BERAT BADAN MENURUN SELEPAS 2 MINGGU BERHENTI PIL PERANCANG

BERAT BADAN MENURUN SELEPAS 2 MINGGU BERHENTI PIL PERANCANG . Aku ada baca jugak pil perancangan (planning pills) ni boleh menyebabkan berat badan naik dengan jayanya. Tapi mengikut pengalaman mak aku dulu katanya bila dia ambil pil perancangan berat dia jadi terlalu susut.. so, dia tak meneruskan pil perancangan biar je beranak setiap tahun sampai 7 orang lepas tu terus ikat lepas lahir anak ke 7. Tu pengalaman mak aku sendiri.. Aku.. yup pengamal pil perancangan sejak kelahiaran anak. Anak aku sorang je & aku takde planning nak tambah rakyat malaysia lagi buat masa ni. Sebabnya.. perlu ke aku nak bagitau. Apapun sebab cukup korang tahu aku ada alasan aku tersendiri kenapa & mengapa.. Selama mengamalkan planning pills ni.. Memang perasan berat badan tu naik jugak la walau tak sampai tahap gemuk atau obesiti. Paling berat selepas ada anak.. adalah 45kg. Memang serius chubby sungguh aku time tu. Sebab tinggi aku cuma 140 & berat ideal aku sepatutnya 38 -39kg. Sekarang b...