Islam melarang wanita mukmin memakai gelang berloceng kerana ia akan mengeluarkan bunyian ketika bergerak. Ini boleh mendatangkan fitnah dan menarik perhatian orang lain seterusnya boleh mewujudkan pergaulan bebas yang dilarang dalam Islam. (Rujukan : Kosmo)
memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa al-Tirmizi yang maksudnya:
"Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng. (Rujukan : Soal Jawab Agama)
Tapi ada percanggahan sedikit hukum pemakaian gelang loceng kepada anak kecil, kalau di ruangan Fikrah Dr Salam ni di katakan harus untuk tujuan pengawasan.. Dari dari hasil search sang lekit banyak menegah perbuatan pemakaian gelang loceng walau pada anak kecil. Mungkin sesapa ada info tentang perkara ni boleh la kongsi di ruangan komen entri sang lekit ni yer..
10 Komen Melekat:
hurm..rantai kaki berloceng ni sebenarnye cam annoying kut..
Dulu zaman belajar kat U saya minat betul pakai gelang kaki ada loceng,rasa macam comel aje,dah kena tegur dengan member pun saya buat tak reti je sehinggalah keinsafan tu datang sendiri..sekarang ni nak pakai aksesori/cincin pun malas..hehe
bising lah gelang ni
peringatan yg bagus...
setuju dik :)
bab bb tu dah lama org cakap boleh .. alhamdulillah lebih kepada keselamatan lah :)
mmg haram pon...
xtau kenapa la pempuan dah besar2 suka pakai...bising pon ye..
huhuhuh..
haram ni ustaz ckp
kecik2 dulu sy selalu pakai,huhuhuhuhu x tau pulak haram
mmg x elok katenye. tp ade jgk yg kate klu nk pakai gak, pakai kat kaki kiri. macam2.
aku selalu bagi joran pancing aku pakai.....dalam gelap......
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini