbualan.


Aku ni terus terang bukan jenis baik sangat sebab tu la aku control la apa yang boleh. Aku memang tak suka nak merapu tak tentu pasal dalam group whatsapp sebab tu dulu aku kena remove dari satu group ni dengan alasan stalker la.. jarang berbual la.. Tup2 sekarang di canang aku kena remove sebab salah sendiri pulak. Hakikatnya kisah kena remove bagai tu macam lain. Takpe la benda dah lepas.. Biarlah orang yang budget malaikat tu nampak baik je sentiasa walau hakikatnya dia sedang memfitnah aku sampai hari ni. Orang jahat dalam senyap memang macam tu.. Nampak suci dari dosa tak macam aku riuh sekampung ni. Orang nampak jahat na'uzubillah katanya. hahahaha

Moral of the story.. tak salah nak join apa2 group whatsapp. aku pun join jugak Group whatsapp Best Blogger Network tapi aku kalau takde hal memang tak muncul. Kalau ada apa2 pasal blog nak cakap atau tanya baru aku bersuara kat situ. Tujuan group tu pun untuk bincangkan isu2 & permasalah tentang blog kan. Jadi tak payah la nak merapu meraban konon eratkan silaturrahim. Jangan silaturrahim kat situ erat hubungan lain pulak jadi putus sudah.

RESEPI SAMBAL MERAH KOSONG TIGA RASA

RESEPI SAMBAL MERAH KOSONG TIGA RASA. Aku kalau buat tajuk mesti melampau kan? Sambal merah kosong tiga rasa kau. Tak tau apa hangpa bayang sambal merah kosong tiga rasa ni tapi memang betul pun sifat dia macam tu. Sambal merah ada tiga rasa tapi kosong jer.. Bukan aku tipu pun. Gamaknya macam mana rupa sambal merah kosong tiga rasa ni. Apa rasa yang dia ada??

Asal usul dia cuma sambal merah yang kebiasaan orang utara buat untuk makan dengan bihun sup. Sebenarnya lain orang kadang2 lain cara masak sambal merah ni. Aku sendiri pun ada dua cara masak sambal merah. Kalau guna cili serbuk lain caranya. Kalau guna cili kering lain pulak bahanya. Tapi sambal merah yang aku nak share resepi dengan hangpa ni aku guna cili kering. Sebab ada yang tanya resepi sambal merah ni, maka insan pengasih,penyanyang & prihatin macam aku terpaksa jugak share resepi rahsia ni. rahsia la sangat kan??? hahaha

Bahan bahan nak buat sambal merah ni
cili kering
bawang putih
kicap masin
kicap manis
garam
gula

Simple je bahan dia. Nama pun sambal merah kosong kan. Cara nak masak sambal merah ni..

1. Rendam dulu cili kering dalam air panas. Cili dah kembang sikit masukkan dalam blender bersama bawang putih blend sampai halus sehalusnya.

2. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan blend tadi. Masak sehingga pecah minyak baru masukkan sedikit kicap masin,kicap manis,gula & garam secukup rasa. Biar sekejab. Kalau rasa dah cukup masak tutup la api.

Pekat melekat kau memang da'bom sambal merah aku ni. terliur?? jemput la ke dapur

Aku suka masak cili tu lama sikit baru kurang risiko sakit perut & sambal merah tahan lama. Sebab sambal merah ni kita boleh simpan untuk makan dengan nasi ke, roti ke atau jadikan pes untuk masak nasi goreng ke bihun goreng ke mee goreng ke atau apa2 korang rasa bersesuaian la nak campur dalam masakan korang. Atau boleh di jadikan cili kicap macam orang johor selalu makan dengan pisang goreng. Multifuction kekdahnya sambal merah kosong 3 rasa ni.

Sebab apa aku namakan dia tiga rasa. Sebab dia ada tiga rasa la.. pedas,masin & manis. Almaklum la orang utara ni memang jenis selera pedas pedas jer tapi aku bukan kategori pengemar pedas yang extreme lagi la. Ada orang lagi teruk selera pedas dia sampai seram aku tengok depa makan. Nak tau ciri2 orang yang suka makan pedas tahap extreme hangpa boleh tengok kat sini >> Ini baru penggemar makanan pedas tahap extreme << adakah hangpa tergolong dalam golongan suka makan pedas tahap menyeramkan atau tidak, lepas baca hangpa tau la result dia. hehehe.

Apapun selamat mencuba resepi mudah sambal merah kosong tiga rasa original resepi lekatlekit katanya. Kalau sedap share entri ni kalau tak sedap meh bisik2 kat aku. hahahaha.. kalahkan orang meniaga pulak. tapi tekak aku rasa sedap je

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com