Showing posts with label sakat. Show all posts

PENGALAMAN SERAM JURURAWAT PELATIH DI DATANGI JELMAAN PESAKIT WAD KELAS 3 YANG DAH MENINGGAL

PENGALAMAN SERAM JURURAWAT PELATIH DI DATANGI JELMAAN PESAKIT WAD KELAS 3 YANG DAH MENINGGAL . Lamanya segmen seram serik lekatlekit bercuti yer.. Yelah.. sepanjang bulan puasa memang tak ada cerita seram. Tak sempat nak memburu hantu time tu.. dengan kes saman bagai time tu la nak sampai. Nak jadi Ghost Buster pun tak sempat. Kelam kabut kesana sini mencari misi bantuan katanya. Almaklum la orang semekin.. Terpaksa la kerja keras sikit cari bantuan. Kalau kaya raya, tak payah risau sign cek bagi je kat loyer suruh dia take over. hehehehe


Bila dah keadaan tenang sikit even kes saman tu belum settle. Untuk perlaksanaan kes di tangguhkan 20 july. Tak tau apa jadi lagi.. Tak nampak bayangan gurauan lagi ni. Kot2 ada yang bersimpati nak membantu boleh jer. Sebab masih meneruskan misi mencari bantuan. Sesambil mencari bantuan tu.. Blog tetap la kena hidup. Takkan nak down sampai tutup blog kot kan.. Hello.. dunia belum berakhir ok! Life must be go on bak kata omputih. Kalau orang sawo matang kata.. hidup mesti di teruskan macam biasa. Saman sivil bukan nak ke tali gantung. So, buat peace sudah. Janji terus usaha, doa  & tawakal Insya Allah nanti Allah bantu. Kena yakin tiada kuasa yang lebih besar melainkan kuasa Allah. Allah lebih mengetahui yang mana benar & Salah jadi dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Tengah mood dok boleh buat rilex.. buat peace ni meh la aku momokkan hangpa dengan kisah pengalaman bebudak nurse practical kat sebuah hospital tempatan ni. Nurse2 practical ni aku suka sebab masing2 baik jer attitude dia. Cakap pun lembut tak macam senior depa.. ada yang macam singa hahahaha...

Alkisahnya budak misi yang di semester ke 3 ni kena practical kat sebuah hospital. Punya excited katanya di sem 3 ni sebab boleh duty malam walaupun di momokkan dengan kisah2 berkenalan dengan makhluk2 malam kat situ tetap la excited tu ada. Tak kena lagi boleh la kau buat lex, wat peace katanya...

Pendekkan cerita kisah ni berlaku pada 2 budak misi perempuan sem 3 ni. Malam tu depa kena jaga wad lelaki kelas 3. Kat situ memang sibuk sikit katanya sebab ramai pesakit. Wad kelas 3 pepaham je la.. Orang kaya kebanyakkan tak pi spital gomen ye dak. Depa boleh claim insuran duduk spital swasta. Wad kelas 1 & 2 pulak.. kebanyakkan kakitangan awam sebab depa boleh check in secara free.. Jadi golongan berpendapatan rendah & miskin ni kebanyakkan kelas 3 la kan. Kelas apapun takpe.. Janji kat spital ada nurse jaga & bagi ubat ye dak..

Sebab wad kelas tiga ni memang busy.. Penat jugak la bebudak misi tu sampai tak menang kaki tangan la depa. Pesakit berbaris atas katil sampai depan pintu. Bayangkan macam mana sesaknya wad tu.. Nak2 lagi time tu tengah musim denggi. 70 pesakit tapi staff yang bertugas cuma 5 orang campur dua misi pratical tu jadilah 7 orang kesemuanya anggota wonderpets untuk menyelamat malam tu. Dua misi tu katanya di tugaskan kat cubicle yang menempatkan pesakit HIV/AIDS yang memang semua tengah nazak dah. Menunggu di jemput pulang kerahmatullah jer. Kebanyakkan tak ada waris atau sedara mara. Fizikal masing2 dah sama leper dengan tilam katanya. So boleh bayangkan la keadaan pesakit kat situ.. Ada yang senyap2 habis nafas tup tup tengok kejung je pun ada. Yelah.. mungkin dia pergi dengan tenang takde sapa perasan kan..

Dalam pukul 3.30 pagi macam tu, kebanyakkan semua pesakit memang dah lena di ulit intan. So dua misi ni ambil masa la sekejab duduk nak meluruskan pinggang yang dah kejung sejak tadi kerja non-stop. Katanya kentut pun boleh terlupa.. Ni kalau lupa kentut tup tup keluar bau je pun bahaya jugak ni. hahahaha. Sambil duduk tu memasing semak balik rekod pesakit yang dorang dah periksa tadi. tetiba dengar bunyi orang seret drip stand.. alah tiang hat dok gantung air kat spital tu. Bunyi agak nyilu seolah tiang drip tu di seret dengan roda yang takde minyak pelincir. Bunyi macam besi bergesel dengan lantai. Bila dengar bunyi macam tu time sunyi basi confirm la panjang leher depa mengintai dengan perasaan cuak. Siapa gerangan tetengah malam dok seret drip stand tu..

Nampak seorang pesakit yang kurus kering sedang berjalan menuju kearah depa. Masing masing pelik juga sebab rasanya tadi tengok pesakit tu memang dah tenat sangat. Ni siap boleh bangun & berjalan.. produk apa gamaknya dia ambik. Produk perof yang tengah jadi kontroversi kat Page Pseudosciene Watch ke hapa tak tau la kan. Hahahaha.. Depa pun tak nak fikir bukan - bukan tanya la.. ada apa sipolan tu bangun berjalan & tak tido lagi time2 cenggini.

Sipolan tersebut bagitau tujuan sebenar dia.. Nak bagitahu katanya ada pesakit kat katil hujung dia syak dah kembali kerahmatullah. Kelam kabut la dua misi ni pi check pesakit yang di maksudkan.  tengok pesakit tu terlentang & kepala dia mengiring ke arah tepi tingkap. Masa tengah periksa tu tetiba depa terpandang rupa pesakit. Masing masing jadi pucat lesi.. Nak tau sebab apa.

Muka dia sama dengan pesakit yang kurus kering datang kat depa sambil tolak drip stand & bagitau tentang keadaan pesakit yang depa tengah periksa sekarang. Kau rasa apa berlaku selepas tu.. Nak2 lagi depa tau pesakit yang depan depa tu dah Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Dua2 padam kat situ jugak ok! Sedar2 dua2 kat dalam bilik rehat asrama. Pitam beb! terkejut, seram, sejuk takut, terkentut semua ada. Bukan takat tu jer.. dua2 kena demam teruk sampai kena hantar balik kampung berubat secara alternatif. Tu dia penangan jaga orang sakit tenat malam hari kat wad katanya. Ni kalau orang kampung kata kena badi mayat la kot.. 

Yelah.. kerja kat hospital gitu la kan. Nak tak nak kena hadap juga pengalaman mistik macam tu. Pengalaman pertama mungkin pengsan tapi lepas tu maybe depa dah lali kot. Kental tak kental golongan misi ni.. Bukan je terpaksa berhadapan dengan pesakit yang antara hidup dengan mati malah terpaksa hadap jugak penyibuk yang nak jugak attention dari nurse even depa tak sakit tang mana mana pun.. Saja ja nak memeriahkan majlis kat hospital. Bukan dia tak tau kehadiran dia tu boleh buat orang sihat pun jatuh sakit. Silap haribulan kena heart attact.

Moral of the story.. Kejadian seram di hospital ni memang bukan sesuatu yang mustahil. Semua orang tahu kat hospital ni macam2 kes ada. Setakat kes kematian rasanya hari hari ada. Jadi memang tempat tempat macam tu jin & syaitan suka. Almaklumlah.. orang sakit ni lemah zahir & batin kan.. Jadi mohon la perlindungan dari Allah & amalkan ayat ayat pendinding yang terdapat dalam Al Quran.

14 PERKARA PALING KANAK KANAK SEDIH,KECEWA, TAKUT & MARAH

14 PERKARA PALING KANAK KANAK SEDIH,KECEWA, TAKUT & MARAH. Sebelum kita jadi orang dewasa kita pun melalui zaman kanak kanak. Yelah.. mana ada orang keluar dari perut mak dia terus membesar bagai juara, remaja kemudian terus dewasa tanpa perlu melalui fasa kencing berak dalam lampin.. dari berbaring lepas tu meniarap, merangkak seterusnya berjalan & berlari katanya. kita semua melalui fasa yang sama. Sebab tu kadang2 kita melalui zaman kanak kanak yang lebih kurang sama macam anak anak kita walaupun zaman dah berubah & gaya hidup pun dah berbeza. Tetap masih ada persamaan dalam beberapa perkara yang pernah kita lalui dulu.. Anak kita pun melalui jugak. Mungkin benda ni di warisi turun temurun kan.


Masa kecik antara perkara paling buat kita meraung bila kena sakat dengan ahli keluarga yang lebih tua.. Tak kira la yang menyakat tu mak ayah sendiri atau abang & kakak kita.. Yang penting depa ni lebih tua dari kita la. prank yang paling menakutkan bila orang cakap kau anak angkat.. Memang tak boleh terima kenyataan. Dan dan tu jugak katanya meraung tak ingat. Jenuh pulak mak nak memujuk.

Tu salah satu perkara yang kanak kanak tak kira zaman sekarang ke zaman dulu memang akan meraung sementara dia nak faham benda tu cuma satu gurauan. Yang tu ok lagi tapi kalau berlaku benda - benda macam ni terutama yang nombor 14 tu memang hancur luluh terus hati & perasaan. Benda ni bukan kanak kanak zaman dulu jer hadapi malah sampai sekarang pun masih ada yang di permainkan perasaan sebegitu rupa. Bukan je kanak kanak.. Orang besar pun kadang2 terkena jugak nak2 lagi yang jenis jarang masuk dapur & masuk dapur semata mata nak makan jer.. Nak tau apa perkara tu meh baca kat sini >> 14 PERKARA PALING ANNOYING KANAK KANAK RASA BILA KENA PRANK DENGAN SAUDARA MEREKA YANG LEBIH TUA << Ramai yang terkena kan dengan benda ni. Hahahahaha..

Apapun.. Benda yang paling kita rasa menyampah bila adik beradik kita kenakan kita dulu bila dah besar & masing2 ada kehidupan sendiri kadang2 benda tu paling jadi perkara yang kita rindu. Kalau dulu.. macam anjing dengan kucing. Kalau boleh tak mau tengok muka depa sebab meluat suka kenakan kita tapi bila berjauhan saat berkumpul ramai ramai tu la paling di tunggu - tunggu. Tu la yang aku rasa bila dah berkahwin & duduk jauh dari family. Kalau dapat balik kampung tu.. Hanya Tuhan saja yang tau perasaan tu..

Moral of the story.. Hargailah masa bersama keluarga terutama ibu bapa yang ada anak anak tengah membesar ni. Masa mereka bersama kita kadang2 terlalu sekejab. terutama ibu bapa yang bekerja.. Masa bersama anak anak tu tak banyak lepas tu 'Me Time' bagai lagi hangpa nak. Sedar sedar.. anak anak dah besar & dah ada kehidupan sendiri mungkin banyak peluang anda dah terlepas bersama anak anak.

KISAH SERAM 5 SEKAWAN DI SAKAT PONTIANAK JIRAT CINA

KISAH SERAM 5 SEKAWAN DI SAKAT PONTIANAK JIRAT CINA. Kalau dah nama kawasan perkuburan ni tak kira perkuburan apa bangsa & agama pun mesti terselit jugak kisah2 seram,misteri & mistik. Memang sinonim.. kubur je ada hantu. Bukan point kat satu bangsa jer... semua bangsa & warganegara ada kepercayaan macam tu. Sebab kalau dalam filem2 seram tempatan atau luar negara memang ada yang mengaitkan kawasan perkuburan dengan kejadian mistik yang melibatkan makhluk halus atau orang melayu gelar hantu.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Kadang2 terhibur jugak baca kisah2 seram yang berlaku kat kawasan tanah perkuburan ni. Bukan la kata baca tu sebab taksub sampai lebih takut pada jin & syaitan melebihi Allah.. Cuma aku memang suka baca & tonton cerita seram. Dah jadi satu hiburan bagi aku. Nak buat macam mana taste aku ter arah kepada perkara seram. Nasib baik dah kawen gamaknya kalau bujang ntah2 join team seekers ka hapa tak tau la... Amboi macam berani sangat kau lekatlekit. Setakat layan dvd filem seram je kau tu...

Terbaca kat satu forum ni bebudak kat situ dok share pengalaman seram depa kat jirat cina.. ada yang saja cari penyakit dok buat aktiviti paranormal ada yang tak sengaja terserempak dengan makhluk2 tu.. antara kisah yang di kongsi pelayar forum tu adalah...

Kisah pasal sekumpulan 5 budak lelaki yang terlebih berani katanya. Konon nak uji keberanian la. Pergi kat satu jirat cina yang terkenal dengan kisah2 orang di sakat makhluk halus kat situ. Nama je makhluk halus tapi yang menjelma tak halus sangat la.. Tak tau la kenapa orang panggil makhluk halus. nanti la aku kaji balik... ok ok.. berbalik kisah budak 5 orang tadi. Depa pergi dengan satu kereta. 4 dalam kereta sorang kena duduk dalam bonet. Yang duduk dalam bonet konon paling berani la jadi volunteer nak duduk dalam bonet. Dia tak tau azab bakal dia tanggung lagi. Maka bergerak la budak2 takde kerja berfaedah nak buat ke jirat cina tersebut. Sesampai di sana.. jam lebih kurang 1 pagi. Kalau pukul 1 tengahari pergi jirat cina berhantu macam tu tak mencabar la kan. Kereta di pandu perlahan lahan melalui kawasan jirat cina tu. Memang suasana agak seram sebab jalan kat situ gelap giler.. Kalau cerah benderang tak feel la seram. Bila sampai je kat tengah2 kawasan jirat cina tu, semua stanby. Pintu tingkap kunci rapat & enjin kereta di matikan. Maka depa lepak2 dalam kereta sambil buka cerita seram. Lebih kurang setengah jam macam tu dok borak.. Yang memandu tu reverse kereta lebih kurang 1 meter dari batu di jirat cina tersebut. Kemudian Dia buka bonet belakang. Salah seorang yang duduk dalam bonet tadi slow buka bonet tu.. Dia pun sebenarnya tak tahu pun dia kat mana. Lepas buka bonet tu tetiba dia jerit suruh kawan2 dia blah cepat. Katanya dah tak tahan. Tak tau la tak tahan nak berak ke nak kencing ke atau tak tahan tengok something yang menyeramkan. Yang dalam kereta mula cuak.. apa lagi kelam kabut la start kereta nak berambus dari situ. Tapi malangnya kereta pulak tak boleh gerak lepas start.Dah sudah.. Jin apa pulak yang landing atas kereta sampai tak boleh gerak katanya. Kalau setakat Jin Tan Manis.. rasanya hembus jer terbang la dia. Ni mungkin JinTabota ke hapa tak tau la.. Tapi pasal jin tu cuma spekulasi jer.. Yang drive tu suruh la kawan2 dia turun tengok apa yang buat kereta dorang tak boleh gerak. Kawan dia bagitau katanya tayar tenggelam dalam tanah. Dah tayar pulak tenggelam pulak.. dia suruh kawan2 dia keluar tolak kereta tapi sorang pun tak berani. Masa nak datang konon nak uji keberanian tapi belum keluar Jin mata toncet dah semua pancit dalam kereta sebab takut. hahahaha... Jadi solution yang ada semua keluar tolak kereta. Jenuh jugak nak menolak kereta macam tak logik je berat yang di tanggung tu. Tiba2 salah seorang tu rasa macam ada something tolak dia dari belakang bila dia toleh terus terpandang tokong cina dalam satu kedai yang seolah olah memandang tepat pada dia. Apa lagi berdesup dia masuk kereta.. Yang lain2 tengok dia masuk kereta, apa lagi mendesup jugak la masuk walau tak tahu apa apa. Lepas kereta yang boleh jalan mereka pun bergerak la meninggalkan jirat cina tersebut. Lepas dah jauh sikit dari jirat cina tu.. dari luar pagar yang drive tu tengok balik kat tempat tayar kereta depa tenggelam tadi. Akak ponti elok je lepak atas batu kat sini.. Patut la berat semacam rupanya ada makhluk halus yang tak berapa halus. Apa lagi..maka di pecut selaju mungkin agar segera sampai kerumah. Bila sampai je kat rumah dia pun tanya la kawan yang duduk dalam bonet tadi kenapa jerit suruh blah lepas buka bonet... menurut cerita penghuni bonet kereta tu dia nampak lutut pontinak berpakaian serba putih lepas dia buka bonet kereta. Tu baru nampak lutut kalau nampak dia senyum gamaknya koma dalam bonet kereta. hehehe

Begitulah kisah 5 budak nakal yang konon nak menguji keberanian akhirnya kecundang dengan akak pontianak. Baru akak ponti sakat2 manja belum akak ponti beramah mesra dah macam lipas kudung memasing.

Moral of the story kalau dia tak cari kita.. tak payah la acah acah berani cari dia. Biar dia dengan dunia dia kita dengan dunia kita.

PRANK MISTIK & SERAM PERNAH AKU BUAT UNTUK KENAKAN KAWAN

PRANK MISTIK & SERAM PERNAH AKU BUAT UNTUK KENAKAN KAWAN. 1 april datang lagi bersama prank prank yang mungkin menceriakan hari & mungkin jugak mencelakan hari orang lain. Aku? 1 april aku lalui macam tak ada apa2 yang special cuma sekejab lagi aku nak masak laksa je. Sepanjang hidup rasanya aku tak pernah kena prank sempena 1 april atau prank orang. Tapi dulu aku memang kaki prank jugak la. Dari kecik sampai la besar.. Kecik2 prank orang dengan jadi hantu bagai..


Pernah aku & bestfriend aku siti prank sorang member kampung ni merangkap sepupu sepapat jugak la. Almaklum la sekampung ni kebanyakkan memang ada pertalian saudara kan. Idea tercetus sebab siti bawa balik kemenyan dari kampung tokwan sebelah mak dia jer lepas ada satu kematian saudara dia kat sana. Sebab seketoi kemenyan je idea nakal secara automatik datang. Pada malam yang sepi.. Target kami member sorang ni. Rumah pun tak jauh dari rumah kami. Mula2 usya line dulu. Skodeng tengok dia ada dalam bilik ke tak. Sipolan tu elok je dok meniarap atas katil tulis diari. Apa lagi mula buat projek la. Bakar kemenyan sampai berasap.. kemudian asap dekat tingkat bilik dia. Dari luar dok usya jugak. Mula2 hidung dia macam kembang kuncup.. mungkin sebab nak mengamati bau tu kot. Bila lama dia mula yakin bau kemenyan terus lari keluar bilik bagitau mak dia. Kami berdua blah je la. Gila nak tunggu kang kantoi pulak. Hahahahaha

Tu antara prank2 berunsur mistik aku & bestfriend aku siti dulu. Masa kami masih duduk kat kampung la. Sekarang ni masing2 dah terpisah antara negeri katanya. Banyak sebenarnya prank yang pernah kami buat sejak dari zaman kanak kanak tapi tak ada la sampai mencederakan orang lain. Menakutkan tu memang selalu la. Kalau setakat balik ngaji menyakat orang kat pokok.. konon hantu goyang pokok memang selalu.

Tu prank zaman budak budak la.. Sampai membawa ke remaja perangai prank orang tak habis habis. Nasib baik zaman berumahtangga tak jadi jiran. Kalau tak.. tak mustahil jugak la ada yang kena prank gabungan siti & suria katanya. hahaha.. Ok la lagi prank macam tu tapi kalau korang kena prank macam ni dengan kawan korang gamaknya apa perasaan korang >> Video! Berani ke korang prank kawan korang macam ni sempena april fool? << Mesti yang terkena tu malu giler. 3 bulan jadi bahan. hahahaha

Apapun.. nak prank sekadar bergurau tu boleh tapi jangan sampai mengaibkan, membahayakan mangsa yang kena prank atau menyebabkan pergaduhan. Nak prank pun sila tengok dulu perangai bakal mangsa prank tu.. Bukan semua orang boleh bergurau & bukan semua perkara boleh di buat gurau.

KEDAI MAKAN MISTERI MUNCUL TENGAH MALAM DI KUALA KETIL

KEDAI MAKAN MISTERI MUNCUL TENGAH MALAM DI KUALA KETIL. Untuk ruangan cerita seram serik lekatlekit hari ni kita balik kedah sekejab yer. Orang orang kuala ketil sila ambil perhatian. Katanya berlaku kat area sana. Alkisah pasal sebuah kedai makan yang pernah wujud 20 tahun lalu tapi telah musnah dalam kebakaran sering muncul beroperasi di tengah malam hari. Katanya ramai dah terkenal dengan kedai makan misteri ni. Alkisahnya..

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

3 orang kawan kaki pancing ni pergi memancing udang galah kat satu tempat ni. umpan asyik mengena jer tak sedar mereka memancing sampai dah lewat malam. Sedar2 dah 12.30 katanya. time tu pulak cuaca dah tunjuk tanda hendak hujan maka terpaksa la hentikan aktiviti berjoran tu. Terpaksalah 3 sekawan tu meninggalkan tempat yang memberi rezeki udang galah malam tu.

Bila dah angkat joran baru la perut rasa lapar katanya. Masa tengah syok mancing memang lapar pun tak terasa. Almaklum la nak2 lagi pancing asyik mengena. Dia punya excited tu kalau awek cun depa mata pun dia dah tak ada nafsu. Gitulah perangai kaki pancing ni. Fokus kat joran je katanya. Bila dah lapar tengah2 malam macam ni.. mana kedai makan yang nampak dulu kat situ la depa singgah.

Masa 3 sekawan ni berhenti kat sebuah kedai makan.. hujan dah mula renyai renyai. Keadaan kedai makan tu memang sunyi basi katanya. Dengan lampu yang agak malap.. Ala2 nak candle light dinner gitu & semua perlatan & perkakasan dalam kedai tu nampak usang. Vintage sangat katanya. Tak ada pelanggan lain selain 3 sekawan kaki pancing ni masa tu. Tapi 3 mamat ni takde la fikir banyak.. Mungkin depa rasa tak ada apa mencurigakan kot dengan permandangan macam tu.

Datanglah seorang awek mengambil order dengan muka macam minta selipar je. Tak senyum langsung walau ada yang cuba jugak nak menggatal. Dia buat derk je katanya. Memang kalis ayat la kot minah ni. Muka minah tu agak pucat tapi depa just anggap mungkin penat kot kerja. Lagipun dah tengah malam. Bila pesanan dah di ambil, gadis tu berlalu tapi meninggalkan satu haruman yang sangat wangi & kuat baunya. Pun depa tak syak apa2. Biasa la perempuan pakai perfume boleh tahan 48jam katanya. Nak2 lagi baju basuh dengan downy. Memang wangi manjang je.

Tak sampai 5 minit tetiba minah tu muncul dengan makanan yang di pesan. Terkejut beruk la 3 sekawan ni. Cepat sungguh. Kalau masak maggi pun tak secepat ni walau maggi tagline dia cepat di masak sedap di makan. Ni dia guna boboiboy kuasa tiga ke hapa cepat sangat masak. Tapi sebab malas dah nak fikir panjang.. depa terus makan tanpa was was. Sambil makan salah seorang dari 3 sekawan ni sempat jeling kat minah tu yang duduk di kaunter pembayaran. Tajam sungguh renungan dia sampai jadi takut di buatnya. Garang sangat katanya.

Dah siap makan semua.. maka pergi la depa membayar. Sekali lagi minah tu buat kejutan bila semua makanan depa cuma harga RM5.00. Mak aii.. zaman sekarang sepinggan mee goreng pun dah RM5 apatah lagi 3 pinggan masakan panas macam tu. Takkan semua baru RM5. Tapi sebab malas nak fikir banyak depa pun beredar.

Nak di jadikan cerita.. dua hari selepas malam tu salah seorang 3 sekawan ni datang lagi ke kedai tersebut. Tapi dia datang sorang je. Dia jadi bodoh sekejab bila sampai ke tempat tu tak ada sebarang kedai makan. Jangankan kedai, tiang pun tak ada padahal baru 2 hari lepas dia datang. Dia memang betul2 pasti dia tak silap tempat. Dalam kebinggungan tu tetiba ada seorang pakcik naik motor berhenti bertanya samada dia sesat jalan ke hapa dok tergaru2 kepala tepi jalan macam tu. Dia pun cerita panjang la dengan pakcik tu pasal kedai makan yang pernah dia makan 2 hari lepas. Mengucap panjang orang tua tu dengar cerita mamat ni.

Menurut cerita pakci tu.. 20 tahun dulu memang ada kedai makan yang di usahakan oleh dua beranak. Mak & anak perempuan tapi malangnya berlaku kebakaran dua beranak ni tak sempat selamatkan diri & meninggal dalam kebakaran tu. Kata pakcik tu.. ramai yang dah terkena kat situ. Banyak yang termakan cacing & benda2 kotor kat situ. Secara automatiknya mamat ni terus rasa morning sickness di samping bulu roma pun memainkan peranan nak menunjukkan perasaan seram. Tak terbayang apa yang mereka jamah tengah malam 2 hari lepas.

-sumber - Kisah seram Kedai Makan Misteri -

Moral of the story untuk kaki kaki pancing.. kalau memancing tu ingatlah untuk kembali ke pangkal jalan sebelum senja yer. Sampai tengah malam baru nak ingat rumah.. kan dah kena dajal dengan hantu setan. Selama ni hangpa dok umpan cacing sekali hangpa kena umpan cacing dengan hantu baru berakai.

P/S : Baca kisah ni teringat kisah seram restoran adik manja kat kuantan. Korang tahu kisah tu? Alah.. majoriti semua orang tahu cerita restoran adik manja ni

PENGALAMAN SERAM DI SAKAT HANTU STESEN MINYAK MERSING

PENGALAMAN SERAM DI SAKAT HANTU STESEN MINYAK MERSING. Awai sungguh segmen lekatlekit seram serik bersiaran hari ni. Almaklum la hari minggu penuh jerebu katanya. Mereput lagi la minggu ni dalam rumah kalau bacaan jerebu masih di level tidak sihat. Takut sangat jatuh sakit katanya... Takpe la, at least tak terusik duit dalam account sebab aku bukan jenis online shopper. Duduk rumah memang tak luak la duit dalam account.

Sumber Google. Sekadar Hiasan

Sebab takde isu best nak di kupas kupis & kopek dengan rakusnya setakat ni maka meh la kita baca cerita seram santai di siang hari. Alkisah seorang mamat ni 2 kali kena sakat dengan makhluk tu. Dua2 kat stesen minyak di mersing pulak tu. Cuma dua stesen minyak yang berbeza la.

Kejadian pertama katanya berlaku masa bujang waktu tu dia dalam perjalanan dari terengganu ke Johor Baharu. Sebab mengantuk sangat dia singgah la nak tidur sekejab di sebuah stesen minyak area mersing. Katanya stesen minyak tu bersebelahan tokong (Rumah Ibadat Budhha). Dia cari port yang gelap sikit nak tidur. tengah sedap2 tidur dia terbangun tengok ada seorang perempuan elok je lepak sebelah dia. Maybe sebab dia rasa semacam sempat dia azan & awek tu tetiba hilang. Sah2 la tak berapa awek sangat la kan kalau dengar azan terus blah.

Kejadian kedua katanya dia dah kawen. Masa tu dia dengan bini dia. Stesen minyak kat mersing jugak tapi bukan stesen minyak yang sama dia pernah kena sakat masa bujang la. Tengah sedap2 tidur katanya.. dia terbangun sebab ada orang ketuk cermin tingkap kereta. Bila terbangun dia.. dia nampak satu susuk tubuh tak berbaju dengan muka pucat. Takde nak soal siasat dah hapa.. terus dia menjerit sambil start enjin terus pecut sampai terkejut bini dia dengar jeritan jantan macam tu. Sampai macam tu punya penakut. hahaha

Sumber : kelab Kisah Seram

Moral of the story yang suka sangat singgah stesen minyak terutama time malam2 hati hati la yer. Jangan kena sakat pulak macam mamat dalam cerita ni. Almaklum la stesen minyak sekarang dah berfungsi macam RnR dah sekarang. Bukan takat manusia hantu pun suka singgah.

JALAN BATU KURAU KE TAIPING SERAM & BERHANTU

Malam ni segmen seram serik lekat lekit ke bahagian utara tahan air pulak.. Kisah seram malam ni adalah berkisarkan kejadian2 seram yang berlaku di jalan yang menghubungkan batu kurau dan taiping. Banyak versi jelmaan2 seram berlaku di jalan ni.. Tarik nafas, baca bismilillah.. kosongkan minda meh kita baca Kisah Misteri & seram Jalan Batu Kurau ke Taiping.


Alkisah.. kisahnya jalan ni di katakan amat menyeramkan sehingga kalau ada mana2 pemandu teksi atau orang yang bekerja sampai lewat malam yang nak balik rumah & terpaksa guna laluan ni sanggup tak balik rumah dulu. Tidur la mana2 masjid katanya dari mengadap benda2 seram yang dok main aucak tetengah malam. Boleh kering darah di buatnya.

Antara kejadian seram yang pernah berlaku pernah orang terserempak dengan orang tua tak berkaki naik basikal yang laju mengatasi logik akal seorang manusia di tengah malam. Orang tua, naik basikal tua, kayuh kemain laju.. dia kayuh pakai apa tu aku takde jawapan. Yang di ceritakan cuma tu jer. Siapa orang tua tu.. Misteri nusantara lagi.

Kisah lain.. seorang perempuan dukung anak menahan teksi di tepi jalan tengah2 hutan yang takde penempatan manusia. Siapa perempuan tu? takde jawapan.. secara logik buat apa seorang perempuan kat hutan tengah malam buta dengan anak. Antara kejadian2 lain yang takde kaitan dengan jelmaan jasad seperti manusia.. adalah babi putih lintas jalan.. bebola api yang tiba2 muncul depan cermin kereta. Kalau ikut kepercayaan orang2 kampung.. jenis bebola api ni maybe langsuir. Tapi yang dok menyakat orang yang guna jalan tu.. tak tau la spesis hantu apa. Aku agak je la...

Tak pelik sangat kalau tiba2 mahkluk ni muncul sebab kawasan hutan salah satu penempatan jin. tetiba tebuk hutan buat jalan dia pun nak menikmati prasarana yang kerajaan sediakan jugak even tak layak mohon BR1M.Yelah.. rakyat Malaysia juga so dia berhak guna kemudahan di sediakan. hehehehe

Moral of the story... Balik kerja awal sikit. Kalau tak serempak dengan hantu pun takut orang kat rumah naik hantu. hahahaha

Sumber Anjang Dollah

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com