AKIBAT TERLALU BANYAK TENGOK CERITA SERAM
AKIBAT TERLALU BANYAK TENGOK CERITA SERAM. Bulan ni bulan bersepahnya cerita seram kat TV. semalam jer ada 2 stesen tv tayang filem seram korea. Tak menang mata nak tengok katanya.. alih2 tidur je sebelum sempat dua2 filem tu habis tengok. Kadang2 aku semakin tension tengok filem seram. Tengok filem seram pun boleh jadi tekanan tau tak? jangan terkejut benda ni berlaku kat diri aku sendiri sekarang ni. Dah tak ada feel macam dulu tengok filem seram walau best macam mana pun filem tu. Nak tau sebab apa? Meh la baca..Sumber Google. Sekadar hiasan |
Semua kerana bila aku rasa deria seram aku dah semakin hilang. Serius.. aku tengok semalam pun cerita hantu korea walau dua2 klasifikasi 18 tetap aku tengok macam tengok kartun Awang Khenit jer. Hantu muncul pun takde rasa apa2 walau tengok dalam gelap & dah hampir waktu tengah malam. Last2 aku tutup tv jer & tido. Yelah.. bila tengok cerita tanpa perasaan yang sepatutnya kita rasa, akan jadi cepat mengantuk. Nak2 lagi cerita seram korea ni dia punya meleret2 sementara nak ada hantu memang menguji keimanan. Boleh naik hantu jugak tunggu. Tak macam cerita thailand.. kebanyakkan starting pun dah keluar hantu. Aku lebih suka filem thailand sebab cerita seram dia jarang mengecewakan.
tension jugak la sebab aku tak mampu rasa seram tengok filem seram tapi nak tengok live show hantu aku tak confident pulak. Aku cuma minat cerita hantu bukan minat pada hantu. hahaha.. Tak tau la macam mana nak kembalikan rasa seram macam dulu2 bila tengok cerita seram ni. Suspen.. takut.. tutup mata.. tahan nafas.. semua tu dah semakin kurang aku rasa. Mungkin inilah akibat terlampau banyak tengok filem seram. Sampai hilang deria seram tu. tension jugak orang lain tengok rasa seram kita tengok takde rasa.
Rasa macam nak tukar hobi tengok filem seram kepada tengok magic pulak. Kot2 la boleh enjoy. yelah.. magic dengan misteri tu kan macam ada kaitan even magic guna trick.. cerita seram banyak melibatkan perkara mistik. Tapi kadang2 magic pun boleh jadi persembahan yang menyeramkan jugak. Mungkin boleh kot jadikan hobi baru. hahaha. Maka meh la kita ramai2 belajar & tengok video ni. Kot2 lebih misteri & mistik dari cerita seram >> Video! Juara silap mata dunia bongkar trick paling mudah buat magic <<
Jadi sesiapa ada nak suggest filem seram yang betul2 seram agar dapat mengembalikan deria seram aku ni meh la share. Kot2 boleh buat aku rasa takut sampai tak berani tengok cerita seram lagi. hahahaha
Moral of the story.. Penting kita buat apa2 pun berpada pada termasuk la tengok cerita seram ni. Bukan apa bila dah hilang deria seram apa cerita seram yang kita tengok dah tak mampu buat kita rasa seram & enjoy. Benda tu kadang2 buat kita rasa tension sangat.