Showing posts with label kelab suami setia. Show all posts

SUAMI HARUS LAYAN ISTERI SEPERTI GIGOLO KELAS PERTAMA

Tiba - tiba jer Sang Lekit dapat idea pasal ni.. Bila terfikir isu hot pasal pelacur kelas pertama ni. Ramai wanita & para isteri tak boleh terima kenyataan tu termasuk sang lekit. Tu bagi pihak wanita, bagi pihak lelaki @ suami pula macam mana?

Sekarang ni kan kecoh pasal Kelab Taat suami di mana yang menjadi kontroversi bila president kelab ni mengeluarkan kenyataan bahawa isteri harus layan suami seperti pelacur kelas pertama. Jom kita bayangkan kalau wujud pula kelab suami setia, agak - agak presiden kelab tu nanti akan cakap macam ni tak??

 Hasil carian google. Sekadar hiasan

Suami harus layan isteri seperti gigolo kelas pertama? lelaki @ Suami boleh terima tak di umpamakan seperti gigolo dimana lelaki yang di bayar untuk melayan seorang perempuan dalam hubungan yang haram? Tentu tercabar lelaki @ suami yang soleh kan? Dalam ikatan yang halal tapi di umpamakan sekeji tu. Tak tau la ada lelaki yang suka dengan gelaran gigolo, anak ikan & berbangga2 bila dapat title tu.

Takkan la suami sanggup nak puji isteri yang hebat dalam hubungan kelamin dengan ayat macam ni.. "Wah sayang hebat la macam pelacur first class gitu!" Atau isteri nak puji suaminya dengan ayat.. "Abang hebat la.. macam gigolo first class gitu!". Kan tak manis.. Silap2 boleh jadi punca pergaduhan pula.

Apapun istilah & perumpamaan yang nak di gunakan biarlah elok & mulia. Nak - nak lagi dalam hubungan yang telah di halalkan agama. Niat tidak menghalalkan cara. Kalaupun niat dia bukan la nak melabelkan golongan isteri sebagai pelacur tapi perkataan itu mengambarkan betapa hinanya seorang wanita. Harus ke kita menggunakan perkataan keji & mengagungkan pelacur/gigolo yang kita tahu akan kerjanya itu ke arah kemaksiatan & zina. Seolah - olah mengambarkan betapa hebat seorang pelacur/gigolo dalam kemahiran seks untuk kita jadikan idola. Kalau macam tu lagi bagus buka kelas ambil pelacur/gigolo jadi tenaga pengajar.

Ini cuma pandangan & pendapat peribadi yang tercetus dari isu semasa yang sedang hangat di perkatakan. Sekadar mengupas secara umum untuk perbincangan bersama.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com