AWAS! PAKAIAN BARU DI BELI SANGAT BAHAYA DI PAKAI
AWAS! PAKAIAN BARU DI BELI SANGAT BAHAYA DI PAKAI. Ramai antara kita selalu suka pakai baju baru beli tanpa basuh dulu. Dulu ada pernah sepupu aku cakap dia nak basuh baju baru beli untuk anak dia tapi husband dia tegah.. Katanya jangan tu semangat duit. Erkk... aku pelik mana datang mitos baju baru beli ada semangat duit. Yang aku tau nak beli baju baru semangat nak keluar duit je. hahahaha..Gambar Sumber Dari Google |
Baju baru beli ni standard la ada bau kedai katanya.. Macam sayang je nak hilangkan bau tu. Jadi sesetengah orang ambil keputusan pakai dulu kemudian baru basuh. Lagipun dengan condition baju yang nampak bersih tu ramai yang confident baju tu benar benar bersih tapi awas!!
Mungkin baju hangpa beli tu mungkin pernah dicuba orang lain. Orang tu maybe ada kudis kat badan, panau kurap bagai. Orang tu maybe masa cuba badan dia berdaki.. Orang tu masa cuba mungkin badan dia tengah berpeluh. Tu kalau baju yang korang beli yang display kat hanger. Kalau baju baru dalam plastic pun ada bahayanya kerana...
Baju baru yang tidak di cuci terlebih dahulu mengandungi bahan kimia toksik dalam pemprosesan pakaian yang boleh menyebabkan alahan dan risiko lain terhadap kesihatan.
Ini kerana Pakaian dari bahan kain rayon atau serat sintetik dibuat dengan menggunakan bahan-bahan kimia. Pengeluar kain di Asia kebanyakan menggunakan bahan kimia beracun dalam pemprosesan serat kain sehingga proses pembungkusan pakaian. Selepas pakaian siap dihasilkan, pengeluar biasanya menambah formaldehid untuk menjaga pakaian dari berkedut dan mencegah kulat selama dalam proses penghantaran.
Selain itu kalau pakaian baju di beli di pakai sebelum di basuh kemungkinan menjadi penyebaran penyakit berjangkit seperti kudis. Ada jugak kes kutu pada baju baru di beli.
baju baru boleh membawa bakteria yang berbahaya bagi pernafasan, kawasan alat sulit wanita, cendawan pada kulit, dan lain sebagainya. Menurut kajian yang telah dilakukan, bakteria-bakteria tersebut biasanya akan ditemui di kawasan ketiak, paha bahagian atas, atau juga leher.
Pakaian berwarna hitam dan yang menggunakan pewarna untuk bahan kulit sering mengandungi p-phenylenediamine (PPD), yang dapat menyebabkan alergi. Sebatian organik meruap dan produk pemutih juga banyak sekali digunakan oleh industri tekstil. Baca label pakaian terlebih dahulu sebelum membelinya dan elakkan bahan-bahan sintetik seperti rayon, nilon, poliester, acrylic, asetat atau triasetat sebanyak mungkin.
Moral of the story.. walau namanya baju baru bukan bermakna ia bersih, hokay! Di sebalik kesucian yang terpamir rupanya ada 1001 noda yang terpalit macam manusia la jugak tengok muka je licin lip lap lip belum tentu badan dia tak berpanau. Macam tu jugak nak mengayakan sesuatu tu. Bukan semua boleh hentam keromo je kita pakai. Kadang2 yang simple itu lebih menawan. hehehehe
P/S : aku dulu2 suka buat perangai macam tu jugak sejak kawen laki aku jenis takkan pakai baju baju yang belum basuh aku pun terus mengamalkan konsep basuh baju baru beli sebelum pakai. Lebih2 lagi baju anak aku.