Showing posts with label isu agama. Show all posts

BATAL KE TIDAK WUDHUK SELEPAS MENYUSUKAN ANAK?

BATAL KE TIDAK WUDHUK SELEPAS MENYUSUKAN ANAK? Ada sesapa tak tertanya perkara ni? Bagi yang ada baby yang masih menyusu badan ni.. Kita sentiasa berdepan dengan situasi tak di jangka. Kadang kadang dah siap ber wudhuk tetiba anak minta nak menyusu. Anak nombor dua ni memang kerap berlaku benda ni. Elok elok tengah tidur masa kita pergi ambil wudhuk nak solat tetiba bangun nak susu.. Sebelum ni memang selepas bagi susu & tidurkan semula saya ambil wudhuk balik sebab saya kurang jelas samada batal atau tak wudhuk saya selepas susukan anak.



Jadi saya try la google kan.. ye ye tahu. Lebih afdal merujuk kepada ahli nya terus dari mengambil info di internet tapi Insya Allah sumber yang saya rujuk di carian google adalah sumber yang sahih sebab saya refer dari portal rasam Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Insya Allah.. Sumber tak di ragui.

Apa yang saya baca adalah tidak batal wudhuk sebab..

Menurut Syeikh Salim bin Sumair al-Hadhrami dan Syeikh Hasan bin Ahmad al-Kaaf, ada empat perkara yang membatalkan wudhu:

✘Keluar sesuatu dari salah satu saluran qubul dan dubur.

✘Hilangnya akal disebabkan tidur , kecuali tidur yang tetap punggungnya.

✘Bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita dewasa ajnabi tanpa lapik.

✘Menyentuh qubul anak adam atau lubang duburnya dengan tapak tangan atau jari-jemari bahagian dalam. (Rujuk Al-Mujtaba fi Syarh Safinah al-Naja, hal. 38 dan Al-Taqrirat al-Sadidah, hal. 100-103)

Turut dijelaskan juga bahawa segala benda yang keluar dari selain dua kemaluan depan dan belakang, jika bukan benda najis, tidak dianggap sebagai hadath (pembatal wudhu) menurut kesepakatan para ulama. (Rujuk Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 17/113)

Maka dalam hal ini kita dapati, menyusukan anak tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan wudhu’.
Wallahu a’lam.

Sumber : Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Jadi mana mana ibu yang ada baby tu.. Kita sedia maklum masa sangat terhadap. Kadang kadang nak buat sesuatu contoh macam solat pun kita terpaksa tergesa gesa. Setiap minit tu sangat berharga. Ambil wudhuk tak boleh nak berlengah lengah katanya. Walaupun kita cuba manafaat setiap minit tu dengan sebaik mungkin kadang kadang berlaku perkara yang tak di jangka macam dah siap siap wudhuk nak solat tetiba anak meraung nak susu.. Jadi susukan anak dulu lepas tu boleh je terus solat tanpa ber wudhuk semula

Sesungguhnya Islam itu mudah & Indah..

Sekadar perkongsian secubit ilmu buat pembaca blog lekatlekit. Kalau ada tersalah info mohon betulkan di ruang komen yer

RAMAI PENIAGA ONLINE BUAT BENDA HARAM NI TAPI TAK RASA BERDOSA

RAMAI PENIAGA ONLINE BUAT BENDA HARAM NI TAPI TAK RASA BERDOSA. Zaman sekarang sesiapa saja boleh berniaga tak kira la dengan mengeluarkan produk sendiri atau sekadar menjadi agent, seller & buat dropship. Kemudahan teknologi sekarang secara tak langsung memudahkan urusan perniagaan di jalankan tak kira dimana saja semudah hujung jari. tak perlu ada modal pun boleh berniaga. Yang penting ada smartphone katanya.. Itulah trend sekarang. Berniaga secara maya @ online.


Di sebabkan ramai yang berniaga maka semakin banyak la persaingan dalam perniagaan ni. Masing masing berlumba lumba nak apa yang mereka jual laku & dapat sambutan. So muncul la macam macam strategik marketing yang kadang2 menjelikkan, mengelikan & memualkan. Tak kurang juga yang selitkan penipuan dalam marketing depa. Ada yang menipu besar contoh jual produk kosmetik beracun claim produk organik la.. natural la.. dari herba semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya padahal 3 - 4 kali dah tu kena banned dengan KKM sebab di kesan ada bahan terlarang. Ada yang menipu yang konon tipu sunat.. Jadahnya tipu sunat. Produk bawa pengkelasan makanan yang sebenarnya tak ada apa2 khasiat merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah. Cuma produk makanan atau minuman biasa yang maybe sekadar nak bagi tenaga atau nak sedapkan tekak jer.. Tapi dia punya claim.. Nyawa pun boleh topup.. apatah lagi setakat penyakit kencing manis, kencing kawan, kencing berdiri mahupun kencing malam.. Tu pun dalam kategori menipu dalam marketing juga. Sebab dia nak orang produk dia.. setakat bagitau produk minuman berperisa sapa la nak beli kalau harga Tel Aviv kan? Baik minum milo je.. sama je fungsi dia.

Apakah hukum menipu dalam marketing ni? Kalau dah menipu tu.. Memang bukan benda baik la. Kalau dah tujuan buat dengan niat tak baik of couse la berdosa kan. Tapi tipu dalam marketing ni pulak macam mana? Nak nak alasan depa cari makan.. Cukuplah sekadar boleh buat banglo 10 tingkat.. setiap tahun holiday oversea.. boleh tayang barang branded, kereta mewah bagai. Takkan nak tayang naik myvi je kan.. Nampak low class katanya.

Rujukan ni saya baca di website rasmi pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Untuk tidak mengundang salah faham kepada pembaca blog ni saya copy semua kenyataan dalam lama web rasmi tersebut lah yer.

Soalan

Bolehkah menipu untuk tujuan marketing dalam perniagaan atau mempromosikan sesuatu?

Jawapan

Pengenalan kepada Marketing

Marketing atau pemasaran ialah aktiviti manusia dalam memenuhi keperluan dan kehendak melalui proses pertukaran.

Antara tujuan pemasaran ialah sebagai cara untuk memperkenalkan suatu perniagaan kepada masyarakat, melalui produk yang dibuat oleh perniagaan tersebut. Maka di atas tujuan inilah, para peniaga melakukan aktiviti pemasaran untuk memperkenalkan produk atau barang jualan kepada masyarakat. Pemasaran juga dilakukan bagi melonjakkan hasil pendapatan daripada suatu keadaan kepada suatu keadaan.

Atas tujuan ini beberapa penipuan dilakukan bagi mencapai tujuan di atas. Penipuan ini sama ada dilakukan secara lisan, atau melalui penulisan di sosial media. Antara kaedah yang digunakan ialah menulis kisah-kisah rekaan di media sosial tentang sesuatu perkara, sama ada kisah rumah tangga, atau kemalangan yang direka-reka. Terdapat juga kaedah mempamerkan bahawa perniagaannya di kunjungi ramai orang, dengan mengupah orang untuk melakukan fake review dan pelbagai lagi bentuk penipuan.

Berdasarkan permasalahan di atas, kami akan mengupas bagaimana Islam memandang isu ini.

Hukum Marketing (Secara Umum)

Islam menghalalkan segala urusan jual beli secara umumnya yang tidak berkait dengan riba. Firman Allah SWT:

وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

Maksudnya: Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba

(Surah al-Baqarah: 275)

Berdasarkan nas Al-Quran di atas, hukum melakukan aktiviti marketing adalah harus berdasarkan kaedah fiqh:

الوَسَائِل لَها أَحْكَام المَقَاصِد

Maksudnya: Wasilah (medium untuk mencapai sesuatu tujuan)akan mengambil hukum maqasid (tujuan)

Hukum Najsh

Ada sejenis amalan dalam urusan jual beli yang diharamkan oleh Nabi SAW iaitu najsh[3]. Najshialah orang yang sengaja menawarkan harga belian yang tinggi sedangkan dia tidak berniat membelinya. Tujuannya supaya orang lain merasakan barangan tersebut bernilai tinggi dan mereka akan membelinya dengan harga yang lebih mahal. Najsh pada asalnya bermaksud menyembunyi kerana perbuatan orang ini menyembunyikan niatnya.

Perbuatan ini adalah haram berpandukan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar R.Anhuma katanya:

نَهَى النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّجْشِ

Maksudnya: “Nabi SAW melarang najsh.” (Jika jual beli tersebut berlangsung, ia tetap sah).

Riwayat al-Bukhari (2035) dan Muslim (1516)

Jika terdapat bukti perbuatan tersebut adalah hasil perancangan penjual dan najsh (orang yang sengaja menawarkan harga belian yang tinggi sedangkan dia tidak berniat membelinya), mereka berdua telah melakukan perkara yang haram.

Penjual dianggap telah menipu pembeli dan dengan itu pembeli berhak menuntut khiyar. Jika tiada bukti penjual dan penjuak merancang perbuatan tersebut, pembeli tidak berhak menuntut khiyar kerana dia sendiri cuai membuat penelitian. Lihat al-Fiqh al-Manhaji, (4/15-16)

Selain itu, Islam mengangkat nilai kejujuran secara khusus kepada para peniaga dengan mengangkat martabat mereka. Hal ini jelas apabila disebut di dalam hadis yang diriwayat daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda:

التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ

Maksudnya: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama-sama dengan para nabi, siddiqin dan para syahid.”

Riwayat al-Tirmizi (1208)

Kedudukan Peniaga yang Melakukan Penipuan Menurut Islam

Islam sangat tegas dalam hal penipuan. Hal ini boleh kita lihat dengan jelas bagaimana kemurkaan Allah hingga adanya sebuah surah khusus di dalam Al-Quran yang mencela dan mencelakakan golongan melakukan penipuan. Firman Allah SWT pada awal surah berbunyi:

وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ

Maksudnya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang berlaku curang.

Kemudian di dalam surah yang sama Allah berfirman dengan menyebut secara jelas:

وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ

Maksudnya: Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Selain itu, amaran yang keras dalam hal ini ini boleh dilihat melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi bersabda:

مَنْ حَمَلَ عَلَيْنَا السِّلاَحَ فَلَيْسَ مِنَّا وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا

Maksudnya: “Siapa yang mengangkat senjata ke atas kami, bukanlah daripada golongan kami, dan siapa yang menipu kami, bukan daripada golongan kami”

Para fuqaha’ bersepakat bahawa hadis ini tidak diambil maknanya secara zahir iaitu pada frasa “bukan daripada golongan kami”. Frasa ini tidak membawa maksud terkeluar daripada Islam. Mereka bersepakat bahawa maksud frasa “bukan daripada golongan kami” ialah bukan cara seorang muslim untuk melakukan penipuan. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 4/544)

Kesimpulan

Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan beberapa perkara:
Marketing hukumnya adalah harus jika bebas daripada perkara yang diharamkan.
Kejujuran dalam perniagaan adalah satu perkara yang tinggi akhlaknya dalam Islam hingga disebutkan secara khusus kedudukan para peniaga di dalam syurga.

Penipuan adalah satu perkara yang ditegah di sisi Islam dalam sebarang urusan khususnya perniagaan.

Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada perkara-perkara yang dilarang serta memberi kefahaman dalam mengamalkan syariat-Nya. Amin.

Anda boleh baca artikel penuh di sini : http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2718-irsyad-al-fatwa-siri-ke-263-hukum-menipu-untuk-tujuan-marketing

Sebenarnya dok dok guna copywritting yang berunsur Islamik pun banyak guna taktik menipu dalam marketing ni. Atau Istilah social media di sebut penunggang agama. Dia petik hadis.. dia petik ayat Al Quran dia petik butang agama.. Alih alih jual produk overclaim & menipu. Imej tak payah cakap la.. Yang bersarban pun ada.. Yang berniqab @ purdah pun ada. Sebab tu zaman sekarang ni kadang2 den lebih percaya golongan outspoken dari golongan berimej islamik ni. Depa bukan orang alim.. Tapi menggunakan agama untuk kepentingan peribadi atau keuntungan berbentuk material & duniawi. Golongan scammer pun banyak dah guna taktik macam ni.

Moral of the story... Nak dapat rezeki yang halal lagi di berkati ni memang susah. Kadang2 kita tak sengaja menipu dalam urusan mencari rezeki contoh kita tak tahu apa kandungan sesuatu produk kita jual. Kita cuma percaya pada founder/leader yang guide kita untuk jual produk tu. Tapi kalau dah tahu.. Jangan la buat buat tak tahu sebab ia memberi sumber pendapatan pada kita pulak. Tak tahu tu maybe boleh di maafkan tapi kalau buat buat tak tahu.. Tak mau cakap apa itu urusan anda dengan Tuhan.

SIFAT QARUNISME YANG ADA PADA BANI MELAYU ZAMAN SEKARANG

SIFAT QARUNISME YANG ADA PADA BANI MELAYU ZAMAN SEKARANG. Tetiba je kan masa baring baring pagi tadi.. Teringat orang orang yang aktif bermedia sosial zaman sekarang ni banyak persamaan dengan perangai Qarun.. Terutama yang kaya atau yang senang sikit. Tu mesti nak marah sebab eden guna istilah Bani Melayu.. Sebab eden pernah terbaca satu komen yang dia rasa satu penghinaan pengguna Istilah Bani pada kaum melayu.


Bani ni maksud dia lebih kurang kaum/keturunan la. Bukan ada apapun yang menghina sangat. Cuma bani ni dari perkataan bahasa Arab. Yelah.. kat Malaysia ni  sejak turun temurun penggunaan istilah bani ni memang tak di gunakan cuma era media sosial sekarang orang makin kreatif mengabungkan ayat untuk mendapat tarikkan pembaca.. Tu yang macam jadi trend sekarang penggunaan istilah bani. Tapi tak payah la nak touching..

Berbalik pada topik kita yang asal.. Pasal Sifat Qarunisme yang banyak menjangkiti golongan kaya zaman sekarang. Satgi ada la yang kata. Hang ni pendengki la nak kata orang kaya tu perangai Qarunisme.. Dah miskin tu tak payah la nak hentam orang. Cer hang kaya.. Ntah2 sama ja dengan depa.

Alahai.. Jangan la marah. Entri ni sebenarnya pun untuk peringatan pada diri sendiri. Manatau akan datang eden pun kaya raya juga kan. Moga entri ni sentiasa mengingatkan eden. Sebab sesiapa sahaja tidak mustahil Allah boleh beri kekayaan.

Apa persamaan segelintir golongan kaya zaman sekarang dengan orang kaya Qarun zaman nabi dulu? Jom kita check it out..

Sedikit info.. Qarun adalah dari golongan zaman Nabi Musa A.S. Dia adalah seorang yang miskin pada awalnya tapi dia minta Nabi Musa doakan dia supaya menjadi seorang yang kaya harta & Allah makbulkan doa itu. Bila dah jadi kaya perangai dia yang pada mulanya kuat beribadah menjadi lupa diri & jahat. Kalau kita tengok segelintir golongan melayu yang katanya 'Kaya' Zaman sekarang dah banyak sifat Qarunisme dalam diri mereka. Antaranya..

1. Ramai orang yang background miskin jadi kaya Sama macam Qarun tapi yang ni tak salah pun.

2. Masa miskin kuat beribadat tapi bila kaya lupa Tuhan Perangai Qarun. Yang ni pun ramai. Ada tu siap jadi penunggang agama lagi. Pura pura alim.. Pura pura berhijrah tapi sebenarnya sekadar menggunakan agama untuk kepentingan meraih kekayaan.

3. Bila dah kaya perangai pun berubah Sama macam Qarun mula berubah bila jadi kaya

4. Menjadi tidak bersyukur, kufur & tamak Sama macam Qarun. ramai orang orang kaya & yang tak berapa kaya ada perangai macam ni.

5. Bila dah kaya jadi sombong, bongkak Qarun pun sama. Bila dia dah kaya dia jadi sombong & bongkak.

6. Bila dah kaya dia merasakan kekayaan dia menjadi kuasa maka dia mula menganiaya orang Sama macam Qarun. Orang sekarang pun sama juga.. Tak boleh silap sikit mula la nak tunjuk kuasa dia sebab dia kaya. Tak boleh kena cuit sikit confirm orang tu kena hukum apatah lagi kalau ada berani tegur kesalahan & kejahatan dia.

7. Suka menunjukkan harta kekayaan di khalayak ramai Ni pun sama macam Qarun. Tunjuk rumah banglo puluhan juta ringgit malaysia, tunjuk NO Plat kereta harga RM100K, Tunjuk kereta mewah, tunjuk aset2 & accessory mahal tanpa keperluan. Tu lebih kurang perangai Qarun la bila keluar berjalan bawa harta2 dia supaya orang nampak kekayaan dia. Cer check.. kita ada tak perangai macam tu??

8. Bangga dengan kekayaan yang di miliki Sama macam Qarun. Qarun dia rasa dia kaya atas usaha sendiri & dia lupa kekayaan dia miliki semuanya dari Allah. Sana sini dok cerita dia kaya atas usaha dia sendiri.

9. Kaya hasil dari penganiayaan terhadap orang lain Ni pun perangai Qarun. So.. sapa yang berkenaan sila audit diri kalau suka makan hasil dari menipu orang tak kira menipu sikit ke banyak. Contoh yang jual produk & overclaim tak ingat tu. Tu pun kategori menipu jugak.Apatah lagi yang jual produk bercampur dengan bahan terlarang. Jual skim janji manis cepat kaya alih2.. kayap je yang dapat. Ni banyak ada pada golongan scammer.

Cukup la setakat tu eden share perangai Qarunisme yang ada pada orang kaya terutama Bani melayu zaman sekarang. Tak payah la nak skodeng kehidupan depa macam paparazzi usung camera.. Dok kat rumah follow golongan kaya raya ni kat media sosial pun boleh nampak dah. Atau tengok je perangai kengkawan kita atau diri kita sendiri kat social media macam mana.. Adakah kita ada perasaan menunjuk nunjuk dengan rasa kekayaan kita atau tak?

Yer betul.. Ada orang berkongsi bukan nak menunjuk tapi ada orang dia gunakan alasan sekadar berkongsi tapi sebenarnya dia nak menunjuk nunjuk. Orang memang tak tahu niat kita.. Tapi cukup la kita sendiri tahu apa niat kita untuk kita mengubah & berubah kearah yang lebih baik.

Apapun bukan semua orang kaya berbangsa melayu ni semua macam tu. Cuma kebanyakkan yang dari susah jadi kaya memang dia jadi macam culture shock sikit. Yang dah biasa kaya atau dah lama merasa hidup sebagai orang kaya sebelum kemunculan social media ni kadang kadang sangat low profile. Takat banglo.. No Plat kereta.. bagai depa rasa tak ada apa nak di tayang sangat pun.

Moral of the story.. Moga satu Hari Suria lekatlekit pun menjadi orang kaya tapi orang kaya yang baik, yang pemurah, yang sentiasa bersyukur & yang tidak menganiaya orang lain untuk meraih kekayaan atau menggunakan kekayaan untuk menunjukkan kekuasaan. Ingat kalau kita kaya.. Allah maha kaya, kalau kita hebat.. Allah maha hebat, Kalau kita rasa berkuasa.. Allah maha berkuasa & menguasi segalanya.

Seperti saya bagitau tadi artikel ni bukan nak mengajar atau menyindir mana2 pihak.. Ia sekadar peringat untuk kita bersama. Blog saya memang penulisan tak formal. Saya tulis gaya2 makcik bawang menyembang jer. So jangan la terasa yer kalau anda tidak melakukannya.

HARAM MEMAKAI GELANG KAKI BERLOCENG

Macam biasa bila online jer sang lekit akan clik akhbar online. Bukan cari bahan untuk entri jer.. Tapi memang sang lekit suka baca isu2 semasa ni. Taknak la ketinggalan. Kalau ada yang menarik je sang lekit kongsi kat blog. Kebetulan memang ada sesuatu yang menarik sang lekit nak kongsi tentang pemakaian gelang kaki berloceng di kalangan wanita/gadis Islam.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Nampak benda ni macam remeh, mungkin ramai yang dah tahu tapi tak mustahil ada yang masih tak tahu, kan?? Bagi yang masih tak tahu hukumnya haram. Memakai gelang kaki bagi wanita Islam dengan bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian orang yang lain untuk berpaling melihat ke arahnya dikira bercanggah dengan tata cara pemakaian dan pergaulan seorang wanita Muslimah dan Mukminah. Rujukan : Fikrah Dr Salam)

Islam melarang wanita mukmin memakai gelang berloceng kerana ia akan mengeluarkan bunyian ketika bergerak. Ini boleh mendatangkan fitnah dan menarik perhatian orang lain seterusnya boleh mewujudkan pergaulan bebas yang dilarang dalam Islam. (Rujukan : Kosmo)

memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa al-Tirmizi yang maksudnya:
"Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng. (Rujukan : Soal Jawab Agama)

Tapi ada percanggahan sedikit hukum pemakaian gelang loceng kepada anak kecil, kalau di ruangan Fikrah Dr Salam ni di katakan harus untuk tujuan pengawasan.. Dari dari hasil search sang lekit banyak menegah perbuatan pemakaian gelang loceng walau pada anak kecil. Mungkin sesapa ada info tentang perkara ni boleh la kongsi di ruangan komen entri sang lekit ni yer..

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com